SUSUPAN MALAM
[kemaskini] Di suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen. Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grade B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU).
Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi.
Kemudian semasa berbual-bual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh rakannya di jabatan berlainan, yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi.
Menurut pegwai ini pertukaran itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari mengganti Rahim adalah dari Kementah, Kementeri Pertahanan mengisi tempat Rahim itu.
Kedua pegawai berkenaan tidak mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN. Proses naik pangkat adalah diplomasi dalam membaung atau memecat atau menukar pegawai tinggi kerajaan dan ini merupakan amalan normal.
Baru-baru ini Abdul Rahim dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi apabila mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah. Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati politik kerana yang mencanangkan isu itu Zahid bukannya pegawai kerajaan.
Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik yang dibangkit oleh menteri.
Gara-gara itu ada orang menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu kepada bekas KSU itu agar imej bekas KSU itu tercemar bagi membolehkan dia ditukar.
Apakah ianya sebuah permainan licit Zahid Hamidi? Kalau ia, betapa dahsyatnya campur tangan politician dalam pentadbiran negara. Pemberhentian Rahim di situ juga boleh dianggap tidak kena pada masa kerana Rahim haru bertanggungjawab bersama Zahid mengenai tuduhan terhadap Mohamad Sabu. [wm.kl.8:01 pm 04/01/14]
sekarang dia jadi KSU kementerian komunikasi dan multimedia
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteKSU KDN adalah satu jawatan yg dikira kanan dlm pentadbiran awam dgn gred turus 3, sepatutnya bila bertukar ke kementerian lain akan naik ke turus 2, ini macam turun pangkat pula bila menjadi KSU KKM.
Assalamu alaikum tuan. Apakah ini tanda-tanda kehancuran negara ke arah yang lebih dahsyat dan rakyatlah akan jadi mangsanya. Kalau tempat diturunkan bala dalam bentuk gempa, ribut, banjir tapi negara diturunkan bala dalam bentuk kebejatan pemimpin.
ReplyDeleteInilah kebodohan penjawat awam yang nyata! KSU KDN telah menunjukkan jalan yang salah kepada PTD muda iaitu kerja2 mengampu dan tidak tahu melaksanakan tugas mengikut batas kuasa yang diberikan @ takut kepada hantu yang tak ujud! Selepas buat kerja bodoh kerana mengikut arahan menteri bodoh maka KSU ditendang keluar! Apapun pendedahan oleh KSU telah menyerlahkan betapa kriteria jadi KSU ni mestilah pengampu dan tidak perlu faham peraturan kerja yang ditetapkan.
ReplyDelete