MAKLUMAT
[kemaskini] 11: 55 pm Interview Khalid Ibrahim berhubung isu air yang disiarkan TV3 malam ini tidak menimbulkan apa-apa kontroversi. MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang dijangka diasak dan dimanipulasikan oleh penemuramah Johan Jaaffar, menjawab dengan tenang dan tulus berhubung isu air.
Menjawab provokasi dari Johan, yang bertanya, apakah MoU itu akan diteruskan sekiranya berlaku peralihan pemimpinan di Selangor, Khalid jelas, perjanjian itu hendaklah diteruskan demi rakyat. Bukan soal siapa yang menjadi MB tetapi kepentingan rakyat perlu diutamakan.
Mengenai jawatan MB selepas pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan dia serahkan kepada rakyat. "Sekiranya rakyat mahukan saya, InsyaAllah terus menjadi MB Selangor." Kesimpulannya interview khas itu sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan tentang isu air dan menampakkan akan keseriusan dan keikhlasan Khalid dalam berusaha menyelesaikan masalah rakyat. 11:55 Malam.
Khalid Ibrahim akan muncul dalam TV3 malam ini menerusi slot interview. Interview itu dirakamkan kelmarin. Beliau dikatakan akan memberi penjelasan berhubung dengan isu MoU untuk penstrukturan semula air di Selangor yang menjadi isu sejak ia ditanda tangani.
Tidak diketahui apakah slot itu berbayar. Kita tahu TV3 sebelum ini agak skeptikal dengan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk di Selangor.
Untuk menerima jemputan TV3 itu adalah hak Khalid sebagai MB dia berkuasa untuk menjelaskan perkara berhubung dengan kepentingan rakyat. Tidak diketahui apakah slot itu berbayar atau percuma? Kita tahu TV3 sebelum ini agak skeptikal dengan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk di Selangor.
Gara-gara itu (interview) menyebabkan timbul persoalan kenapa tiba-tiba Khalid cari TV3 atau sebaliknya? Bagi saya kalau Khalid hendak menjelaskan isu untuk kepentingan rakyat tidak menjadi masalah, tetapi yang mungkin boleh disoalkan kenapa TV3. Dan sekiranya ada larangan oleh parti sebaliknya Khalid melakukan juga ia akan jadi masalah.
Saya rasa slot itu bukan percuma dan ia atas kehendak Khalid. Mungkin ia berbayar? Atau pun ada agenda dan maksud lain kalau tidak masakan semudah itu TV3 bermurah hati memberi ruang kepada Khalid. Kita tahu TV3 sebuah stesen tv komersial.
Saya tidak mahu komen apa-apa disini, tanpa menontonnya malam ini. Apakah soalan diajukan oleh Khalid dan bagaimana dia menjawwabnya. Bagaimana pun interview malam ini pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada pilihan raya kecil Kajang. Negatif atau positif tunggu ianya diudarakan. Dan interview ini juga seperti diatur-aturkan.
Orang besar TV3 khabarnya ikut sama menunggu Khalid di Pejabat Perdana Menteri kelmarin, ketika Khalid di sana berjumpa dengan Najib? Kalau ia tidak penting dan bukan diprogramkan masakan orang besar TV3 sanggup ke perjabat perdana menteri. Mesti atas arahan. [wm.kl.5:29 pm 05/03/14]
Salam tuan...
ReplyDeleteHati2 PR...jgn jadi seperti bidalan "yang dikejar x dapat yang dikendong berciciran"...
Wasalam
Semakin banyak sebab mengapa kajang perlukan PRK. Bermula dari Bank Islam,MOU dan sekarang TV3.. tepuk dada tanya selera.. mungkin anwar ibrahim dah dpt hidu sesuatu..
ReplyDelete