Tuesday, February 25, 2014

Redzuan tidak perlu layan Zaid Ibrahim

REAKSI MALAM                                                                                  

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman (foto) tidak perlu melayan kerenah bakal calon bebas di Kajang Zaid Ibrahim (jadi ke) yang menuduh kajian Umcedel sebagai dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim kerana kononnya hanya kerana Redzuan baik dengan Anwar.

Zaid dalam usaha untuk meremehkan Anwar dan menghalang Kajang Move mempertikaikan kajian Umcedel dengan membuat tuduhan tidak benar dan berfakta mengatakan Umcedel dibawah pengaruh Anwar.

Zaid marah apabila kajian Umcedel mendapati 59% daripada 576 pengundi di Kajang mengatakan bersetuju pilihan raya kecil itu diadakan, dan wajar kalau Anwar menjadi MB Selangor. Mungkin bagi Zaid dapatan kajian bebas itu memberi mata kepada Anwar.

Redzuan menafikan tuduhan Zaid itu yang beranggapan dia (Redzuan) baik dengan Anwar disebabkan dia berada dalam Abim. Jelas Redzuan dia menyertai Abim tahun 1982, dimana ketika itu Anwar sudah pun meninggalkan Abim untuk menyertai Umno. Jadi tidak berbangkit dia bias kerana bersama Anwar dalam Abim.

Redzuan kesal dengan tuduhan Zaid itu dan menafikan dengan mengatakan dia tidak pernah 'jilat' Anwar sepertimana dilakukan Zaid. Mungkin Redzuan membuat anologi itu memandangkan Zaid pernah mendapat laluan bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor beberapa tahun lalu.

Soalnya kenapa Zaid tidak senang dengan kajian akademik itu? Apakah itu sebagai perang saraf beliau untuk mengelirukan pengundi agar agenda Kajang Move tergendala. Dan kalau itulah tujuan apakah pula agenda Zaid? Adalah bodoh kalau Zaid menyertai pilihan raya itu dan membuat sibuk kalau tanpa ada apa-apa agenda.

Jika sekadar untuk menjadikan penyertaannya sebagai hadiah hari jadi, apakah sudah habis idea untuk beliau menyanjungi seorang isteri pada setiap kali ulang tahun hari jadinya?

Penyertaan beliau itu dan juga tingkahnya menganggu Anwar mungkin Zaid sedang mencari peluang untuk mendapat simpati Muhyiddin Yassin bagi kembali semula ke dalam koloni yang pernah diduduki dulu iaitu Umno? Mungkin beliau berharap apabila agenda Anwar terganggu beliau akan diberi ganjaran istimewa.

Sepatutnya Zaid tidak perlu marah dengan dapatan kajian itu. Redzuan atau Umcedel tidak ada apa-apa agenda politik. Kalau setakat Redzuan menyertai Abim ia tidak boleh hendak dipukul lumsume yang Redzuan dibawah pengaruh Anwar. Bagaimana pun dengan Zaid sendiri bukankah dia pernah menyertai Umno dan menjadi menteri, apakah tidak boleh dituduh tindakan beliau ganggu pilihan raya kecil itu sebagai unta tua membawa buyung air Umno ke atas bukit?

Umcedel bukan pertama kali membuat kajian seumpama itu. Membuat kajian awal terhadap sesuatu isu merupakan kegiatan pusat kajian itu sebagai memenuhi kegiatan fakluti yang disandangnya. Redzuan adalah merupakan dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Justeru Redzuan tidak perlulah 'bertumbuk mulut' dengan Zaid dengan membalas kenyataan Zaid. Redzuan harus ingat orang akademik bercakap berasaskan fakta dan kebenaran tidak akan pernah selari dengan orang politik yang boleh bercakap berdasarkan ilusi dan halimunan.

Zaid adalah seorang ahli politik tulen yang mengamalkan political animal manakala Redzuan adalah seorang akademis yang berfikir berlandaskan hujah dan teori-teori yang dihasilkan secara empirikal.

Zaid sebagai seorang politik boleh bercakap lebih buruk dari biawak. Tetapi tidak untuk Redzuan sebab beliau bertanggungjawab kepada peradaban, kebenaran yang dijunjungi terhadap seorang ilmuan dan cendekiawan. [wm.kl.10:16 pm 25/02/14]

No comments:

Post a Comment