SUSUPAN PETANG
Golongan yang menentang hukum hudud juga yang bimbang akan terpindanya Jadual Ke-9 Perlembagaan Negara yang bakal memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah di seluruh negara, boleh menarik nafas lega apabila Pas mengambil keputusan menangguhkan pembentangan Usul Persendirian (RUU) di parlimen yang dijangka Jun depan.
Penangguhan itu dinyata dalam satu kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dibaca timbalannya Mohamad Sabu selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Kuala Lumpur hari ini.
Alasan penangguhan itu kerana Pas menyerahkan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom.
Langkah Pas itu dianggap bijak dan ia boleh mengendurkan rasa bimbang sesetengah pihak dengan cadangan Pas untuk mengemukakan private bill sehingga menghangatkan suasana kini. Tindakan itu juga boleh menyelamatkan air muka Pas dan kerajaan Kelantan dari dipersendakan kerana tidak mungkin private bill itu berjaya dibawa dengan sokongan Umno.
Sebelum ini beberapa pemimpin Umno berjanji secara peribadi untuk menyokong private bill Kelantan itu tanpa ada pendirian jelas dari Umno. Meysurat MT Umno dua hari lalu tidak membuat keputusan berhubung cadangan Pas hendak membawa private bill berkenaan. Umno hanya menyatakan sokongan atas kapasiti ahli mereka beragama Islam bagi mengelakkan dituduh sebagai menentang hudud.
Manakala Najib Razak sendiri semasa berucap di hadapan ustaz dan lebai di Kedah menyatakan sokongan kepada hudud tetapi masa untuk laksanakannya belum sampai. Pemimpin veteran Umno seperti Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan kepada Umno agar tidak sokong hudud Kelantan. Pemimpin parti komponen BN juga mengambil sikap sama.
Perkembangan ini memberi ruang cukup luas kepada jawatankuasa teknikal berkenaan untuk mengkaji kemudian menyediakan draf hukum hudud yang dikehendaki dan memuaskan hati semua pihak. Disebabkan Kelatan sudah ada Kanun Jenayah Syiah II elok kalau Jaatankuasa itu memperkemaskan apa yang sudah ada.
Dalam pada itu Jawatankuasa berkenaan juga dapat bergerak dan memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umum mengenai keperluan hukum hudud dalam konteks agama dan kebaikan kepada umum. Mungkin majlis forum, dialog, penjelasan mengenai hudud boleh dilakukan bukan sahaja di ruang terhad tetapi diberikan ruang dalam media eletronik. Masa paling sesuai ialah sempena majlis tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan tahun ini.
Untuk tujuan itu mungkin Nik Abdul Aziz boleh dipanggil untuk memberi syarah mengenai hudud.
Umno kena membuktikan yang mereka komited dengan hukumum hudud bagi dianggap mereka parti Islam.
Dalam pada itu apa diharap golongan yang menentang hudud sampai bercadang untuk membawa kes ke mahkamah dan mengumpul 100 peguam, atau menganjurkan bancian dan kempen "say no to hudud" perlulah dihentikan kerana ia tidak berbangkit lagi kerana pindaan undang-undang yang ditakuti itu sudah tidak berlaku lagi.
Dan sesiapa yang sengaja cuba mengkritik hudud dan menentang menerusi fizikal, jelaslah mereka memusuhi Islam bukannya musuhi sebahagian apa yang Islam hendak laksanakan. [wm.kl. 3:22 11/05/14]
Pas sudah kalah pusingan pertama kerana UMNO tidak menghalang pelaksanaan hudud tapi Pas sendiri yang menangguhkannya. Pas akan terus menanti dan menanti penubuhan JK Teknikal Hukum Hudud. Hubungan Umno dengan rakan komponen BN akan kembali bertaut. Hubungan Pas dengan rakan Pakatan khususnya DAP bagaimana agaknya...
ReplyDeleteSalam Tuan MSO, tertarik dgn kenyataan tuan : Untuk tujuan itu mungkin Nik Abdul Aziz boleh dipanggil untuk memberi syarah mengenai hudud.
ReplyDeleteApakah Umno akan sudi memberi ruang untuk menerangkan Hudud melalui rangcangan-rangcangan agama yg telah sedia ada di rancangan TV kita. Tentu seronok kalau rancangan Tanyalah Ustaz dan Kalaulah Jodoh Tak Kemana (sekadar memberi contoh), memberi laluan untuk Hudud diperjelaskan kpd rakyat.
Tuan,
ReplyDeleteKata " Tuang Presideng PAS":
" Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kami rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"
Itulah petikan kenyataan "Tuang Presiding" PAS baru-baru ini mengenai hudud.
............................
Tiba-tiba ......... Alasan penangguhan itu kerana Pas menyerahkan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom.
Bukan Enakm3n Hudud yang telah diluluskan ol3h DUN Kelantan yang bermasaalah tetapi sikap t3rgopoh gapah panglima utama PAS Kelantan yang seperti biasa buat benda ikut hayalan sendiri tanpa memahami realiti yang ada depan mata?
Terkejut dengan tindakan ini? TIDAK...MEMANG DAH NAMPAK APABILA si panglima utama mula-mula bukak mulut lagi. Inilah yang dibimbangi oleh kita semua. Buat kerja ikot dan, ikut sedap k3pala dia tanpa mikir dalam. Gitulah perangai panglima utama kito. Kito tahu doh perangai dio.
Pokok ceritanya serah t3ngkok kepada UMNO untuk dis3mbelih. Serah kepada UMNO yang tak mahu hudud. KITA TAHU APA KESUDAHAN CERITANYA.
Yang l3bih melucukan m3ngapa " Tuang Presiding" dok umum sendiri. Dok kat manapun bukan m3njadi alasan untuk buat k3nyataan seperti ini sendiri.
Yang cakap tak serupa bikin ni siapa s3karang?
Assalam Tuan MSO...
ReplyDeleteIni tindakan yang sangat bijak dari pimpinan PAS. Dengan penanguhan dan seterusnya menyerahkan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom memeberi dimensi baru pada perlaksannan HUDUD di MAlaysia.
Dengan iniPAS mempunyai kelebihan ruang dalam memberi penerangan kepada rakyat. Di samping komitment UMNO sebagai pengerusi bersama sudah tentu banyak ruang penerangan yang sebelum ini tidak dapat di gunakan oleh PAS akan menjadi lebih mudah.
Pada saya PAS tidak kalah pada pusingan pertama dengan keputusan ini, tetapi lebih kepada strategi politik yang bijak.