Wednesday, January 1, 2014

TURUN beri amaran kepada Najib

HIMPUNAN TURUN                                                                         

Mungkin angka tidak penting untuk melihat kekuatan pada himpunan mendesak harga barang dan keperluan lain agar diturunkan yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi. Ia boleh dianggarkan 10,000 atau 20,000 atau mencecah angka 50,000. Tegasnya himpunan bertema TURUN semalam adalah satu lagi sejarah tersendiri untuk rakyat negara ini khasnya mereka yang berpartisipasi dengan acara itu.

Perarakan TURUN memenuhi Dataran Merdeka.
Disebabkan himpunan semalam berlangsung dalam waktu malam, maka tidak ada kamera sesiapa dapat menjilat setiap tubuh yang hadir. Makanya para pemerhati boleh meletakkan berapa saja angka yang disukai. Dari pihak penganjur Gerakan Turun Kos Sara Hidup, pasti berpuas hati dan mereka boleh dakwa jumlahnya melebihi 30,000 menyahut seruan mereka membela rakyat.

Mereka juga perlu merasa bangga kerana kerahan melalui media baru Facebook, twitter dan sebagainya itu berjaya. Himpunan semalam bukan digerakkan oleh mana-mana parti politik tetapi ia boleh dianggap usaha golongan muda Malaysia yang insaf. Satu usaha dan permulaan baru yang memberangsangkan.


Manakala dipihak kerajaan dan polis akan meremehkan dengan kehadiran peserta itu sekitar 10,000. Itulah cara mereka hendak melemahkan semangat rakyat, sanggup melakukan apa saja termasuk pembohongan dan penipuan fakta. Dan paling ironis lagi ialah angka-angka yang akan diberikan oleh media PB, di mana jumlah sekitar 888 orang sahaja, termasuk tiga orang kanak-kank. Haha....

Kumpulan mahasiswi yang ikut berarak.
Boleh jadi juga jumlah yang ramai itu terdiri daripada satu batalion askar dan pasukan polis kerana mereka ditugaskan untuk mengawal keselamatan keadaan kerana ada ura-ra keganasan akan dilakukan termasuk letupan bom bagi menggulingkan kerajaan. Sewajarnya pasukan keselamatan ditempatkan sebegitu ramai kerana mereka telah mengokestrakan kudeta?

Sebelum itu polis di raja Malaysia (PDRM) beriya-iya meminta orang ramai agar jangan hadir kononnya himpunan itu akan diganggu dengan bom. Seorang yang didakwa mengaku untuk meletupkan Dataran Merdeka juga telah ditangkap pada siangnya sebagai membuktikan risikan polis memang ada ansir jahat yang irihati dengan himpunan berkenaan dan ingin melakukan jenayah massa.

Apakah pelontor bom buatan sendiri yang ditangkap dengan begitu mudah oleh polis itu sebenarnya anggota polis sendiri? Iya hanya satu psywar untuk menakut-nakutkan orang ramai agar menyertai himpunan berkenaan. Tektik sebegitu sebahagian daripada strategi polis dalam mencegahkan sesuatu kejadian. Ia dilakukan agar jangan hadir protes kenaikan harga barangan, tol, gas, rumah dan segala macam kerana mahukan rakyat terus terjerat dalam kesadisan kerajaan? Al hasilnya rakyat tidak takut sebaliknya provokasi itu memberi iklan murah pula.

Sebenarnya tindakan polis kali ini dalam mengawal dan mencegah himpunan itu daripada tidak diadakan tidak sehebat sebelum ini, seperti dilakukan terhadap himpunan Bersih, Black 505, Bangkit Rakyat, atau himpunan refomasi 10 tahun lepas. Bagi saya tindakan polis melarang dan membuat cerita-cerita pandir itu ala kadar sahaja terhadap himpunan Turun itu. Ada semacam kebenaran dari polis?

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Hafiz Musa ikut sama.
Kenapa saya kata begitu, kerana Ketua Polis Negara (KPN), Khalid Abu Bakar nampak 'sihat' kali ini. Dia tidak membuat apa-apa ancaman dan ugutan kepada peserta agar tidak hadir seperti selalunya. Selalunya beliaulah yang lantang dan bengis laksana harimau beranak kecil dan anaknya dibaham ular sawa, memberi amaran polis akan bertindak tegas kepada peserta himpunan atau demostran.

Berlain kali ini, Khalid tidak bersuara langsung. Ini menyebabkan sikap itu menjadi kemusykilan juga kenapa KPN dan orang-orang besar polis lain bersikap dingin. Hanya pegawai polis berpangkat kecil saja yang memberi kenyataan dan melarang himpunan itu. Apakah kerana himpunan itu bercampur baur dengan anak-anak muda yang ingin bersuka ria dan mendapat hiburan percuma di malam menyabut tahun baru, maka polis tidak bertindak ganas dan Khalid Abu Bakar menjadi normal?

Menteri yang menjaga polis, Zahid Hamidi juga tidak sepandir dan se'agah' sewaktu beliau membalun Mohamad Sabu mengenai isu Syiah sebelum ini. Tidak banyak menteri itu bersuara, dan suaranya tidak begitu latang memberi amaran atau ugutan kepada peserta Turun. Saya langsung tidak terdengar Zahid ada mengecam dan membuat ancaman terhadap himpunan malam tadi. Menteri-menteri lain juga semacam terpaku. Tidak seperti biasa, selalunya menteri menjadi tidak cukup mulut untuk bercakap dan mengomen. Kenapa?

Kelainan sikap ini perlu ditanya dan dikaji. Apakah ada di kalangan menteri termasuk Zahid Hamidi sendiri suka himpuan Turun itu. Mereka sengaja membiarkan anak-anak muda menyatakan protes mereka kerana ingin damagekan Najib Razak sebagai perdana menteri. Tidakkah apabila berlaku himpunan seperti semalam mendedahkan kepada dunia menjelang tahun 2014 Najib dikritik rakyat negaranya ekoran beberapa tindakan dibuat kerajaannya dan terpaksa menerima helaian kelendar 2014 dengan protes besar rakyat. Begitu?

Saya melihat ada tanda-tanda ke arah itu. Seperti himpunan semalam tidak begitu dikawal persis kerana ia ada motif disebaliknya. Ada agenda di dalam agenda. Dari satu sudut ia menampakkan polis tidak mahu jadi harimau dan singa kelaparan lagi, kerana ianya mungkin ada undang di sebalik batu. Tidak dapat tidak himpunan Turun semalam menjadi perbualan dan ia menjadi bukti bahawa Najib dan kerajaannya tidak disenangi. Himpunan Turun semalam adalah amaran dan isyarat awal rakyat kepada Najib untuk 364 hari mendatang.

Apa yang merujakan saya semalam ialah, penyertaan himpunan berkenaan rata-rata terdiri daripada anak-anak muda yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun. Dalam hitungan saya kira-kira 60% yang hadir semalam ada golongan muda yang separuhnya adalah pertama kali menyertai himpunan politik. Mereka adalah bakal menjadi penerus kepada perjuangan rakyat dan menjadi pengganti kepada para demostran refomasi yang sudah berganjak usia. Nampaknya anak-anak muda sudah mula memegang stering perjuangan rakyat.

Paling membimbangkan Umno apabila hampir 90% yang berhimpunan dan melakukan protes semalam terdiri dari anak-anak muda atau orang Melayu. Kehadiran orang Cina dan India kurang 5%. Dalam Umno cuba menyakinkan orang Melayu kepada partinya realiti ini membimbangkan mereka. Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri dan pembawaan ulamak dan profesional agama muda dalam Umno tampaknya tidak memberi bekas.

Kalau pun mereka hadir semalam untuk mencari hiburan menjelang tahun baru, tetapi mereka selesai dengan keadaan yang ada malam tadi. Mereka bersorak dan mereka melakukan protes. Anak-anak muda sepakat dan mereka sengaja turun dengan tujuan protes. Ini dibuktikan apabila mereka memakai baju berwarna hitam.

Mereka berarak sambil melaung-laungkan meminta harga barang diturunkan. Sesekali diselang dengan jeritan 'refomasi' dan meminta agar Najib sekali turun. Berbagai sepanduk dan kain rentang diheret dan dipamirkan bagi menyatakan perasaan mereka. Perarakan semalam juga diriuhkan dan digamati dengan tiupan 'Vuvuzela' situsinya bagaikan berada dalam stadium bola sepak, menyaksikan perlawanan Manchester United dengan Red Warrior.

Kenderaan yang melewati di hadapan para peserta Turun di pusat membeli belah Sogo yang mengibarkan bendera Malaysia dan mengangkat sepanduk membunyikan hon menandakan sokongan mereka. Situasi ini menambahkan lagi suasana dan menghidupkan perarakan itu.

Dari golongan anak-anak muda itu yang dominan ialah di kalangan mahasiswa. Sekumpulan mahasiswa kira-kira 50 orang yang berjalan di Jalan Raja Laut begitu semangat dan berani sekali. Mereka seronok dan secara terbuka memprotes kerajaan. Dalam erti kata lain yang mengambil bahagian terdiri dari mereka yang berpelajaran. Saya nampak tidak ada watak-watak mat rempit atau pun pemakan pil kuda mengikut perarakan semalam. Mungkin anak muda sejenis itu ke Puterajaya untuk menikmati sajian hiburan di sana. Ertinya himpunan semalam berkualiti.

Apabila ditanya mereka dari mana, seorang pun tidak menjawab dan mengelakkan diri. Ini menjelaskan bahawa mereka sudah dilatih dan dipersiapkan dengan ilmu dan tektikal bagi menghadapi kemungkinan bakal berlaku di himpunan itu. Beberapa kali saya mengajukan kepada berberapa orang dari mereka, namun tidak ada seorang menjawab. Mereka hanya tersenyum dan cuba mengelipkan diri di antara satu sama lain. Semua mereka memakai tudung labuh.

Ternyata himpunan semalam kalau tidak ada provokasi berlebihan daripada pihak polis ia berjalan dengan aman dan tenteram. Aman seperti amannya ibu ayam saya membawa lima ekor anak di kampung. Semalam tidak ada setitik darah yang gugur ke bumi seperti selalunya. Pasukan bertopi merah juga tidak ada. Pak misai bermuka kematu yang memegang cota juga tidak ada. Yang ada hanya sebaris pemuda berbaju merah yang merangkai tangan sedang melindungi sesuatu. Demostrasi kalau tidak ada si kepala merah dan truck water cannon akan selamat.

Untuk malam tadi, tidak salah kalau dikalung terima kasih kepada Polis kerana tidak bersikap ganas. Kebaikan mereka tunjukkan malam tadi adalah penebusan kepada provokasi pandir yang mereka buat beberapa jam sebelum berlangsung himpunan itu. Dan yang rakyat perlu berterima kasih sangat ialah kepada NGO pimpinan anak muda yang berani menggabungkan diri membentuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). Syabas. NGO anda ternyata lebih baik dan bermakna dari NGO rasis dan fanatik Melayu lain.

Dipaparkan beberapa keping gambar yang sempat dirakam malam tadi. Maaflah kali ini saya tidak membawa camera seperti selalunya. Selamat tahun baru 2014. Wassalam. [wm.kl.8:59 am 01/01/14]


Perakan di Jalan Raja Laut menuju ke Dataran Merdeka.
Perakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.
Bila tidak ada gangguan, peserta boleh santai.
Beberapa peserta veteran berihat.
Bila perarakan aman polis juga tidak tertekan, rileks.
Sepuak Unit Amal Malaysia bersiap mengawal keadaan.
Jalan Raja Laut padat dengan peserta Turun.

Pemandangan ini di hadapan pusat membeli belah Sogo.

2 comments:

  1. Tuan,

    Polis tidak bertindak ganas semalam kerana bersebab. Sebab pertama mereka akan menghadapi masaalah apabila huruhara meletus kerana terdapat ramai juga bukan pendemo yang berada dinDataran Merdeka untuk tengok konsert. Dalam keadaan huruhara sukar bagi polis mengenal siapa pendemo dan siapa p3nonton konsert.

    Keduanya, motif seb3nar mereka telah kita m3ngetahui melalui PC Ketua Polis KL. Pertama mereka terjumpa s3jumlah parang dan pisau yang ditinggalkan didalam longkang( heh3...t3ktik biasa. Tapi mana bomnya?). Kedua mereka akan mengambil tindakan kepada penganjur mengikut akta perhimpunan aman 2012. Ketiga, polis sudah mereka cerita yang pendemo bertindak ganas merempoh halangan dll....tektik biasalah ol3h polis.

    Yang jelas perhimpunan semalam membawa sinar harapan kepada negara. Golongan muda sudah mula sedar dan cuba memikul tanggungjawab terhadap masa depan mereka dari set-set tuo yang sudah letih sangat doh.

    Biarlah polis ambil tindakan kepada penganjur. Demo ini adalah demo rakyat. Kita lawan mereka dimahkamah. Bagi mereka bantahan Ali Tinju dan geng askar p3ncen mempertahankan rosmah dan memberi warning kepada Rafizi JAUH LEBIH MULIA DAN M3NEPATI hak berhimpun s3cara aman yang dijamin oleh perl3mbagaan daripada bantahan rakyat m3ngenai kenaikan kos hidup dan barangan yang menimpa seluruh rakyat termasuk puak UMNO, puak Ali Tinju.

    Itulah mesej yang polis nak sampaikan dengan PC depa hari ini

    ReplyDelete
  2. Tak tau apa nak dikata dengan orang-orang dan pegawai besar di Malaysia ni. Guling kerajaan la, ada bom la. Pangkat je besar tapi otaknya kecik sekali (atau macam tak dak otak). Tau nak memandirkan orang aje. Cukuplah kamu memandirkan warga amno saja!

    ReplyDelete