Che Ibrahim mencari keadilan. |
Kerana tidak berpuas hati dengan pemecatan itu Che Ibrahim bercadang mengambil tindakan undang-undang menerusi Mahkamah Perusahaan. Minggu lelas syarikat dari Korea Dea Hanguru Sdn Bhd telah menyaman syarikay milik kerajaan Negeri, PMBK dan Toiybah Sdn Bhd menuntut RM230 juta.
Ibrahim menerima surat pemecatan beliau sebagai Timbalan Pendaftar KIAS yang ditanda tangani oleh Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, betarikh 30 Januari 2014 dan akan berkuat kuasa 1 Februai 2014.
Menurut Che Ibrahim pemecatan itu tanpa diberi notis dan beliau tidak pernah dipanggil untuk berkonsultasi. Sebagai ganjaran atas pemecatan itu beliau diberi bayaran gaji tiga bulan sebagai ganti notis tiga bulan dan bayaran eluan tunggakan.
Sebelum ini sudah terdengar cakap-cakap kedai kopi bahawa Che Ibrahim seorang pegawai bermasalah di KIAS. Mereka yang simpati dan mendokong kerajaan AYMA akan menyalahkan Che Ibrahim. Seorang rakan Fb saya menghubungi saya malam tadi memberitahu Che Ibrahim bermasalah di KIAS.
Di sini saya tidak ingin tahu apakah masalah Che Ibrahim, kerana masalah itu bersifat subjektif dan tidak jelas. Tetapi dari penjelasan dibuat Che Ibrahim menerusi kenyataannya dalam facebooks, dapat sama-sama kita kaji dan tafsirkan apa yang dihadapi oleh Che Ibrahim. Renung apakah ia sebuah kebenaran atau sebuah ilusi.
Di sini saya perturunkan kenyataan beliau sepenuhnya yang saya cut-paste dari Fbnya. (Kenyataan Che Ibrahim ini saya tidak membuat apa-apa pengeditan).
KENYATAAN TERBUKA ISU PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN SYARIKAT/KOLEJ.
Saya telah menerima surat penamatan perkhidmatan sebagai Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kelmarin, 30 Januari 2014 berkuatkuasa mulai esok, 1 Febuari 2014 dengan bayaran 3 bulan gaji sebagai ganti 3 bulan notis. Saya tidak pernah dimaklum,diberi surat tunjuk sebab atau dipanggil membela diri berhubung alasan dan sebab penamatan tersebut.
Saya mula dilantik bertugas di KIAS mulai 1.1.2000 oleh Akademi Yakin Sdn Bhd sebelum dipindahkan ke Syarikat Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 1 Jun 2002. Sebelum ini saya bertugas sebagai Qadhi/Hakim Mahkamah Syariah kota Baru mulai 1 Nov 1989 Majlis dan Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan mulai 1 mac 1993. Pada 31 Des 1999 saya telah meletak jawatan tetap dan berpencen di MAIK untuk berkhidmat di KIAS setelah berbincang dengan Allahyarham Dato' Ab Razak haji Salleh, Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd, Allahyarham Dato' Haji Yahya Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS dan Allahyarham Tuan Haji Mohd Nawawi Haji Mahmood, Ketua Eksekutif KIAS untuk memulakan operasi pengambilan pertama pelajar KIAS setelah ditubuhkan pada tahun 1999.
Penamatan perkhidmatan ini bukanlah satu kejutan besar bagi saya semenjak Dato' Mohd Amar Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, saya sudah lama tidak dilibatkan dalam pengurusan KIAS, tidak dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat KIAS, saya juga telah 3 tahun tidak diberi kenaikan gaji tahunan tanpa apa-apa makluman samada secara lisan atau bertulis, saya tidak diberi peluang untuk melihat laporan prestasi kerja tahunan saya sendiri yang menjadi asas penilaian kepada kenaikan gaji tahunan walaupun telah diminta secara bertulis, bahkan saya pernah mengalami pengalaman paling pahit bila Lembaga Pengarah KIAS menolak permohonan saya untuk mendapat pembiayaaan kos rawatan penyakit jantung di HUSM atas alasan " bukan rawatan perubatan" semasa saya bergelut antara hidup dan mati, yang akhirnya saya telah menjalani empat kali rawatan penyakit jantung ( unstable angina ) secara angioplasty/stenting dengan kos melebihi RM60,000 tanpa bantuan/sumbangan majikan walaupun seringgit tunai.
Saya beranggapan penamatan perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada penerusan agenda lama pertembungan peribadi individu tertentu UM-UKM, di mana penyingkiran saya dari KIAS adalah pelengkap kepada penyisihan jenerasi awal " Tamrin Kota Bharu" mengikuti jejak-jejak saudara ust Muhammad Husin, Dato' Husam Musa dan Sdr Mohd Khir Zahrie Ab Ghani yang telah tersepak terlebih dulu ketepi gelanggang dari politik dan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Saya telah lama merasai bahang ini setelah kemuncak pertembungan peribadi DHM - DMA yang memercikkan bara panasnya kepada mereka yg disekeliling, saya tidak pernah dijemput menghadiri apa-apa majlis rasmi DUN Pasir Pekan sedangkan saya adalah ahli J/Kuasa MTD dan Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, ada usaha-usaha untuk menghalang saya memegang jawatan Pengerusi Koperasi Penghulu Negeri Kelantan selain saya sengaja tidak dijemput dalam majlis2 yg melibatkan DMA termasuk di Tabung Amanah Tok Kenali atas kapasiti saya sebagai Presiden Kelab Sukarelawan TATOK.
Saya berpandangan kuasa dan pangkat tidak boleh digunakan sebagai lebuhraya untuk melunaskan dendam kesumat dan melupuskan apa saja yang dirasakan sebagai penghalang untuk mencapai cita2 kita mendongak dan melangkah ke langit yang lebih tinggi, sebagai seorang kader yang pernah berbaiah untuk sehidup semati meneruskan perjuangan ini, sebagai seorang jundiah, yang tidak pernah bercita2 melangkah kaki menjadi qiadah, meskipun telah melapaz ikrar untuk berkhidmat di bumi kelantan, saya masih ada ibu ayah yang telah tua untuk dijaga, saya masih ada 10 zuriat yang mesti dibesarkan, maka saya tetap akan mengintai ruang2 yang ada untuk mendapat sedikit keadilan dan hak selain menanti pengadilan sebenar Rabbulalil. Saya menaruh keyakinan, penglibatan saya dalam PAS dulu2nya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama' Pas Kelantan, EXCO Dewan Pemuda Pas Kelantan, Naib Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Nilam Puri ( skrg Ketereh), AJK Pas kawasan Nilam Puri/Peringat/Ketereh dan Tumpat dll jawatan parti akan dinilai oleh Allah SWT meskipun tidak dihargai dan dikhianati oleh rakan dan pemimpin Pas sendiri.
Saya telah merujuk isu pemecatan saya kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengikut sek 20 (1), Industrial Relations Act 1967 selain sedang mendapat khidmat guaman untuk mengemukakan saman sivil kerana pemecatan yang salah.
CHE IBRAHIM BIN HAJI MOHAMED
31 Januari 2014.
Saya tidak mahu mengulas panjang nanti dikatakan bias kepada mana-mana pihak. Biarlah neraca fikir kita semua memikir dan menilaikannya. Tetapi, membaca keseluruhan pernyataan sebelah pihak ini, menunjukkan kerajaan AYMA yang tegak di Kelantan kini tidak cuba mengamalkan pendekatan berunding tetapi lebih suka bertindak menghukum kerana kebencian.
Saya rasa Che Ibrahim seorang manusia yang memahami agama dan ada ehsannya. Kalau dilihat kepada biodata dan profilenya dia juga merupakan pejuang Pas seperti juga orang lain. Menurtunya dia pernah menjadi Setiausaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak Pas Kelantan, Exco Dewan Pemuda Pas Kelantan, Naib Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Nilam Puri, (Ketereh), AJK Pas kawasan Nilam Puri/Peringat/Ketereh dan Tumpat.
Ternyata penglibatannya dalam parti Islam lebih hebat dan luas berbanding dengan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar sendiri.
Sedih, kalau seorang yang berada ‘dipatak’ (kuat dan utama) dalam perjuangan tetapi disingkirkan dan diperlakukan begitu saja. Dari siapa lagi kita mengharapkan sisik kalau bukan dari puyu, siakap dan gelama. Keli, belut, tilam dan ular tidak akan memberikan kita sisik. Maksudnya dari siapa lagi kita mengharapkan ehsan kalau bukan dari sesama sendiri dan kerajaan yang menggelarkan dirinya Membangun Bersama Islam.
Betul seperti kata bekas Adun Pasir Mas, (1974 -1978) Hashim Haji Omar, zaman tahun 1978, ketika Allahyarham Mohamad Yaacub menjadi MB dia memecat orang-orang Pas dalam agensi kerajaan, tetapi tidak memecat orang-orang Umno. Sebaliknya dizaman Ahmad Yaakub orang-orang Pas dipecat orang-orang Umno dikekalkan. (Apakah pendekatan dan kemesraan ini dilakukan kerana kerajaan AYMA menangih wang dari BN atau hendak jaga integriti?).
Kepada Che Ibrahim diharap bersabar dan kepada Mohd Amar bataslah sikit kuasa yang ada yang dianugerahkan Allah hari ini. Ingat tidak sepanjang masa hari cerah, ada ketika langit akan gelap mendung hujan akan turun dan bah akan datang. Sebijak mana buaya berenang akhirnya sampai masa tersadar juga di muka kuala menjadi bangkai. Jangan sesekali anda jadikan PAS sebagai warisan pesaka dari Pak Nik Lah dimana hanya anda sahaja berhak orang lain tidak. Pas for all. [wm.kl.11:45 am 31/01/14]

Che Ibrahim mungkin boleh cuba mendapatkan kembali semua perbelanjaan perubatan sekiranya ada termaktub didlm kontrak.
ReplyDeletedari maklumat diatas, sy boleh rumuskan bhw beliau dipihak yg benar atas sbb terdpt percubaan mensisihkan tuan. Ianya boleh dikatakan sbg CONSTRUCTIVE DISMISSAL.
utk memberhentikan pekerja, majikan perlu ada surat tunjuk sebab - reprimand mengenai mutu perkerjaan. pekerja mesti diberi masa / peluang utk membaiki aduan sbyk 3 kali.
Berat doh lagu ni gak...rakyat ssungguhnya bijak menilai dan bertindak..sedarlah.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTeringin benar untuk dengar respon TGNA berhubung kemelut dan prestasi pas kelantan...pada zaman pentadbiran TGNA dan husam musa dahulu kedengaran juga idea-idea pembangunan negeri, sekarang masalah peribadi mohd amar tak habis habis. Ahmad Yaakob pula tidak begitu menonjol sebagai ketua kerajaan negeri, gandingan yang paling mantap untuk kelantan jatuh ke tangan BN next election.
TMB Kelantan ni dan MBnya akan pasti menjadi salah satu faktor yang akan menyebabkan PAS menjadi sejarah pada PRU 14 ni....kepada ahli PAS..yang sayangkan parti, silalah buat sesuatu supaya dua AYMA ni tidak dengan sewenang atau dengan semberono bertindak yang menyebabkan PAS lingkup!
ReplyDeleteRingkas cerita, dosa Che Ibrahim hanyalah kerana beliau masih berbau Husam.MB telah ditunggulkan oleh N Amar.Semua exco telah dibisu dan dipekakkan sementara Husam telah diharamkan untuk menggunakan segala kemudahan yg di bawah kerajaan negeri hatta utk merasmikan mesyuarat cawangan sekalipun diharamkan.Nasib Husam tak ubah seperti apa yg menimpa Anwar Ibrahim semasa beliau mula-mula dipecat dari UMNO.
ReplyDeleteWahai Mendeliar dan Kitol,gunalah segala kuasa yg ada,kautlah sebanyak mungkin khazanah di negeri ini SEKARANG kerana PRU 14 nanti PAS sudah jelas akan jadi pembangkang.Rintis dan tebas-tebanglah segala semak-samun dari sekarang untuk mempermudahkan laluan UMNO ke tampuk kuasa.
Jika kita masih sayangkan PAS dan masih belum bersedia utk mengucapkan sayonara kepada kerajaan tinggalan TGNA ini,ayuh sesuatu yang drastik dan konkrit perlu diambil dari luar kerajaan.Kita senjah turun pengkhianat amanah raakyat dan pelahap kuasa yg ada sekarang.Akar umbi dan rakyat terbanyak perlu dimengertikan sebelum terlamabat.
.......dan terkadang terbias di benak ambo semacam ada bibit-bibit perubahan di pihak istana setelah ktiadaan Tuan Guru tersayang.Rasa hormat,malu,segan kpd pihak berkuasa negeri telah kendur,sebaliknya telah ada semacam mudah terbodek! Wallah hua'lam.