Wednesday, April 16, 2014

Ibrahim Ali laksana tin kepek..

SUSUPAN SENJA                                                                                 
       
Benarlah kata orang lidah tidak bertulang boleh cakap apa saja sama ada apa yang diucapkan itu betul atau tidak. Orang yang cakap ikut sedap mulut juga selalu nampak anak kuman kurus di seberang laut tetapi tak nampak ibu gajah bunting yang bertenggek di birai mata.

Inchek Ibrahim Ali.
Perumpamaan itu tepat untuk ditohok ke atas belakang Incek Ibrahim Ali yang hendak tunjuk 'agah dan helenan' dengan memaki hamun pemimpin DAP dan PKR yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan hendak mengemukakan undang-undang persendirian di parlimen bagi membolehkan Kelantan laksanakan hukum hudud.

Kata Inchek Ibrahim tindakan pemimpin DAP dan PKR itu yang mempersoalkan hasrat kerajaan Kelantan itu sebagai biadap. Hukum hudud wajar dilaksanakan di Kelantan memandangkan negeri itu 95% orang Melayu beragama Islam, huajahnya. DAP tidak ada langsung di Kelantan, dan tidak berhak bercakap fasal hudud, katanya.

Orang sudah tidak laku gadai begitulah lagaknya. Dia akan bercakap apa sahaja dia nak cakap dan mencuri isu yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Apakah halnya pulak Ibrahim nak campur fasal hudud. Selama ini apakah sumbangan beliau untuk melaksanakan hukum hudud? Semasa menjadi wakil rakyat atas ehsan Pas (2008 - 2013) berapa kali dia mengemukakan private bill untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan?

Dari segi moral politik, DAP dan PKR lebih baik berbanding dengan Ibrahim. DAP dan PKR tidak pernah kencing kerajaan Kelantan. DAP tidak pernah buat huduh kepada kerajaan Kelantan dan pemimpin Pas. Tetapi sejarah telah merakamkan, Ibrahim bukan setakat bagi 'kentut kepal' kepada Tokguru Nik Aziz tetapi dia lontar 'tahi' dalam jabir plastik gelenyer.

Barang kali Ibrahim lupa apa yang dia telah lakukan kepada kerajaan Kelantan sebelum ini. Kalau dia ingat dia tak tergamak untuk bercakap fasal Pas. Juga lupa kepada budi dan ehsan Pas kepadanya yang beri pinjam lambang Pas dan menang di Pasir Mas. Apakah balasan Ibrahim kepada budi Pas itu? Apakah beliau pernah bangkit memperjuangkan hukum hudud? Tidak payah pergi jauh, janjinya kepada saya untuk membantu arwah Ustaz Ismail Nuh yang memberi laluan  dia bertanding di Pasir Mas, pun masih belum ditunaikan.

Kalau kita juga seorang yang biadap, janganlah mengatakan orang lain biadap. Apa lagi kita lebih biadab dari orang yang kita biadabkan itu. Kalau hendak meludah jangan ke atas, tetapi ludahlah ke dalam longkang. Menuduh PKR dan DAP biadap samalah meludah ke langit terkena ke atas hidung dompok diri sendiri.

Ibrahim menghentam DAP dan PKR kononnya hendak menyokong hudud. Whekkk...whekkk nak termuntah. Lagak Ibrahim itu bukan ikhlas tetapi sekadar untuk mainkan angin Pas dan PKR dan DAP agar berlaga. Untuk pengetahuan Ibrahim, Pas tidak akan sebodoh yang anda sangkakan untuk ikut rentak paluan gendang dan gesekan rebab anda. Pas lebih membencikan anda daripada PKR dan DAP. Buktinya pemimpin PKR dan DAP masih dapat duduk satu penteas dengan pemimpin Pas, tetapi kalau ada, usah duduk sekali berada di tepi pun akan diludah, thui..thui oleh orang Pas.

Sebaba itu saya katakan, Ibrahim bercakap untuk membolehkan orang mengingatinya yang sudah semakin terkambus di hujung tanjung. Kalau diri kita sudah jadi tin (kopi) yang kepek, jadilah tin yang kepek dimana nasibnya sesuai untuk berada dalam longgokan sampah. Tin kepek bukan boleh dibuat apa-apa lagi, untuk dijadikan gayung pun orang tak sudi. [wm.kl.5:47 pm 16/04/14]

2 comments:

  1. Salam...inilah CONTOH..politikus SEKULAR TULIN dari bangsa meLAYU...politik hanya untuk GLAMOR...RM RM...dan MENANG pilihanraya...halal haram jangan kira...BIADAP dan kurang ajar jadi BUDAYA...walaupun ...innya MEMALUKAN agama ISLAM dan bangsa meLAYU sendiri...

    ReplyDelete
  2. Bubuh Breheng dalam jabir buruk pergi tohok dalam Sg. Golok.

    ReplyDelete