Bersemangat sungguh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi kongres melibatkan perebutan jawatan pada Mei nanti. Betapa tidak seramai 205 orang menawarkan diri untuk merebut berbagai-bagai jawatan. Dari jumlah itu dua berebut jawatan presiden, enam jawatan timbalan presiden, 16 naib presiden.
Azmin Ali |
Tian Chua |
Untuk jawatan Ketua Wanita Pusat pula melibatkan dua orang, enam merebut naib ketua manakala 14 Ahli jawatankuasa.
Rasanya inilah pertandingan melibatkan calon paling ramai pernah berlaku dalam parti tersebut. Perkembangan ini sesuai dengan peredaran masa dan keadaan parti itu yang semakin mendapat sambutan dan diyakini rakyat. Mungkin kehangatan ini ada kena mengena dengan nasib bakal menentukan ketua umumnya, Anwar Ibrahim yang sudah dijatuhi hukuman penjara enam tahun yang kini sedang menunggu rayuan dari peringkat Mahkamah Persekutuan.
Keghairahan bukan apa, melainkan sebagai satu persiapan menghadapi segala kemungkinan. Ketiadaan Anwar kalau ditakdirkan dikenakan penjara memberi kesan spritual kepada PKR jadi para pemukanya harus menunjukkan yang mereka semua masing-masing bersedia memikul tanggungjawab. Bagi saya penawaran diri itu sesuatu yang positif menunjukkan ramai orang yang mahu memimpin parti berlambangkan mata itu.
Mungkin orang Umno yang selamanya melihat PKR sebagai perosakan kedamaian dan pemecahan hegomeninya, ketawa menyaksikan ramainya calon yang bertanding. Tetapi orang tidak tahu rahsia disebalik itu, PKR dapat mengutip puluhan ribu ringgit hasil dari wang deposit daripada calon. Setiap calon dikenakan bayar deposit bertanding.
Peraturan pemilihan yang digariskan PKR ini bolehlah dianggap bijak dan pratikal. Kalau pukul rata untuk semua jawatan dikenakan bayaran RM2,000 bermakna PKR dapat kutip RM410,000 ini satu angka yang besar dan sudah dapat menampung perbelanjaan kongres. PKR sebagai parti yang sukar mendapat penaja tidak seperti Umno sudah berpuas hati dengan kutipan itu.
Bagaimana pun pertandingan tertumpu kepada beberapa jawatan penting saja. Jawatan yang dikira sengit ialah Timbalan Presiden. Enam calon yang mendaftar untuk bertanding ialah Mohammed Azmin Ali selaku penyadang, Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin Nasution Ismail, K Ramanchadram dan Muril Subramaniam.
Walaupun enam calon tetapi ramai melihat pertandingan sebenar antara Azmin dan Khalid. Pertandingan mereka ini adalah kesenimbungan 'pertandingan' sebelum ini di mana keduanya tidak sehaluan dan saling cabar mencabar penuh tektikal. Azmin sudah sekian lama berhajat untuk mendapat kerusi Menteri Besar Selangor yang kini ditakhtai oleh Khalid Ibrahim. Bagi Khalid tujuan beliau bertanding adalah tidak lain melainkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai MB, dan jauh sekali untuk mengukuhkan parti.
Kenapa dikatakan begitu kerana kemampuan dan stail politik Khalid tidak terarah untuk mengukuh parti, sebaliknya dia lebih selesa dengan kejayaan dia menguruskan kerajaan Selangor. PKR bukan saja bertapak dan berlabuh di Selangor, tetapi di seluruh tanah air inilah yang tidak difahami Khalid. Khalid tidak mempunyai semangat PKR, partilisme yang membanggakan.
Dunia mengetahui track record kedua mereka. Dari segi sumbangan dan khidmat kepada parti atau pun membela Anwar, Azmin jauh lebih lama berbanding dengan Khalid. Bahkan kalau hendak diambil dan mencari dimanakah akar tunjang politik Anwar tatkala mengerak reformasi, Azmin adalah salah satu paksi utamanya. Semasa Azmin sudah mengakar umbi menyokong Anwar berdepan dengan serangan Umno, Khalid masih belum keluar dari rumah.
Dari mana-mana sudut pun Azmin mempunyai kelebihan berbanding Khalid. Mereka yang mungkin tidak setuju dengan Azmin, bukan tidak memahami sejarah itu, tetapi kerana mereka kuat dibaluti rasa cemburu dan kecurigaan yang tidak menentu terhadap timbalan presiden PKR itu.
Empat calon lain hanya menghiasi dewan pertandingan saja. Begitu pun jangan diperlekehkan dengan penampilan Tian Chua yang kini merupakan salah seorang Naib Presiden. Tian Chua juga tokoh reformasi dan aktivis yang berani mati yang sama detik lahir bersama Azmin. Mungkin apabila beliau mecalonkan dirinya sebagai calon timbalan presiden, Tian Chua ada filsafatnya sendiri dalam politik multiracial anutan PKR.
Agak sukar untuk Tian Chua melewati pengaruh Azmin dalam PKR yang masih bertunjangkan kepada sokongan mengikut kaum. Kaum Melayu masih mendominasi dalam PKR dan ini memberi kelebihan kepada Azmin. Situasi ini menjadikan Azmin ke depan berbanding dengan Tian Chua. Walaupun politik terbuka tanpa dibatasi bangsa, agama dan mazhab yang hendak dibawa Tian Chua, tetapi itu masih diperingkat idealis tak mudah atau masih sukar dipraktikan waktu ini. Apapun kedudukan Tian Chua jauh lebih baik dari dua calon lain, K Ramanchandaram atau Muril Subramaniam ataupun Saifuddin Nasution sendiri.
Saya tidak berani hendak mengatakan kemasukan Tian Chua dan Saifuddin sebagai memecah undi untuk Azmin bagi memenangkan Khalid? Tian Chua boleh menarik undi Cina manakala Saiufuddin undi Melayu dari tertompok kepada Azmin. Soalnya, pula apakah logik dan relevannya mereka mahu mengangkat Khalid sebagai timbalan presiden sedangkan dalam mata mereka Khalid bukan seorang partilisme?
Permasalahan mereka dengan Azmin mungkin kerana karektor mereka yang berbeza. Azmin dilihat elitis dan berkelas, berbeza dengan Tian Chua yang humble dan miskin nilai-nilia kaya. Manakala Saifuddin kelihatan lebih intelektual, berpewatakan bergaya kerana sering tampil dengan fakta dan figure dalam perbahasan politiknya.
Secara jujur orang yang sesuai untuk memimpin sebuah parti yang dibangunkan rakyat marhaen adalah Tian Chua. Manakala kalau mahu sebuah parti bersistemetik dan kemas, Azmin. Apapun dalam menentukan siapakah perlu dipilih sebagai presiden, perwakilan hendaklah mengambil kira siapakah yang dapat bekerja dengan presiden kelak dan benar-benar meletakkan PKR sebagai sebuah parti alternatif untuk masa akan datang dan tidak terlalu banyak memikirkan keperluan diri.
Untuk jawatan lain dalam ulasan selanjutnya. [wm.kl.10:47 am 02/04/14]
Tuan MSO
ReplyDeleteBodoh benar UMNO jika satu-satu cara membendung pengaruh Anwar ialah dengan menyumbat Anwar ke penjara. Tindakan ini seperti memberi peluang 200% kepada Pakatan m3ngolah skrip-skrip ikut selera mereka dengan pelbagai cerita tentang nasib dan layan yang diterima ol3h Anwar yang dipenjarakan. Mereka lupa kepada skrip-skrip lama seperti Anwar cuba diracun dengan racun arsenik dll.
Sebenarnya, UMNO lebih mudah mengawal dan membendung pengaruh Anwar dalam keadaan sekarang kerana mereka mengawal serba serbi. Jika Anwar dipenjarakan advantage ini telah berpindah tangan kepada PR pula. Umno jangan pandang rendah dengan barisan pemimpin-pemimpin muda dalam PR. Mereka bukan sahaja lebih bijak tetapi juga bijak dan berani malah lebih tinggi permainan isu-isu politik mereka. Dengan kehadiran mereka, UMNO boleh pening kepala dan senak perut yang lebih terok dari apa yang dihadapi dulu semasa Anwar dipenjarakan oleh Mahathir.
Tian Chua akan menang jawatan Timbalan Presiden dan Anwar sbg Presiden. Pakatan Rakyat akan menang PRU 14 pada tahun 2018. Anwar akan mati 2019,.......Tian Chua akan jadi PM ke 7!!! Wallahu ghalibun 'ala amrih!
ReplyDelete