REAKSI
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Nik Amar Abdullah menafikan bahawa kesediaan Umno untuk menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan mempunyai motif politik. Katanya spekulasi mengatakan ada agenda politik di sebalik kerjasama Umno berhubung perkara itu adalah mengarut.
Beliau membuat respon itu terhadap satu catatan saya dalam blog dua hari lepas yang mahu Pas menyiasat ada pimpinan Pas berjumpa dengan Umno dan ditawarkan jawatan bertaraf menteri sekiranya isu hudud selesai.
Baguslah kalau tidak ada motif yang tersirap. Di dalam politik setiap kata-kata dan kenyataan kena nilai. Satu masa dahulu Nik Amar mengatakan akhbar Utusan sebagai sampah yang tidak boleh dipercayai. Apabila hari ini kenyataannya disiarkan oleh akhbar berkenaan orang akan konfius, apakah ia bukan sampah lagi.
Apakah akhbar Utusan sudah bersih dan tidak menjadi sampah lagi. Mungkin Nik Amar boleh mengityharkan bahawa laporan Utsaun boleh dipakai. Ini membuktikan bahawa kata-kata dalam politik tidak statik atau bersifat qadim.
Mengenai agenda tersembunyi disebalik kesediaan Umno menyokong hudud itu, sesiapa pun tidak akan mengakui kalau ia benar. Satu masa dahulu bekas timbalan presiden Pas, bermati-matian menafikan yang beliau ada berjumpa dengan pemimpin Umno membincangkan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Sampai Nik Aziz sendiri "menghalau" bekas timbalan presiden itu keluar Pas sekiranya masih terus membawa agenda untuk bekerjasama dengan Umno. Akhirnya agenda itu terdedah apabila Abdullah Badawi sendiri mendedahkan pertemuan dengan pemimpin Pas berlaku beberapa kali. Apakah makna dan erti semua itu?
Demikian juga rahsia pertemuan pemimpin Pas dengan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya lalu dalam proses hendak menukarkan jawatan Perdana Menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh.
Tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang bertemu dengan Tengku Razaleigh berani menjelaskan perkara itu dan kalau diajukan pertanyaan mereka akan menafikan. Kerana pertemuan itu sulit dan bukan semua pemimpin Pas yang lain diberi tahu.
Saya menetahuinya apabila Tengku Razaleigh menyebut seorang demi seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengannya dan siap menunjukkan tempat kerusi yang mereka duduk di ruang pejabat di tingkat satu dirumahnya di Langgak Golf.
Pendirian saya mengenai cadangan Kelantan hendak melaksanakan hudud, jelas. Saya menyokong seratus peratus. Apa yang dipertikaikan ialah makenismenya sahaja yang perlu diperkemaskan agar yang "dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran". Mengingatkan agar Pas tidak terperangkap di dalam mainan Umno. Jangan nanti kerana excited hendakkan hudud Pas akan kehilangan kuasa.
Mungkin orang lain tidak berpeluang bercakap dengan mana-mana pemimpin Umno bertanyakan mereka mengenai tabiat mereka dengan tiba-tiba menyokong hudud. Saya bernasib baik kerana dapat bercakap dan mengetahui apakah motif mereka di sebalik sokongan itu.
Mustapa Mohamed mungkin ikhlas untuk melihat perpaduan, kerana beliau sendiri mungkin menyesal kerana sebagai anak Kelantan tidak membawa apa-apa pembangunan di Kelantan. Tetapi dari prinsipnya, hudud itu bukan agenda utama partinya. Begitu juga dengan Jamil Khir. Inilah yang perlu diwaspada dan dikaji mendalam kenapa tiba-tiba mereka bersetuju.
Tidak semestinya orang bersetuju dengan kita, kita menerimanya tanpa usul periksa. Di dalam Islam pun menyuruh kita berbuat baik dengan musuh yang hendak berbuat baik, tetapi hendaklah berwaspada.
Tetapi kalau kerajaan Pas Kelantan merasakan mereka boleh melakukannnya dan mempercayai sokongan Umno itu ikhlas, dan tanpa ada motif politik bersifat kepentingan diri, ya teruskan. Kita mendoakan semoga ianya berjaya.
Kepada cucu cicit pak pandir dalam politik saya nak ingatkan bahawa di dalam politik tidak ada keikhlasan dan kejujuran. Perjanjian di dalam politik bukan untuk disetiai tetapi untuk dimungkiri. Saya hanya memberi ingatan tidak ada lain dari itu.
Sewaktu penububuhan kerajaan campuran 1971 dahulu alasan untuk bersamalah yang digunakan oleh Tunku Razak kononnya demi perpaduan Melayu. Apa jadi kepada kerjasama itu, akhirnya Pas ditendang keluar daripada BN selepas apa yang dikehendaki Tun Razak diperoelehi. Najib yang menjadi PM hari ini adalah anak sulung Tun Razak.
Semua orang Islam yang beriman tidak akan tolak hudud, tetapi yang dibimbangi kelak nasib Pas takut jadi selepas tongkat yang akan dilempar selepas tuannya (si buta) menyeberangi jambatan. Itu sahaja. [wm.kl.12:11 pm 05/05/14]
Tuan,
ReplyDeleteNik Amar faham ke apa makna AGENDA TERSEMBUNYI. Kita nak tahu juga dari Nik Amar apa itu agenda tersembunyi dan apa itu agenda nyata?
Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, ada ijazah Masters dari England lagi, kita minta Nik Amar kuliahkan kita skit.
'Apa yang dipertikaikan ialah makenismenya sahaja yang perlu diperkemaskan agar yang dikejar tidak dapat yang dikendur berciciran'
ReplyDeleteMaaf saya tak berapa nak faham ayat diatas....ada kesilapan mana-mana yg perlu ditambah?
Ini typo... mungkin ayat yang nak di tulis patut berbunyi begini.."Apa yang dipertikaikan ialah mekanismenya sahaja yang perlu diperkemaskan agar tidak berlaku 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran'..."
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteIzinkan saya merujuk kepada kenyataan tuan seperti berikut:
'Kepada cucu cicit pak pandir dalam politik saya nak ingatkan bahawa di dalam politik tidak ada keikhlasan dan kejujuran. Perjanjian di dalam politik bukan untuk disetiai tetapi untuk dimungkiri. Saya hanya memberi ingatan tidak ada lain dari itu.'
Apakah Rasulullah SAW tidak berpolitik? Jika Baginda tidak berpolitik, bagaimana Baginda menjadi Ketua Negara dan menunjukkan contoh politik Islam? Jika Baginda SAW berpolitik, adakah Baginda juga tidak ikhlas dan tidak jujur? Mohon pihak tuan tidak terlalu men'general'kan setiap yang berlaku di Malaysia ini terpakai untuk semua orang/tempat/masa.
Sekadar peringatan sesama Islam.
Miz3
DeleteCantik sdra sebut cara Rasululla berpolitik. Tapi itu tidak menyumbang apa-apa kepada senario hudud yang hendak dilaksanakan. Bagaimana sirah itu digunapakai dalam mentafsir penglibatan UMNO yang beria2 hendak membantu kelantan sedang UMNO sendiri menolak melaksanakan hudud di Terengganu sedang status enakmen hudud dan sosio-politiknya sama.
Setakat sebut saja sirah tetapi bagaimana sirah itu mentafsir situasi semasa tak ada. Ini dok cerdik....menyorok dari memberi pandangan bagaimana isu hudud ini sepatutnya diselesaikan mengikut sirah. Pemimpin PAS termasuk Nik Amar pun tak memberi penerangan bagaimana isu hudud,kerjasama dengan UMNO dalam bab hudud ini dan perkara yang berkaitan.
Kalau adapun sekadar ulasan sepintas lalu s3cara umum sahaja dan tidak merujuk kepada realiti yang ada sekitar isu hudud ini. Dari maklumat yang diberi itu timbul banyak kemusykilan2 dan nampak demo pun nanar jugak.Tidakkah Islam itu penyelesai segala masaalah?
Biasa bila kita s3but sesuatu benda, maknanya kita faham apa yang kita sebut itu.
Politik memang kaya dgn seribu macam putat belit. Setuju dgn mso.. dulu ckp lain sekarang ckp lain. Sama mcm anwar ibrahim. Masa dlm umno pas sering dikutuk oleh anwar. Pas juga dijadikan bahan gurauan anwar semasa ceramah dlm umno. Begitu juga mat sabu. Anwar pernah digelar dgn pelbagai gelaran oleh mat sabu. Mat sabu juga salah seorang yang mula-mula membongkarkan gejala nafsu songsang anwar
ReplyDeleteAlhusseyn dan MIzi3.
ReplyDeleteApa yang dimaksudkan jangan yang dikejar itu (hudud) tidak dapat yang dikendung itu (kuasa kerajaan) tercicir. Masukkan perkataan "mengelakkan".
Mis3, saya nak jawab dengan bertanya begini saja kepada sdr, apakah politik Pas atau Umno atau mana-mana menempati politik Rasulullah? Kita tidak boleh bersandar apa-apa yang kita buat kononnya mengikut sirah dan semangat Rasulullah.
Walhualam.
Tuan MSO.
ReplyDeleteDalam keadaan UMNO sedang lemas,PAS menghulurkan tangan utk menyelamatkan dari terus tenggelam dgn memberi isu hudud.Jika UMNO ikhlas, mengapa ADUN Terenganu menolak perbahasan melaksanakan hudud di DUN Terengganu.
Terlebih ghairah nanti menyebabkan apa yg dikendong terus tercicir dan tidak boleh dikutip lg....
Isu hudud telah memperlihatkan strategi dua pihak antara Umno dan Pas bermain politik untuk saling menjatuhkan. Pas berharap melalui cadangan pelaksanaan hudud, mereka beroleh keuntungan politik sekiranya cadangan tersebut ditolak oleh Umno. Tetapi Umno mengambil pendekatan mesra hudud yang motifnya untuk menjauhkan Pas dari Dap dan Pkr. Akhirnya orang Melayu Islam akan tetap menyokong Umno dan Pas tidak boleh lagi mengatakan bahawa Umno menentang hukum Islam. Orang bukan Islam pula akan meninggalkan Pas seperti sebelum pru 2008. Dengan ini Umno akan terus berkuasa untuk beberapa penggal lagi. Terima kasih Nik Amar kerana berjaya melemahkan parti...
ReplyDelete