Saturday, January 18, 2014

Umno marah bila ada orang bagi makan kangkung kepada perdana menteri

RILEKS SABTU                                                                                 

Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua tiga hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno negeri itu yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab.

Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dibuat agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup.

Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak.

Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung hijau ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun.

Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak dipersenda begitu teruk sekali sampai mendapat perhatian BBC. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri.

Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu.  Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja tanpa mendapat perhatian umum. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi dari itu.

Tidak terkecuali pemimpin Umno, pemimpin DAP, Pas dan PKR juga diperlakukan demikian rupa. Gambar Anwar Ibrahim pernah dibakar. Gambar Karpal Singh juga dibakar begitu juga degan gambar Lim Kiat Siang. Gambar Tokguru Nik Aziz diadunkan dengan tubuh babi, dan ada gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi di banner dipancut kencing. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi. Mereka meneriam itu sebagai vandalisme politik.

Nampaknya bila kena giliran Umno mereka melenting macam buah guli jatuh ke simen. Tenanglah duhai Umno, kalau gambar pemimpin pembangkang boleh diperlakukan dengan cara lebih huduh dari itu kenap tidak dengan gamabr Najib Razak. Belajarlah bersabar dan tenang daripada pembangkang.

Kita tahu tindakan membela Najib itu adalah untuk membodek Najib. Mereka sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu perdana menteri. Kalau mereka jujur untuk membela perdana menteri, menjaga maruah Najib, mereka boleh nasihat Najib berundur dan serahkan kerusi kepada Muhyiddin Yassin. Cara itu lebih praktikal dan dapat menyelesaikan masalah. Hanya dengan memaki hamu acara itu dan menganggap ianya tidak memberi bekas, sama dengan tindakan Umno membela Najib itu juga tidak memberi bekas.

Sikap pemimpin Umno Pulau Pinang itu memperjelaskan mereka sangat terdesak dan sudah habis ikhtiar untuk bermain politik secara baik. Tindakan memarah kumpulan yang memberi makan kangkung kepada Najib ia memberi publisiti percuma dan provokasi terhadap Perdana Menteri itu berjaya kerana ia diberi reaksi sedemikian rupa. Tentu kumpulan itu dan Adun Machang Bubuk sangat gembira kerana ocahan mereka diberi reaksi.

Elok juga polis jalankan siasatan dan mereka terlibat didakwa kerana kita mahu dengar di mahkamah nanti apakah sebab mereka memberi patung Najib 'mentankedarah' kangkung. Dan pastinya pendakwaan gara-gara memberi pantung PM makan kangkung akan mendapat perhatian dunia, dan Malaysia dalam keadaan ekonomi robek dan merudum ini dapat mencipta rekod baru, kerana berjaya mengadakan perbicaraan ke atas orang memberi makan kangkung kepada replika perdana menteri, manakala orang yang membunuh Altantuya terlepas begitu saja. [wm.kl.12:07 t/hari 18/01/13]



3 comments:

  1. Hahaha..lawak!! lawak!! Ntahnya bagi makan kangkung je pun. Bagi Makan kangkung pun nak report polis? Rilekla kawan!!

    Mujur tak sumbat mulut dengan Ba..atau tak sumbat dengan C4.

    Kangkung kira ok la tu. Cuma kesian sebab kangkung mentah, kalau kangkung belacan pun sedap!!

    PM melangkah memang dah macam lenggang,lenggang kangkung sebab lenggang PM bukan lenggang anak jantan.

    Sampai bila lagi UMNO asyik mengipas. Apakah sama Kipas UMNO dengan Kipas kak wan?

    Rakyat ada kipas lipas.



    ReplyDelete
  2. Salam tuan Mso

    Sejak sekian lama pemimpin Umno PP telah mengangkungkan rakyat Melayu PP. Bila pemimpin besar mereka dikangkungkan baru mereka nak melompat. Satu saja perkataan kpd mereka itu...Pooodahhh.

    ReplyDelete
  3. Kerja-kerja bodoh membodek dan buat onar di Penang ni bukan kerja Melayu tetapi kerja Mamak! Macam mana Mamak boleh jadi ahli UMNO? Mamak UMNO ni dah lupa ke....siapa yang usung kek 'tahi' dan 'seluar dalam dan coli' ke pejabat KM Penang? Tak biadap ke tu? Sudah-sudahlah mamak woi! Cukuplah buat lawak dan onar di Malaysia nih! Kerja Mamak kitul dan Mamak Mendeliar lah yang meruntuhkan kesultanan Melaka dulu.... Sekarang nak runtuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum pulak ke?

    ReplyDelete