Monday, June 16, 2014

5,000 kawasan balak dilulus tanpa tander di Kelantan?

BERITA LONCAT                                                                                

Semasa perjumpaan dengan beberapa orang facebooker di ibu negara Kuala Lumpur berama dua tiga pimpinan Kelantan termasuk dengan TMB Kelantan bulan lepas, Mohd Amar Nik Abdullah telah menjelaskan mengenai tindakan kerajaan Kelantan berhubung kelulusan kawasan balak kepada syarikat atau individu yang akan dibuat secara tander.

Katanya kerajaan Kelantan tidak akan meneruskan amalan pemberian langsung kawasan balak kepada mana-mana individu atau syarikat bagi menjamin pendapat negeri menerusi balak akan meningkat.

Penjelasan itu sudah tentu menggembira sesiapa saja mendengarnya kerana pemberian atau kelulusan balak di Kelantan selama ini dibuat secara pemberian terus. Akibat atau kaedah itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kerana hanya menerima premimum semata-mata yang mana pendapat negeri jauh lebih rendah berbanding dengan pemberian secara tander terbuka?

Seewaktu Husam Musa menganggotai jawatankuasa balak suatu masa dulu beliau memperketatkan kelulusan balak sehingga menimbulkan kontroversi.

Penjelasan Nik Amar itu mungkin kontras dengan apa yang kedengaran sekarang ini. Katanya kerajaan negeri baru meluluskan kawasan balak seluas 5,000 ekar di Ulu Lebir Gua Musang kepada sebuah syarikat.

Kawasan terbabit berstatus untuk dibersihkan bagi tujuan pertanian atau ladang. Pemberian ini sudah tentu bertentangan dengan apa dijelaskan Nik Amar tempoh hari. Sekiranya ia benar kesan kelulusan itu menjadikan keyakinan umum kepada kerajaan terjejas. Orang boleh beranggapan kerajaan negeri cakap tetapi tidak sama dengan bikin.

Mungkin maklumat ini tidak betul dan silap dan pihak tertentu dapat memberi penjelasan untuk memadamkan persepsi umum. Seperkara lagi katanya pihak Petronas menerusi kerajaan Persekutuan sudah pun membuat perkiraan jumlah yang akan diberikan kepada Kelantan hasil daripada royalti Petroleum.

Cerita-cerita mengenai perkara ini sudah kedengaran tetapi penjelasan tuntas dari kerajaan masih belum ada. Elok juga kalau MB Ahmad Yaakub membuat penjelasan kerajaan rakyat ingin mengetahui kedudukan sebenarnya.  [wm.kl.11:44 am 16/06/14]

2 comments:

  1. Salam Pak MSO,

    Saya adalah pembaca senyap blog pak. Saya suka blog ini sebab ia mewakili suara2 anak2 muda yang prinsipnya 'sokong kalau betul,bangkang kalau salah'.

    1. Sebagai anak jati kelantan yang sayangkan negeri,secara peribadi saya rasa kerajaan pas tidak cukup bagus untuk memerintah negeri.baik dari segi pentadbiran,mahupun pengurusan hasil2 negeri.maaf cakap, ini kerana kita tak ada visi,misi yang jelas.

    2.kalaulah exco2/think tank yang ada tak mampu untuk hasilkan idea pembangunan,ada lebih baik kita bayar sahaja konsultan untuk berfikir bagi pihak kerajaan.

    3. Seharusnya negeri ada 'roadmap' dalam pentadbiran.contohnya,"Kelantan Negeri Islamik Progresif 2018".dari situ,kita rangka cara bagaimana untuk kita capai 'milestone' setiap tahun sehingga 2018.

    4. Memandangkan saya ada pengalaman hasilkan roadmap (untuk syarikat minyak dan gas negara), mungkin saya dapat membantu sedikit sebanyak kalau khidmat saya diperlukan. Usah risau, satu sen pun saya takkan kenakan bayaran. Anggap saja itu usaha si anak untuk membalas jasa ibubapa.

    5. Akhir sekali,adalah menjadi impian saya untuk melihat kelantan menjadi negeri islamik,maju dan masih mengekalkan nilai2 ketimuran yang ada sekarang..

    Anak jati mache

    ReplyDelete
  2. Ambo setuju benar dgn saudara anak jati mache..
    Sebab ambo tengok lo lo ni krajaan pas yg ado hari koho lamo koho berat..
    Kalau nak dibandingkan dgn zaman tgna, mmg jauh berbeza... Ambo takut satu hari nanti akan timbul fitnah yg berat kpd islam akibat kerajaan pas hari ini..
    Ambo mohon jasa baik tgna agar dapat memberi panduan kpd pemegang pemerintahan hari ini...

    ReplyDelete