Wednesday, January 29, 2014

Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar?

ULASAN MALAM                                                                                 

Ahli dan penyokong PAS tidak perlu keliru dengan pelan transisi penggantian Menteri Besar Selangor yang dilakukan secara tektikal dengan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang yang telah dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dua hari lepas.

Mohamad Sabu dalam sidang akhbar bersama Anwar.
Kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali hari ini menjelaskan sikap dan pendirian PAS.

Mohamad Sabu selepas mengadakan sidang akhbar bersama Anwar Ibrahim pagi tadi menegaskan PAS tidak akan memboikot pilihan raya berkenaan. Manakala Mustapa Ali pula memberi amaran agar ahli PAS tidak membuat kenyataan bersifat spekulatif.



Sebaik nama Anwar diumumkan sebagai calon pada pilihan raya kecil Kajang beberapa pemimpin kecil PAS telah membuat kenyataan sumbang dan mengkritik tektikal itu. Ada yang memberi ancaman untuk memboikotkan pilihan raya berkenaan ada yang mengatakan ia satu pengkhianatan demokrasi dan sebagainya.

Bagaimana pun kenyataan dan pandangan itu walaupun dikreditkan jawatan ia bersifat peribadi dan sampah.

Tampaknya mereka yang lancang membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti, tidak memahami rukun-rukun berpersatuan. Jauh sekali untuk membaca peta politik yang dilakar Anwar Ibrahim. Sehingga hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum memberi apa-apa komen. Sikap diam diri Abdul Hadi ini tidak sukar untuk difahami. Mungkin beliau juga menolak pelan berkenaan?

Boleh jadi juga beberapa kerat pemimpin PAS itu berani mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat kerana berpandukan kepada pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang tidak setuju Anwar Ibrahim mengganti Khalid Ibrahim. Abdul Hadi dikatakan berminat untuk menamakan wakil rakyat PAS. Nama disebut ialah Iskandar Abdul Samad pesuruhjaya PAS Selangor kini.

Sikap Abdul Hadi itu mengecewakan dan ia juga tidak menggambarkan setiakawan dan semangat dalam Pakatan Rakyat. Ia berbau tamak dan mulai merasa syok untuk berkuasa. Walhal Selangor secara konsensus adalah milik PKR, maksudnya jawatan MB diperuntukan kepada PKR berdasarkan konsensus selepas pilihan raya umum ke-13.

Dalam konsensus tidak rasmi itu Pulau Pinang diserahkan kepada DAP, manakala Perak dan Kedah diserahkan kepada PAS. Kelantan yang juga merupakan kerajaan Pakatan Rakyat diserahkan kepada PAS.

Apakah konsensus itu sudah dilupai oleh PAS? Boleh jadi. Kalau ada maksud itu maka jelas PAS ada agenda dan pelannya sendiri di Selangor. Sebelum ini ada bekas pemimpin PAS tergila-gila untuk menjadi MB Selangor tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila konsensus pembahagian jawatan MB tadi dilaksanakan.

Apakah Abdul Hadi masih ada semangat untuk merebut Selangor dari PKR dengan bantuan dari bekas pemimpin PAS berkenaan? Ada maklumat kerja-kerja dan usaha itu dilakukan lama sebelum ini. Pernah seorang pimpinan pemuda PAS menghadiri majlis membentuk pelan kerjasama PAS dengan Umno di Shah Alam.

Saya masih menyimpan gambar pertemuan berkenaan sebagai bukti boleh dikaitkan suara-suara sumbang yang mengkritik pelan peralihan dibuat PKR itu adalah ianya bermula sejak lama dahulu.

Peristiwa untuk 'memansuhkan' Anwar sebagai perdana menteri dan ditukarkan dengan Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari sebelum menjelang pilihan raya umum ke-14 juga menjadi persoalan sejauh mana PAS benar-benar ikhlas terhadap Anwar Ibrahim. Jadi kalau ada suara sumbang tidak bersetuju dengan pelan peralihan itu tidaklah menghairankan.

Sukar untuk dinyatakan siapakah menjadi duri dalam daging di antara PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat ketika ini. Apakah PAS bagi PKR atau PKR bagi PAS? [wm.kl.8:55 pm 29/01/14]


6 comments:

  1. Tuan,

    Ambo bersetuju benar mengenai pandangan tuan diatas sikap TGHH. Mungkin usia dan pengalaman manis menjawat jawatan MB telah banyak melembutkan jiwa yang kita kenal begitu kental dalam perrjuangan yang kita kenal di dekad 80an hingga 2004 ini.

    Apatah lagi bila hantu-hantu raya berkeliaran memagari susuk tubuh. Apatah lagi bila ianya termasuk darah daging sendiri.

    Pada ambo selagi TGHH senyap tidak berkata apa-apa adalah l3bih baik buat masa ini sehingga isu ini menjadi lebih jelas. Ambo selalu taruh bimbang dengan TGHH sejak lepas PRU 2004 dulu lagi.

    Buat masa ini biarlah Mat Sabu dan Salahuddin je yang buka mulut. Juga diminta sapa-sapa yang patut bagitau SU Dewan Ulamak supaya duduk diam. Kita tahulah dia ni popular sehingga UTUSAN MALAYSIA pun boleh memuatkan tulisan beliau.

    Mengenai Pemuda PAS Selangor diharapkan tidak bertindak bagi pihak seorang individu yang menjadi ketua segelintir ahli PAS Kota Damansara dah le.

    Individu itu sekarang ini agak kurang menonjolkan diri di media setelah dibelasah oleh penjengok-penjengok pelbagai blog akibat isu calon Kota Damansara dulu. Tetapi tidak bermakna dia tidak boleh muncul melalui orang ketiga.

    ReplyDelete
  2. Selama 4 x mengundi, 100% undi sya kpd PAS. Walau bukan ahli, ttpi sya nmpak keinginan pimpinan PAS ikhlas melaksanakan hukum Islam. Tp sejak mutakhir ini, bila bergabung dg PR dan kelihatan kuat, segelintir dlm PAS kemaruk nak jawatan n kuasa. Mungkin menyangka mereka sudah terlalu hebat.

    ReplyDelete
  3. Pelik mso....dgn terang yg membuat keputusan scr tiba2 membelakang PR adalah adun PKR dan ura utk ambil jwtn MB itu juga Anwar,alih2 yg disalahkan adalah Presiden Pas...xde semangat berpesatuanlah...mrncg itu inilah..rasanya yg selalu buat mnyusahkn PR tu PKR...asal ttg Anwar betul aje...
    * maaf komen dr semut kecil

    ReplyDelete
  4. Bukan saja asalkan Anwar betul, kita kena lihat kepada konvensyen apa yang telah berlaku dan dipersetujui. Selangor untuk PKR, Pulau Pinang untuk DAP dan Kedah dan Perak untuk Pas. Jadi apa-apa perubahan di Selangor adalah untuk PKR. Inilah dikatakan pengkhiantan kalau konvensyen tidak dipatuhi. Atas semangat kerjasama dan kawan Pas patut menyokong menandakan gentlemen dalam persahabatan. Tetapi Abdul Hadi masih membisu, kenapa? Tidak ada akses langsung ke? Dia presiden.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak MSO. Kalau tak silap Tuan Guru Presiden masih di luar negara. Sebab tu diwakilkan kepada Bang Mat.

    ReplyDelete
  6. Salam MSO dan semua,

    Tersenyum saya membaca komen Alami..tersinggung nampaknya dengan Pak MSO kita ini.

    Manakala Pak MSO pula yang sememangnya dan senantiasa terdedah dengan perkara belakang tabir dunia politik kita ini, berikan lah pencerahan sedikit kepada kawan kawan kita ini yang di luar ni..Jauh dari Koridor Kuasa kata sebilangan orang.

    Yang menyinggung perasaan sebilangan Pimpinan PAS ni pastinya tak berkisar semata mata kepada tindakan kekosongan ADUN itu.

    Lebih kepada benda yang lain kan. Bukannya mereka tak pandai atau tak mahu membaca Peta Politik Pak Syeikh kita itu.

    Tapi lebih kepada urusan dalam selimut antara wakilnya Zahid dan Saifuddin Mache kito tu.

    Namun buat masa ini..jangan kita kacau dulu urusan diaorang ini..kita tengok dulu mcm mana..Kalau melarat juga sampai UG ni muncul balik (kali ini Geng UG PKR pula), baru kita bingkas bangun mcm sesetengah kawan kita hari itu.

    ReplyDelete