Thursday, February 20, 2014

Betulkah Khalid ada hutang puluhan juga dengan bank?

SPEKULASI T HARI                                                                         

[kemaskini] Tindakan secara tektikal PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid Ibrahim dari kersi MB Selangor disebabkan MB itu berhadapan dengan beberapa masalah rumit, dua orang pemimpin tertinggi Pas pula berusaha untuk mengekalkan Khalid di kerusi itu. Perjumpaan dikatakan langsung dengan Khalid oleh dua orang pemimpin tertinggi Pas yang disertai sama oleh seorang pegawai politik.

Khalid, ada masalah hutang?
Pertemuan mereka dengan Khalid itu berlangsung sewaktu Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedang bersidang membincang pilihan raya kecil Kajang. Satu perbuatan yang cukup ironi sekali. Apakah ini sahabat yang dipercayai untuk memegang kunci peti harta Karun atau sahabat yang suka mempertahankan tindakan dengan membaca hadith dan ayat-ayat Quran? Atau sahabat seluar sekadar standard dalam bersaiz XXL?

Tindakan untuk memecat Khalid sebagai MB tentu ada sebab musabab besar. Ia tidak akan dibuat kalau bukan ada sesuatu yang mendesak atau kalau atas maksud sekadar untuk memberi jawatan MB kepada Anwar Ibrahim. Seekor harimau tidak akan meninggal jauh kawasan yang dia sudah terhidu jebak manusia. Dia akan menunggu dan memburu makanannya itu. Apakah dalam hal ini PKR telah terhidu sesuatu mengenai Khalid Ibrahim?

Apa-apa yang buruk mengenai seseorang tidak wajar diberi tahu kepada rakan lain. Politik penuh pengertian. Makanya tindakan politik perlulah ditafsir dan diterjemahkan dengan berbagai teori dan ilmu. Misalnya kalau pemimpin Pas itu gagal mencari jawaban di atas tindakan PKR itu, bertanyalah dengan cara menulis dalam mail box PKR atau Anwar sendiri. Cara itu lebih ikhlas. Kita tahu mengajar orang supaya tidak menebuk kapal, tetapi kita sendiri sedang melakukan perkara yang sama.

Tindakan atau program Kajang Move sesuatu yang rumit dan menyakitkan hati banyak pihak. Kerja itu bakal memberi risiko besar kepada Anwar Ibrahim sendiri. Alasannya cukup jelas. Tetapi adalah kurang bijak kalau Anwar membuka pekong di dada sendiri. Tetapi kalau pemimpin Pas atau DAP dengan suci hati bertanya Anwar, nescaya akan diberi tahunya. Saya yakin.

Tokguru Nik Aziz mungkin sudah mengetahui lebih jauh daripada apa-apa yang sudah diketahui atau difahami oleh pemimpin Pas lain. Anwar sudah berjumpa degan Nik Aziz minggu lepas, di Kota Bharu. Walaupun ada usaha untuk mengagalkan pertemuan Anwar dengan Nik Aziz (dilakukan orang-orang tertentu, pengawal Pulau Melaka), tetapi pertemuan terjadi juga. Elok kalau pemimpin Pas termasuk dua orang bertemu Khalid itu berjumpa dengan Nik Aziz dan bertanya perihal pertemuan dia dengan Anwar. Rasanya Nik Aziz juga akan menjelaskannya dengan sejujur-jujurnya.

Mungkin sebelum ini umum menerima Kajang Move untuk meredakan sengketa politik bernafsu di antara Khalid dengan Azmin. Atau lebih konkrit dari itu untuk menyelamatkan Selangor. Memang untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi ada sesuatu yang besar daripada apa yang dapat dilihat dan dapat dijelas kenapa Kajang Move terpaksa dilakukan. Ia bukan sekadar soal Azmin dan Khalid sahaja, tetapi lebih besar dan bahaya dari itu. Inilah perkara yang sulit dan sukar untuk didedahkan. Namun kerana demi kebaikan maka ia perlu didedahkan juga agar tidak timbul kekeliruan, yang palsu dipertahankan, yang benar dimusuhi.

Azmin sendiri faham akan hal ini sebab itu walaupun keputusan dibuat kerusi itu tidak diserahkan kepadanya, dia dapat menerimanya dengan baik. Bagi Azmin seperti juga sama dengan Anwar bukan jawatan itu, tetapi yang lebih penting agar kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak tergadai ditangan Khalid. Tetapi tentulah sebagai seorang politik Azmin seronok kalau diserahkan kepadanya.

Saya mengira masalah dalaman ini yang perlahan-lahan mula terselak, kena difahami oleh dua pemimpin Pas yang mendatangi Khalid, meminta Khalid agar jangan berundur. Politik kena bijak dan mata politik juga kena mampu menyuluh ke dalam gelap malam. Dan selepas mereka menyedari hal ini maka akan hilang dan sirna niat busuk untuk menyusahkan Anwar Ibrahim. Melainkan mereka juga diam-diam setelah mendirikan sembahyang sunat selepas mengimani solat jemaah berdoa agar Pas akan dapat bersatu dengan Umno.

Persoalan yang perlu ditimbulkan dalam kepala semua orang ialah kenapa Khalid liat untuk berundur walaupun berbagai tekanan sudah dilakukan? Kenapa, kenapa dan kenapa? Tentu ada sebab-sebab besar mengenainya. Kita tahu Khalid bukan seorang yang minat kepada politik. Dunia politik kepadanya seperti dunia rock kepada pemain mak yong. Tetapi kenapa dia menjadi minat kepada politik khasnya kedudukan sebagai MB? Sebab inilah kena dikaji.

Kata orang kalau tidak ada mengada tempua takkan bersarang rendah. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Dalam hal ini tentu Khalid ada masalah besar yang sedang menimpanya dan terselindung dari pengetahuam umum. Masalah itu membabitkan peribadinya sebagai Khalid bukan sebagai MB.

Kalau ia membabitkan MB, Khalid tidak perlu bersusah payah mempertahankan dirinya kerana MB akan dipertahankan oleh rakyat. Dapat difahamkan di sini bahawa Khalid sedang menggunakan jawatan MB itu untuk mempertahan dan menyelamatkan dirinya. Begitukah?

Boleh jadi ada individu tertentu yang menjadi penasihat dan bomoh kepada Khalid. Setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar, mungkin Khalid mula memahami betapa jawatan dan kedudukan yang ada kepadanya itu boleh digunakan sebagai life boat kepada dirinya dan menyelesaikan masalah dihadapinya.

Mungkin ramai yang tidak menyedari hal ini dan melihat politik di Selangor dan Kajang Move itu satu plan yang sedemikian rupa hanya untuk kepentingan Anwar semata-mata.

Perkembangan dua tiga hari ini menjawab persoalan yang agak rumit ini. Perkembangan inilah maka bagi saya ia menyebabkan Khalid begitu liat untuk melepaskan jawatan MB Selangor sehingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil Kajang dan mengorbankan banyak orang. Pilihan raya kecil ada penyembelihan untuk upacara penurunan takhta.

Apakah perkembangan dan masalah yang memberati Khalid? Khalid dikatakan berhutang dengan Bank Islam mencecah puluhan juta? Bank Islam bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimana pun perkembangan terbaru menunjukkan bank berkenaan tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah akan diambil. Kenapa?

Mungkin prosedur ini biasa saja. Ada kes yang sudah dibicara pun ditarik balik dan dibuat penyelesaian di luar mahkamah. Tetapi perkembangan di sebalik kes ini menarik dan sesuatu yang boleh difikirkan dan dikait dengan pendirian tegas Khalid mengenai politiknya yang enggan meletakkan jawatan MB. Kerana Khalid sudah menjadi orang politik mungkin penyelesaian secara politik dalam proses.

Apakah penyelesaian hutang diluar mahkamah ini sudah dijadikan modal untuk menyelamatkan Khalid di samping itu ia memberi keuntungan politik kepada pihak lain? Puluhan juta bukan satu nilai yang kecil. Kita memahami bagaimana kerencaman politik akan mengeksploitasikan apa-apa saja isu untuk mendapat keuntungan dan aset ini juga tidak akan terlepas dalam senario di Selangor.

Bak harimau terhidu bau manusia tadi, apakah PKR dan khasnya Anwar sudah menghidu masalah Khalid ini dan ia harus diatasi segera. Barang kali. Kerana sebagai pemimpin Anwar harus bertindak mengawal atau menyelesaikan sesuatu kes sebelum ianya sampai ke tahap empat. Jadi pelan Kajang Move ini hendaklah dilihat ke lapisan jauh dari apa yang terbentang di genu mata kita saja, atau sekadar merasakan Anwar hanya pelahap kepada sate Kajang saja.

Kepada dua orang pemimpin Pas dan seorang pegawai politik itu juga kalau pun mereka sudah mengetahui ini jangan cuba menyelesaikannya dengan mengharap Khalid akan menjadi menteri besar di sebelah mereka. Usah bimbang kalau Anwar ditakdir menjadi MB, Anwar tidak akan mengkhianati, apa lagi membuang waris waras orang-orang Pas yang ada di GLC di Selangor. Dan sekiranya Anwar berlaku kejam itulah nanti baru serangan balas wajar dilakukan. [wm.kl.1:17 pm 20/02/14]

No comments:

Post a Comment