Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.
Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru. |
Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.
Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?
Kalau pun boleh dianggap istimnewa apa yang Najib perolehi dari melawat Tokguru sakit, ialah gambar beliau sedang ziarah Tokguru di katil hospital kemudian gambar itu dijadikan modal politik pada setiap kali pilihan raya kecil. Ertinya kunjungan Najib semasa Tokguru sakit adalah untuk dijadikan modal politik bagi menunjukkan dia seorang yang baik dan penuh simpati.
Apakah Muhyiddin juga mahu bergambar dengan Tokguru atas pengertian sama bagi dijadikan kenangan kemudian dapat dijadikan modal politik? Atau beliau akan gah menceritakan kepada orang lain bahawa beliau boleh mendekati Nik Aziz yang bagi Umno seorang tokguru seekor singa yang keras dan pongah. Jadi Muhyiddin ingin bermegah dengan kunjungan itu kerana ia dapat menjinakkan sang singa bengkeng? Berita Harian yang dikenali dengan akhbar kroni Muhyiddin memberi laporan luas tentang kunjungan itu. Biasanya apabila sesuatu isu dimainkan dalam media demikian rupa adalah matlamat dan tujuan yang terselit di sebaliknya.
Apabila tiba-tiba Muhyiddin terbuka hati untuk mengunjungi Tokguru walaupun tanpa diundang(?) ia boleh dipersoalkan. Bahawa kedatangan Muhyiddin itu mungkin ada sebab-sebab dan tujuan tertentu. Kalau tidak ada sebab-sebab tertentu tidak mudah untuk Muhyiddin memohon 'maaf' kepada Tokguru. Jadi kunjungan itu bolehlah dianggap sebagai suatu apolegitk bagi Muhyiddin.
Muhyiddin mengunjungi bekas MB Kelantan itu selepas beliau mencadangkan agar diadakan jawatankuasa teknikal mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kedatangan Muhyiddin itu dengan membawa semangat menyokong hukum hudud tentulah mengembirakan orang yang sudah sekian lama inginkan hukum Allah itu dilaksanakan. Lagi pun dalam Islam menganjurkan agar tetamu dan musafir diberi layanan yang baik. Dan Tokguru Nik Aziz sangat menitik beratkan hal ini.
Bagi saya, kalau kunjungan itu bermotifkan politik, ia sedikit pun tidak akan menjejaskan pendirian dan prinsip Tokguru. Kalau ada rasa bimbang Tokguru terpedaya dengan terjahan politik Muhyiddin ia adalah ilusi yang jahat. Anti bodi politik Tokguru begitu kuat dan sudah teruji sejak berdekad lalu. Dalam melayani Umno Tokguru bersifat macam jinak-jinak merpati, yang boleh didekati tetapi tidak boleh dijamah.
Bagi saya penerimaan Tokguru itu tidak perlu dibimbang langsung kerana Tokguru tahu dan arif mana bayangan dalam cermin dan mana bayangan dalam air yang jernih. Beliau masih waras dan dapat menilai perbezaan di antara tebu dengan teberau, ikan keli dengan limbat dan ayam dengan itik.
Persoalan kenapa Muhyiddin datang. Bukahkah dia tahu pendirian dan sikap Tokguru? Dan dia juga tahu bahawa hudud itu bukan sesuatu yang menjadi agenda Umno. Malahan Najib sendiri sudah menegaskan bahawa "no hudud in Malaysia," dan semasa berucap di satu himpunan dihadiri para ustaz dan lebai di Alor Star, Najib berkata, dia tidak menolak hudud, tetapi masa untuk melaksanakannya masih belum sampai.
Apakah Muhyiddin tidak dapat membaca mesej Najib itu? Bukahkah penjelasan Najib itu menjawab hiru pikuk mengenai cadangan kerajaan Pas hendak membawa RUU persendirian (private bill) ke parlimen untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Umno juga akan berdepan dengan MCA dan Gerakan yang menentangnya sekiranya Najib menyokong hukum. MCA dan Gerakan juga sudah memberi kata dua kepada Najib kalau RUU itu diterima, kedua parti itu akan mengkaji balik kedudukan dalam BN. Najib dan Umno akan menerima padah besar. Justeru kehadiran Muhyiddin itu bukan sangat untuk menyokong hudud, tetapi ada maksud lain di sebaliknya. Dia tahu Najib tidak akan tukar di antara hudud dengan sokongan politik bukan Islam.
Bagaimana pun kunjungi Muhyiddin yang lengkap dengan berkopiah putih itu sambil mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa teknikal, disanjungi oleh sesetengah orang dalam Pas. Orang Pas yang mengira dengan terlaksananya hudud semua masalah akan selesai, menyambut kedatangan Muhyiddin itu bagaikan dewa. Dan sebagai tetamu Muhyiddin hari itu dijamu dengan kueh jala, akak di rumah Tokguru.
Muhyiddin sudah tentu disanjung oleh mereka yang mahu melihat hudud tertegak dengan cara berkongsi dengan Umno. Pihak yang membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka, percaya Muhyiddin ikhlas dengan hudud. Muhyiddin telah mendapat untung politik untuk dirinya. Muhyiddin sangat mengharapkan itu kerana dalam masa sama beliau mahu memberi tekanan psiologi kepada Najib. Dalam era pertarungan Muhyiddin teringin sangat dirinya dilihat lebih Islamik dari Najib. Imej itulah yang hendak diguna pakai bagi menekan Najib.
Tidak boleh ditolak pemergian Muhyiddin ke rumah Tokguru itu mungkin atas cadangan Dr Mahathir Mohamad. Umum tahu di dalam Umno sendiri apa yang sedang Mahathir rancang dan gerakan bersama Muhyiddin iaitu untuk menumbangkan Najib.
Kerana memahami situasi itu kedatangan Muhyiddin ke Pulau Melaka itu kononnya atas inisitiaf Muhyiddin perlu dipertikaikan. Ia adalah kedatangan yang diatur dan dirancang demikian rupa. Sudah tentu sudah ada persiapan dan jadual rapi untuk tujuan itu. Kalau mengikut Tokguru Nik Aziz yang mengatur kedatangan Muhyiddin itu adalah anaknya Nik Abduh sendiri.
Ini tidak menghairankan kerana apabila dipadan dengan sebuah cerita dari Kuala Lumpur, ada sekumpulan orang Pas berjumpa dengan Muhyiddin lebih dari empat kali. Apakah perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan untuk membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka. Dan lebih tidak seronok lagi, terdengar pula khabar ada kata-kata sekiranya projek hudud itu sukses dua orang ahli parlimen dari Kelantan akan diberi sagu hati besar?
Cerita-cerita yang belum terdedah dan sampai ke telinga saya, kunjungan Muhyiddin itu bukan disengajakan. Ia adalah satu penjadualan yang lengkap yang diatur dari Kuala Lumpur.
Persoalannya kini bagi rakyat jelata sejauh manakah kunjungan Muhyiddin itu berjaya? Apa jadi sekiranya Najib memberi pandangan lain bertentangan dengan apa yang Muhyiddin sebutkan kepada Tokguru dalam pertemuan empat biji mata itu? Najib boleh mengubah kata-kata Muhyiddin kepada Tokguru dan janjinya kepada pihak lain kerana Najib masih berkuasa dan dia adalah perdana menteri.
Sekiranya Najib menyedari ini dan tidak tahu bahawa Muhyiddin sedang memasang jarum untuk melalaikan menerusi Pas (hudud) atas nasihat Mahathir sendiri, maka satu keadaan kucar kacir akan berlaku. Tunggulah. [wm.kl.11:50 am 03/05/14]
Tuan,
ReplyDeleteSaya seronok melihat pelbagai telatah pemimpin UMNO dalam isu hudud ini terutama yang beria-ria nak bantu kerajaan PAS Kelantan membawa usul persendirian RUU HUDUD ke parlimen.
Saya dah terlupa kali terakhir UMNO bersikap l3mbut seperti ini kepada PAS, seteru politik tradisinya....tuan ada ingatan kah?....hahaha.
Hakikat yang ada didepan mata, UMNO menolak perlaksanaan hudud di Terengganu dimana enakmen hududnya dan suasana sosio-politiknya s3bijik seperti Kelantan. Kat Terengganu sah UMNO tolak, tetapi bila PAS Kelantan nak buat, UMNO b3gitu ghairah nak bantu,nak tolong pulak....pelik? Tak.....bagi kita yang arif dan faham perangai UMNO yang sanggup buat apa-apa sahaja bila tersepit demi mengekalkan kuasa.
Kalau tidak masakan UMNO sanggup buka keahliannya kepada bumiputra bukan melayu bukan Islam untuk bina safe deposit baru di Sabah apabila mendapati orang melayu menolak UMNO di Semenanjung bermula dari PRU 1990 s3hingga hari ini.
Kita kena faham apakah maksud tindakan UMNO setelah memasuki Sabah kepada politik orang m3layu. Demi untuk meng3kalkan kuasa p3mimpin UMNO sanggup m3nukar status partinya DARI PARTI MELAYU ISLAM KEPADA PARTI BUMIPUTRA DIMANA UGAMA YANG DIANUTI TIDAK LAGI PENTING ASALKAN SESEORANG ITU BUMIPUTRA!! Secara undang-undangnya UMNO bukan lagi parti melayu Islam!....kita kena faham perkara ini betul2 untuk meng3lakkan diri terperangkap dengan permainan licik UMNO seperti segelintir pemimpin2 PAS yang merasakan diri mereka tergolong didalam golongan istimewa ia itu yang paling cerdik dikalangan manusia hari ini kerana mereka gaqeh ugama!
Dalam senario orang sedang hangat memperkatakan hudud sekarang - bayangkan- sebuah parti seteru yang begitu gembira jika PAS hancur, sebuah parti bumiputra ( berasaskan taraf bumiputra semata-mata) tiba2 b3gitu baik dan ghairah membantu PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan TANPA ADA MOTIF / TUJUAN BESAR DISEBALIKNYA? .....Bolehkah MB Kelantan dan Nik Amar tolong jawab. Kalau " TUANG PRESIDENG" PAS nak jawab lagi cantik.....
UMNO hanya mahu memikat PAS untuk bersama-sama UMNO dalam PRU 14 nanti semata-mata mahu undi ahli PAS untuk menyelamatkan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen UMNO di Semenanjung dalam PRU 14 je....undi kat sabah dah dalam tangan! Umno dah jangka akan menghadapi kesukaran mengekalkan kerusi-kerusi ini apabila GST dilaksanakan. Kedua, untuk memusnahkan PAKATAN RAKYAT DENGAN BANTUAN PAS!
Setakat ni dulu dari ambo. Lain kali ambo sambung lagi