MENJENGUK VIETNAM
Siri 3
Kalau ke Vietnam tidak menjenguk dan menyelusuri terowong
Chu Chi (Chu Chi Tunnnel) seperti tidak sah. Semacam wisata asing melancong ke
Malaysia kalau tidak berpeleseran dan mengambil gambar atau bergambar berlatar
belakangkan menara berkembar KLCC ianya tidak sah. Pelancong yang memijak kaki ke Saigon pasti akan dibawa ke terowong Chu Chi, markas bawah tanah atau pusat pentadbiran gerila Vietcong.
Papan tanda menunjukkan ke Terowong Chu Chi. |
Jarak terowong bersejarah itu dari bandaraya Ho Chi Minh
atau Saigon kira-kira 75 km dan masa perjalanan sekitar 1 jam 15 minit, menaiki bas. Ia terletak di pinggir bandaraya Ho Chi Minh, terlepas dari keriuhan kotaraya kosmospolitan itu.
Setengah jam sebelum sampai ke kem berkenaan, kita akan
melalui estet getah yang luasnya ribuan ekar. Pokok-pokok getah yang sudah agak
berusia di kiri kanan jalan menjadi penghibur dan mengundang panorama klasik.
Pengalaman baru akan tetas di sini.
Kehebatan terowong Chu Chi tidak perlu disebut lagi kepada
mereka yang suka kepada cabaran dan menjejaki tempat-tempat perang ia sudah
sedia maklum kerana namanya disebut dan sejarah mengenainya dibaca dan dikaji oleh
dunia.
Mungkin saya sahaja yang lewat mengunjungi
untuk mengetahui keunikan dan kemisteriannya. Walaupun sudah maklum, tetapi
bersikap dingin untuk mendalaminya, apa lagi menjejakinya menjadikan saya
tertinggal lebih 30 tahun tentang kisahnya. Beberapa hari sebelum bertolak ke Vietnam baru saya
cuba mencari maklumat mengenai terowong Chu Chi menerusi geoogle.
Kata orang melihat gambar dan membaca catatan, tidak sama dengan kita hadir sendiri merasai keunikannya sambil mendengar penerangan secara live tentangnya.
Ladang getah yang mengasyikkan pemandangan. |
Apa lagi memasuki dan merangkak ke dalam lubang (terowong) berkenaan, sungguh mengesankan. Apabila turun ke terowong itu dan berjalan dibawah tanah kita dapat merasaikan akan keazaban tentera Vietcong dan juga kegigihannya berjuang. Tentu juga kita kagum dan hairan macam mana tentera Vietcong dapat berkelana di dalam terowong itu bertahun-tahun. Bayangkan mereka 'bertumas' dalam terowong itu sejak tahun 1968 hingga tahun 1975.
Kesal juga saya kenapa Chu Chin lambat saya datangi. Walhal
sebelum ini saya sudah sampai ke beberapa lokasi di negeri-negeri yang terlibat dengan
peperangan. Saya pernah ke Bosnia-Hazegorvina menyaksikan kesan-kesan perang
penghapusan etnik Bosnia oleh tentera Serb di sana hampir 11 tahun lepas.
Di
pinggir Sarajevo saya juga menyaksikan terowong yang dibina untuk tujuan perang.
Pintu berupa terowong untuk masuk ke kawasan terowong. |
Beginilah kawasan terowong nyaman. |
Di sanalah saya melihat
kegigihan dan keampuhan seni pertahaan Komunis. Dalam serba kedaifan mereka berjaya mempertahankan
diri dan terus melancarkan serangan gerila ke atas tentera penjajah dan ATM.
Jalan denai dalam kawasan sudah "lebuk lepan": |
Bagaiaman pun terowong Chu Chi ternyata lebih ampuh dan
canggih berbanding dengan terowong di Bosnia ataupun kem Rejimen ke-10. Terowong
Chu Chi lebih lengkap dan kebal sesusai ia
menjadi pengkalan dan kubu bagi menghadapi serangan tentera sekuat tentera Amerika Syarikat.
Bila
melawat ke sini melihat sendiri kehebatan terowong itu persoalan dan pertanyaan mengapa Amerika boleh kalah kepada Vietcong
terjawab. Keunikan, kehebatan serta ketinggian daya kreatif perang ditunjukkan
Vietcong ini melayakkan mereka menjadikan tentera Amerika hilang akal dan berundur.
Terowong ini dibina dalam kawasan hutan luasan ratusan
ekar. Terdapat terowong sepanjang 210 km. Ia dibina bagaikan
sebuah bandar yang mempunyai serba kelengkapan seperti ruang perbincangan, penyimpanan manakan dan senjata dan juga dapur memasak. Bentuk terowong menjalar dan
bercabang-cabang laksana sebuah jalan raya di bandar yang sibuk.
Luas terowong berkenaan kira-kira selebar 3 kaki dengan
ketinggian dibawah 4 kaki.
Pengawal menunjukkan aksi untuk masuk ke lubang rahsia. |
Pembinaan terowong ini ternyata untuk askar Vietcong
saja yang bertubuh kecil. Pernah seorang pelancong Amerika Syarikat menyoal pemandu
pelancong, “kenapa terowong dibina kecil?”, jawab pemandu pelancong itu secara
bergurau kerana ia bukan untuk laluan tentera Amerika.
Terowong Chu Chi ini ada cerita dan kisahnya tersendiri. Walaupun
Chu Chi merupakan kubu perlindungan dan tentera Vietcong boleh hidup aman dan
selamat, tetapi ada kisah-kisah menyayukan berlaku di dalam istana bawah tanah itu.
Inilah sais pintu untuk masuk ke dalam terowong. |
Setelah menang perang dan keluar
dari kehidupan dalam terowong itu, si ibu tidak dapat melupai peristiwa ‘pembunuhan’
itu. Ia menyerang dirinya menyebabkan akhirnya dia bertindak membunuh diri
sebagai membalas atas apa yang dilakukan.
Di lihat dari atas kedudukan dan suasana terowong itu
tidak kelihatan langsung. Keadaan kawasan hutan itu seperti semula jadi tanpa ada apa-apa
sentuhan dan gangguan. Tetapi itu sangkaan kita, dan itulah juga sangkaan tentera Amerika yang membuat mereka merana apabila melintasi kawasan itu. Dahulu di seluruh kawasan itu dipenuhi dengan jerangkap samar (booby trap). Perangkap dan jerakap samar inilah menghalang tentera
Amerika untuk maju menyerang mereka.
Hari ini semua perangkap dan jerakap samar sudah tidak ada
lagi semuanya sudah dimatikan. Bahkah kawasan itu menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Dianggarkan ratusan pelancong
yang mengunjung markas bekas gerila Vietcong itu dalam sehari. Keadaan hutan yang damai, penuh flora dan fauna menjadikan
kawasan itu teman rihlah yang berkualiti. Udara nyaman disusuli siulan beburung di dahan kayu menyegarkan dan melapangkan fikiran.
Ia memberikan kita sebuah panorama yang boleh merawatkan minda serabut kita. Tidak sangka hutan yang berbahaya itu kini menjadi lokasi digemari. Inilah kreativiti dan kelebihan orang Vietnam di samping mereka mempamerkan kehebatan mereka dalam peperangan dalam masa sama mereka meraih keuntungan dari pelancong.
Ia memberikan kita sebuah panorama yang boleh merawatkan minda serabut kita. Tidak sangka hutan yang berbahaya itu kini menjadi lokasi digemari. Inilah kreativiti dan kelebihan orang Vietnam di samping mereka mempamerkan kehebatan mereka dalam peperangan dalam masa sama mereka meraih keuntungan dari pelancong.
Untuk memasuki ke kawasan ini, pelancong dikenakan
bayaran, sekitar USD 3 atau RM10. Pintu masuknya sudah unit dan merujakan, kita kena melalui terowong sepanjang 200 meter sebelum sampai ke kawasan markas berkenaan. Tikit 'dicatut' (punch) secara eletronik. Sebaik tikit dicatut kita akan dilekatkan setiker kem berkenaan dibaju menandakan kita sudah lulus dan boleh menjelajahi di dalamnya.
Seorang pengawal perkenalkan pelbagai bentuk senjata. |
Replika tukang besi sedang menempa senjata. |
Sebaik kita melangkah ke kawasan kem pelanconagan itu, kita akan ditunjuki lubang bertangga untuk masuk ke terowong. Saya mencuba untuk turun ke lubang ini tetapi setelah dua tiga langkah terpaksa naik. Keadaan gelap dan penuh dengan daunan membahayakan. Katanya, terdapat kala jengking yang merupakan musuh utama kepada askar Vietcong semasa berada dalam terowong.
Bergajak dari situ kita akan menyaksikan lubang yang penuh dengan besi-besi tajam dan juga buluh runcing yang dicacak berdiri. Lubang ini merupakan jerangkap samar berbahaya. Perasaan tersayat-sayat ketika melihat lubang ini. Mana-mana pelawat yang lemah tidak akan memerhati ke lubang ini.
Kemudian kita juga akan ditujuki dengan aksi macam mana, gerila Vietcong menyelinap keluar atau masuk melalui lubang persembunyian yang sempit hanya telus seorang manusia Vietnam saja.
Kewujudan lubang ini tidak disedari sama sekali kerana penutupnya dibubuh daun-daun kayu untuk mengelirukan. Untuk masuk diangkat penutupnya diperbuat daripada papan sebesar dua belah telapak tangan, dan sebaik masuk ke dalam pintu itu diletak semula. Ini menyebabkan tidak ada siapa dapat mengesan kewujudan lubang rahsia itu.
Di sepanjang jalan-jalan denai itu kita juga akan melihat bonggol persis busut kecil. Sebenarnya ia bukan busut tetapi merupakan stesen yang dijadikan ruang untuk menyedut udat atau udara masuk ke dalam terowong. Dari bawah mereka dalam terowong akan ke setesen udara ini untuk menyedup udara sepuas-puasnya. Manakala bonggol umpama itu juga dijadikan lubang untuk mengeluarkan asap dari dapur bawah tanah.
Terdapat beberapa bangsal yang diperbuat kayu dan beratapkan dedaunan. Di bawah bangsal ini dipamirkan berbagai jenis senjata digunakan gerila Vietong. Di satu bangsal lain ditunjukkan macam mana senjata di buat. Patung berupa relipka tukang besi pamirkan. Begitu juga dipamirkan sebuah mesen jahit lama yang digunakan gerila Vietcong untuk menjahit baju atau pakaian seragam.
Sambil kita berjalan meninjau dari satu tempat ke satu tempat kedengaran bunyi tembakan membingkitkan telinga. Mulanya saya fikir ia adalah kesan bunyi untuk memberi keadaan real semasa menjalajahi di kawasan itu. Tetapi tidak, rupanya bunyi senapang itu datang dari lapang sasaran yang disedia di hujung kawasan itu. Para pelacong dapat mencuba untuk merasai ledakan senapang.
Berbagai jenis senapang yang digunakan oleh tentera Amerika tedapat disitu. Mereka yang ingin cuba menebak dikenakan bayaran secara membeli peluru. Tiga jam mengelilingi kawasan itu tidak semua maklumat mengenai keunikan terowong Chu Chi itu dapat kita ketahui. Kawasan terakhir yang akan disinggahi sebelum keluar dari kem itu ialah ruang dapur dan kentin. Sampai di sini semua pengunjung akan dihidangkan ubi kayu rebus bercicahkan kepala campur kacang yang merupakan makanan ruji gerila Vietnam.
Kesimpulan yang dapat saya katakan terowong Chu Chi adalah menjadi lambang kehebatan dan daya kreatif atau seni peperangan gerila Vietnam. Ia ternyata hebat kerana dapat mengelak dari dimusnahkan oleh berbagai senjata moden Amerika Syarikat. Hari ini terowong Chu Chi menjadi destinasi pelancongan dan bahan kajian student dalam ilmu perang dari seluruh dunia. [mw.kl.8:33 pm 01/02/14]
Tuan,
ReplyDeleteSaya mengenali kehebatan terowong chu chi ini sekitar tahun 1980an setelah membaca sebuah buku mengenainya semasa belajar di luar negara dulu. Buku tersebut masih saya simpan dan menjadi koleksi kesayangan saya.
Terowong chu chi bukan sekadar terowong perlindungan semata-mata. Ia adalah nadi bagi peperangan vietcong di sekitar daerah itu.
Ada sebahagian terowong itu terletak dibawah pengkalan tentera amerika. Setiap malam beberapa orang pejuang vietcong keluar melalui pintu rahsia di dalam pengkalan tentera amerika dan menembak tentera-tentera amerika dalam gelap. Banyak tentera amerika terkorban akibat tembakan curi seperti ini. Tentera amerika amat takut dan panik macamana mereka boleh ditembak curi didalam pengkalan mereka sendiri.
Puas pihak amerika menyiasat punca namun mereka tidak dapat mencari puncanya dalam jangkamasa yang amat panjang.
Terowong chu chi ini adalah lambang keazaman yang tinggi vietcong yang serba kekurangan menghadapi bala tentera asing yang tercanggih didunia.
Terowong chu chi mempunyai bilek bedah. Pembedahan banyak dibuat didalamnya. Peralatan dan cahaya diperol3hi dengan menggunakan basikal yang dimodified..
Setelah lama amerika dapat tahu juga tetapi kejayaan mereka agak terhad kerana terowong ini agak canggih walaupun nampak kadar (crude).Tentera amerika yang dilatih khas untuk menghadapi terowong ini dipanggil " tunnel rats".