Cadangan oleh Pengerusi Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar al-Hiss, agar ulama seluruh dunia duduk dan berbincang bagi menentukan kedudukan apakah kumpulan gerakan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) boleh diterima atau tidak, begitu "melambung dan jauh" sangat. Walaupun cadangan itu bernas tetapi rasanya ada semacam kecacatan dan tidak berapa relevan dengan cadangan itu.
Raja Ahmad Iskandar al Hiss |
Ada pihak yang sanggup mati untuk berjihad bersamanya, manakala ada pihak lain mentertawakan sebagai ianya satu perbuatan bodoh dan tidak masuk akal. Yang jelasnya pemimpin kerajaan dan pro kerajaan, dengan jelas menolak penyertaan mana-mana pihak dengan jihad Isil.Dr Mahathir seperti biasa dengan menggunakan logik akalnya mempersendakan, dengan berkata mereka yang berjihad dengan Isil itu sebagai orang hendak masuk syurga dengan membunuh orang lain?
Kenapa saya kata cadangan Raja Ahmad al Hiss itu melambung jauh ialah kerana beliau seperti terlupa kepada apa yang ada di hadapan matanya sendiri. Bukankah di dalam Pas, partinya ada puluhan, malahan ribuan para ulama dan ustaz dan ustazah. Pas juga ada komponen atau badan ulamanya sendiri, seperti Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama yang anggotanya terdiri daripada ahli yang fakeh dan mendalami agama. Tidak lupa juga ada majlis Ulama Muda?
Kenapa Raja Ahmad tidak mencadangkan anggota ulama di dalam partinya bersidang dan membuat keputusan berhubung soal yang ditimbulkan itu? Pas lebih wajar dan sepatutnya mendahului mana-mana pihak membuat kata putus atau memberi fatwa berhubung gerakan berkenaan kerana kebetulan ada ahli Pas yang ikut sama menyertainya.
Janganlah hendak berdalih disebabkan badan ulama di dalam Pas tidak ada autoriti maka ketetapan atau fatwa tidak boleh dibuat. Autoriti itu hanya berlaku dalam tata negara tetapi bukan disisi Allah. Al ulama Pas dengan kepakaran ilmu yang ada, mampu dan berhak untuk membuat keputusan ke atas masalah disebutkan oleh Raja Ahmad al Hiss itu.
Apakah para ulama Pas takut untuk mengambil tindakan itu? Kalau takut dimanakah pegangan dan pendirian para ulama di dalam Pas. Apakah mereka berpegang kepada ilmu yang ada kepada mereka atau masih terhijap dan terhalang dengan perundangan negara yang mengaturkan peraturan-peraturan tertentu bagi mana-mana individu atau golongan untuk berfatwa? Dalam negara ini pihak yang boleh membuat apa-apa keputsan dan memberi fatwa hanya Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sahaja?
Kita tahu dengan kedudukan dan daya yang ada kepada majlis itu, apa yang diharap dan dinantikan oleh Raja Ahmad al Hiss itu tidak akan tercapai? MFK mungkin berani untuk berdepan dengan individu seperti Kassim Ahmad atau Ashaari Muhammad tetapi bukan dengan golongan seperti Isil itu?
Ulama walaupun dari rahang dan rahim mana sekali pun harus berani membuat ketetapan hukum. Mereka perlu mengambil kata sepakat dan ijamak berdasarkan kepakaran dan kefakehan ilmu masing-masing. Jangan jadikan kitab sebagai penghias rak buku atau pun sebagai penunjuk kepada tetamu rumah kita, yang kita adalah seorang ahllul kitab. Ahli kitab bukan membaca kitab kemudian menghukum dengan apa yang dibaca, tetapi mentafsir, mengkaji isi-isi kitab dan mencari filsafah dan rahsianya. Ada sesetengah hukum yang ditafsirkan sudah usang dan dimuatkan dalam.
Dalam soal ditimbulkan oleh Raja Ahmad al Hiss itu wajar kalau Dewan Ulama Pas, termasuk juga Ahli Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Musyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Haron Din serta bersama ulama-ulama muda Pas berbincnang kemudian membuat keputusan mengenai duduk perkara Isil itu dan gerakan sewaktu dengannya.
Kalau jadi ulama hanya setakat untuk memberi jawaban atau mengupas soal haid, nifas, soal terkentut dalam jubah atau perkara-perkara membatalkan wuduk sahaja, tidak ada maknalah Pas dalam perlembagaanya di bawah Bab Kesepuluh, meletakkan satu juzuk (komponen) bernama sebagai Dewan Ulama Pas. Ulama Pas seharusnya lebih ke depan, berani dan mendalami ilmu daripada ulama-ulama rahang lain kerana ia bernama ulama daripada Parti Islam se Malaysia - PAS.
Ulama Pas jangan ikut ulama dalam Umno kerana ulama dalam Umno akan membuat fatwa selepas Najib Razak dan Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad meluluskan terlebih dahulu baru mereka akan fatwakan! Haha... maaf Mat... mana mana lagi kalau bukan Mat Maslan, bergurau sikit Mat posa posa ni. Berbuka dengan apa hari ni?
Saya yakin kalau ulama Pas bingkas dan berani membuat ketetapan (ijtihad) berhubung isu Isil ataupun kedudukan gerakan-gerakan perjuangan lain yang memperjuangkan hak kepentingan agama dan tanah air mereka, Pas akan dilihat sebagai sebuah gerakan siasah Islam yang berani, bertanggungjawab dan kompeten bukan sahaja terhadap Islam dilaman rumahnya tetapi nun jauh di luar sana. Begitulah baru perjuangan Pas dianggap sebagai universel bukannya Miss Univesel.
Apapun syabas dan tahniah kepada Raja Ahmad al Hiss kerana membawa cadangan yang sangat berbobot. [wm.kl.11:36 am 03/07/14]
Baru2 ni termuat di berita kononnya ISIL yang sekarang sudah menubuhkan daulah islamiyah ingin menghancurkan Makkah
ReplyDeleteapa yang berlaku memang mengelirukan dan menakutkan
Perkara amat serius ini tak boleh dudiamkan dan wajar ulama dalam dunia ini tak kira siapa berpadu mencari kata putus..
Banyak analisa yg tak pasti mengatakan Isis dibayar amerika utk buat huru hara di timur tengah dan disokong sendiri al saud saudi..entah benar atau tidak
yang pasti cita2 Israel Raya sudah ada peluang utk terbina kalau semuanya mengikut rancangan
Kamu ingat mereka main main
Saya sokong 100 peratus pendapat tuan.
ReplyDelete