Sunday, January 12, 2014

Apa masalah dengan pasar baru Rantau Panjang ini?

SELINGAN                                                                                            


Pasar baru Rantau Panjang sudah lama siap tetapi masih belum diguna.
Apa masalahnya pasar baru Rantau Panjang ini masih belum digunakan sampai kini? Khabarnya ianya sudah siap dibina sejak setahun lalu dan telah pun diserahkan kepada Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) sebagai pemunya untuk diuruskan. MDPM menyediakan tapak manakala pembinaan dibawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.



Pasar rekabentuk moden ini terletak bersebelahan, kira-kira 300 meter dari pasar yang sedia ada.

Kos pembinaanya menelan belanja sebanyak RM13 juta ringgit. Pasar ini adalah untuk menggantikan pasar yang sedia ada yang keadaannya tidak begitu menyenangkan dan tidak sesuai lagi memandangkan kepesatan pembangunan di Rantau Panjang setelah bandar ini diistyharkan sebagai kawasan bebas cukai kedua selepas Pengkalan Kubur, di Tumpat.

Ada juga maklumat dari penduduk setempat, kenapa pasar ini tidak dapat digunakan kerana masalah pengagihan ruang niaga. Katanya jumlah lot atau ruang niaga disediakan tidak mencukupi dengan jumlah peniaga yang ada.

Sudah dua kali MDPM memanggil peniaga untuk memasuki bangunan baru ini tetapi gagal kerana peniaga yang bergabung dalam persatuan peniaga tidak sedia menerima pengagihan itu. Dalam kata lain peniaga memboikot pengagihan yang dianggap tidak adil dan berlaku penganiayaan.

Dalam pada itu ada juga maklumat menunjukkan berlaku penyelewengan dalam pengagihan ruang kedai berkenaan. Katanya ada mereka yang tidak layak memiliki ruang niaga itu diperuntukan. Ada makumat lain katanya, pembahagian itu diutamakan kepada kroni pihak tertentu menyebabkan ia tidak dapat diterima oleh para peniaga.

Kalau maklumat dan soksek-soksek itu benar elok kalau SPRM menjenguk melihat pemasalan pasar baru Rantau Panjang ini. Membiarkan ia berlarutan boleh menambahkan pasar itu terus dianggap sebagai projek gajah putih. [wm.kl.6:58 pm 12/01/14]

No comments:

Post a Comment