Monday, May 26, 2014

SPR jangan jadi "babi bajak"

REAKSI                                                                                              

Apabila Zahid Hamidi memberi ancaman kepada anggota Rela dalam kempen di Teluk Intan dengan berkata dia tahu siapa yang undi siapa, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf menganggap kata-kata Zahid itu sebagai nasihat. Bagi SPR ia tidak pun bersalahan dengan akta pilihan raya yang melihat kata-kata Zahid itu sebagai satu kesalahan kerana menggunakan kuasa memaksa pengundi agar undi BN.

Aziz beralasan Zahid tidak pun tahu anggota Rela akan undi siapa dan tidak semua anggota Rela yang dapat mengundi. Alasan diberikan Aziz untuk membela Zahid itu sungguh menyedihkan. Ia tentu mengilankan ramai rakyat yang berharap agar SPR berada di mentera keadilan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengendalian pilihan raya.

Kita ingin tahu macam mana nada Aziz kalau kebetulan yang membuat ancaman (kesalahan) itu terdiri dari pihak Pakatan Rakyat. Sudah tentu Aziz akan cepat-cepat memberi kenyataan sebaliknya. Tentu dia akan mengatakan pihak SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan.



Dan dia juga akan siap menghuraikan bentuk-betuk kesalahan dari sisi akta SPR untuk mengekang kejadian seperti itu dari terus berlaku. Nampak sekali tindakan Aziz berat sebelah. Mengenai hal-hal beginilah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan marah dengan SPR kerana gagal mempamirkan mereka berada di tengah-tengah.

Sedarkan Aziz dan orang-orang yang memiliki kuasa seperti beliau itu dengan tindakan sebegitulah menyebabkan generasi muda marah dan menjadi anti kerajaan. Sikap buruk begitu juga menyebabkan generasi muda makin jauh dengan parti pemerintah. Mereka akan hulang kepercayaan kepada integriti kerajaan. Walaupun SPR sebuah suruhanjaya bebas tetapi ia menjadi "babi bajak" kepada kerajaan dengan apa yang ditunjukkan oleh Aziz itu.

Cubalah berkhidmat mengikut piagam perkhidmatan yang digariskan dalam suruhanjaya berkenaan. Kita dilantik dan diharap menjadi pengadil yang adil, maka adillah. Kalau tidak mungkin boleh adil sepenuhnya, tunjuk-tunjuklah keadilan. Sebagai seorang Islam tentu juga kita akan berusaha menghindarkan diri daripada dikutuk oleh orang sepanjang masa. Kelakuan yang Aziz lakukan bukan sesuatu akhlak yang baik dari sisi Islam dan budaya Melayu. [wm.kl.2:08 pm 26/05/14]

3 comments:

  1. Memang dah hilang kepercayaan pun. Marah... Dah lama marah.. Kata Ahmad Nisfu dlm filem ". Aku cekek cekek kau" Klau cadbury, dlm cokelat ada babi. Dlm SPR ada..... " Aziz KO jwb sendirila....

    ReplyDelete
  2. Dia tu kan ahli UMNO, kenalah bela gang gang dia. Harap harap orang macam ini cepat cepat hilang kuasa, baru aman dunia. Kita tak nak doakan dia cepat cepat mampos tetapi kita doakan agar terbuka hati menjalankan amanat secara jujur. Jika pernah berbuat salah secara sengaja mahupun tanpa disedari, bertaubatlah sebelum kita menemui ALLAH supaya mati kita nanti tidak masuk neraka.

    ReplyDelete