Nik Aziz juga sokong Khalid. |
Suara Nik Aziz dilihat sebagai suara keramat dalam Pas satu penerimaan yang tidak berpelembagaan. Walaupun tidak semua pandangan dan pendirian Nik Aziz betul dan tepat baik dari segi agama dan politik, tetapi ahli Pas yang taksub menganggap kata-kata Nik Aziz sebagai benar.
Keputusan mesyuarat MSU seperti mana dilaporkan, Khalid adalah MB Selangor dan tindakan terhadapnya tidak boleh diambil selagi dia tidak disahkan menyalahi syariat oleh undang-undang seperti SPRM dan mahkamah atau didapati bersalah melakukan rasuah. Pas bertegas dalam soal ini dan utuh menunjukkan parti itu paling Islamik.
Laporan setebat 24 muka surat berhubung integriti Khalid (keraguan menyelesaikan hutang bank RM70 juta) yang disediakan PKR dan telah dikirimkan kepada Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Mustapa Ali tidak memberi apa-apa kesan dan menjadi petunjuk kepada MSU bagi menyuluh keperibadian Khalid. Kunjungan Khalid kepada Nik Aziz dan kunjungan Abdul Hadi dan Mustapa Ali kepada Khalid telah memuktamadkan segala cerita. Ramai yang tidak tahu hakikat ini.
Jadi kerja PKR adalah sia-sia sahaja dan langsung tidak dipandang oleh MSU Pas itu dan elok laporan itu dibangkul sampahkan.
MSU mengambil pendirian Khalid tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan secara perundangan. Begitulah idealisnya MSU dalam membuat penilaian terhadap Khalid atau kasus kali ini tanpa langsung mengambil pendekatan siasah dan dilihat dari sudut implikasi politiknya. Ketelusan MSU Pas itu mungkin boleh dipuji tetapi, kebijaksanaanya boleh dipersoal dan dipertikaikan.
Apa yang diputuskan oleh MSU itu sudah tentu ia juga akan menjadi keputusan atau dibincang (diterima) dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pada 10 Ogos ini. Keputusan MSU itu seakan ianya perlu diguna pakai oleh jawatankuasa kerja. Itulah taktik disebalik kenapa MSU bersidang lebih awal dan pelik daripada biasa, mengadakan mesyuarat sebelum jawatankuasa kerja bermesyuarat membincangkan soal MB Selangor dan implikasi politik terhadap Pakatan Rakyat itu.
Tindakan songsang ini sekali lagi dilihat ianya mentauladani apa yang dilakukan oleh presiden parti yang membuat pendirian bertentangan dengan keputusan parti dan membingungkan pemerhati parti. Selalunya MSU menjadi pemantau atau penyemak kepada keputusan dibuat jawatankuasa kerja Pas terutama dalam soal-soal berhubung dengan syariat seperti mana disebut dalam Fasal 8 (1) (a), (b) dan (c) mengenai tanggungjawab dan fungsinya.
Apabila MSU bermesyuarat lebih awal seolah-olah badan ini cuba mengawal dan mempengaruhi apa-apa keputusan yang bertentangan dengan kehendaknya. Anih juga macam mana badan ini sudah mengetahui salah atau tidak, (Khalid) sedangkan ia tidak dibincang diperingkat Jawatankuasa kerja parti. Tindakan badan ini menanti kesahihan kesalahan Khalid tanpa melihat kepada senarionya menampakkan akan kecetekan taktikal politik MSU.
Pelik juga jawatankuasa kerja belum pun memberi input tetapi keputusan sudah dibuat. Ibarat biacara belum lagi bermula tetapi hukuman telah dijatuhi. Inilah yang dikatakan pelik. Dan apakah tindakan ini adil dan Islamik?
Apakah mereka yang menganggotai MSU terdiri daripada ahli kasyafah dan makrifat? Atau pun mereka juga dibatasi oleh kehendak-kehendak politik lain yang berada di dalam jubah dan belitan serban mereka?
Cara dan tindakan badan ini juga, meletakkan darjatnya lebih rendah daripada jawatankuasa kerja Pas? Tindakan MSU itu juga menyerlahkan ada elemeh politik dalam badan berkenaan. Ini sudah mencemari kesucian dan keputihan badan berkenaan seperti mana disebut dalam tugas dan tanggungjawab dalam perlembagaan iaitu menjadi pemantau dan penyemak berhubung soal membabitkan hukum hakam.
Apabila disebut pemantau badan itu harus berada di atas, di bawah atau dibelakang dan depan agar kesilapan sebenar dilihat. Hal-hal yang menjadi tanggungjawab utamanya ialah memastikan perjalanan Pas senantiasa mematuhi kehendak Quran. Terlibat dalam keputusan berbau politik tidak dibenarkan sama sekali dan bertentangan dengan pendirian dan maruah badan berkenaan.
Cara MSU itu seolah menyakini mereka benar seratus peratus berdasarkan maklumat yang diterima. Sejauh manakah akuratnya sumber maklumat diterima sebelum membuat ketetapan itu. Apakah DNA maklumat diguna pakai itu tidak terusik dan bercampur dengan elemen lain? Misalnya tahi ayam?
Apabila MSU mempedulikan isu ini dan mempertahankan Khalid kerana tidak bersalah, jelas MSU sudah mencampuri urusan politik. Lagipun hal Khalid ini bukan hak Pas seratus peratus, tetapi ia juga hak PKR dan juga DAP. Sewajarnya MSU kena mengambil kira pandangan daripada PKR dan juga DAP kerana ia adalah isu dan subjek bersama? Kalau MSU hendak memberi taufik dan hidayah kepada jawatankuasa kerja, tetapi mereka juga perlu membaca natijah politik sebab parti itu parti politik bukan sebuah gerakan Islam haraki seratus peratus.
Logiknya apabila MSU membuat keputusan tidak ada siapa akan membantah keputusan itu. Keputusan MSU adalah tetap dan sesuatu yang mutlak dan haram dibantah. Sesiapa menentangnya akan dianggap sebagai tidak mematuhi parti dan wala' kepada pimpinan dan mereka akan direjam secukupnya. Media baru khasnya whatsApp akan merejamnya.
Jadi apabila MSU bersidang awal dan membuat ketetapan yang dikira mempengaruhi atau memberi taufik dan hidayat kepada jawatankuasa kerja Pas ia menjadi songsang kalak. Kesongsongan ini pula pasti akan ditafsirkan bahawa MSU ada bermain politik yang tersirat tetapi sudah dapat dibaca sejak kelmarin dahulu lagi.
Dengan perkembangan ini jawatankuasa kerja Pas tidak perlu lagi bersidang pasa 10 Ogos ini. Kerana kalau pun bersidang dan keputusannya berbeza dengan MSU ia akan dianggap sebagai menderhaka dan tidak wala' kepada pemimpin. Kalau pun bersidang hanya untuk endorse ketetapan yang sudah dibuat oleh para mualim Pas dalam majlis berkenaan. Persidangan hanya membuang masa.
Persoalan timbul dimanakah pula kuasa eksekutif parti dalam soal ini yang ada kepada jawatankuasa kerja Pas? Jawatankuasa kerja Pas adalah dilantik dalam muktamar Pas dimana ia mewakili suara ahli Pas dari akar umbi di seluruh negara. Berbeza dengan MSU yang dilantik atas kehendak Perlembagaan tanpa pilihan ahli dalam muktamar. MSU hanya diberi mandat khas dalam aspek agama, (hukum hakam) ia bertindak sebagai badan rujukan sahaja dan membuat keputusan dalam hal-hal meragukan.
Songsong dikatakan kerana badan yang dilantik menjadi kuasa pemutus, tetapi badan yang dipilih ahli pula kena akur kepada badan yang dilantik. Kalau inilah keadaan maka Pas tidak memerlu kepada Jawatankuasa kerja dan ia hanya memerlukan MSU sahaja. Tidak perlu ada agenda pemilihan pemimpin dalam Pas sebab ia tidak diguna dan dihormati.
Mungkin ada kebenaran atas ketetapan dibuat MSU itu berdasarkan syariat berhubung Khalid itu. Tetapi dalam isu Khalid itu ia bukan spesifik isu agama, tetapi lebih kepada politik. (Mungkin ada yang pertahankan bahawa agama mencakupi semua sekali). Khalid hendak digugurkan atas maslahat politik bukan soal dia menyalahi hukum agama atau tidak. Atau pun tindakan perlu dan boleh diambil setelah disahkan menyalahi hukum agama.
Perlu difahami tidak semua keputusan dalam politik demokrasi yang diamalkan hari ini memerlukan kepada keputusan dari konteks agama. Dalam Pas sendiri ada kesalahan yang tidak sahkan oleh pendekatan agama diambil tindakan. Orang yang tidak disahkan oleh hukum agama dikecam habis-habisan dan dihina begitu rupa. Apakah MSU mempedulikan hal ini?
Mengenai isu Khalid Ibrahim itu, dalam pemerhatian PKR, pihaknya tidak untung kalau memeprtahankan Khalid kerana aksi dan ulah MB itu merugikan Pakatan Rakyat.
Selain itu MSU juga dalam mempertahankan Khalid meganggap ianya sebagai hak bersama. Peranan diambil kerana isu Khalid adalah juga tanggungjawab Pas. Persoalannya sejauh manakah hak bersama itu ditanggung dan dihormati oleh MSU berhubung perkembangan politik dalam Pakatan Rakyat. Macam mana pula dengan hak bersama di Pulau Pinang atau di Kedah yang dimiliki atau diberikan kepada PKR dan DAP?
Kalau betul atas hak bersama yang adil, seharusnya MSU juga turut sama memantau perkembangan politik di Pulau Pinang atas kedudukan DAP sebagai rakan Pakyat Rakyat dimana Pas ada hak bersama di itu. Dan orang juga akan boleh mempersoalkan dimanakah hak bersama yang ada kepada PKR dan DAP untuk menegur Pas baik di Kedah dan Kelantan. MSU perlu cerah mata dan mempunyai "mata lalat" dalam hal ini dan bukannya "mata lembu" semata-mata.
Berbalik kepada mesyuarat jawatankuasa Pas 10 Ogos nanti kalau ia diadakan juga, ia akan menjadi medan perdebatan antara ahli jawatankuasa Pas. Sudah tentu akan ada pihak yang menolak pendirian MSU itu dan ada yang sanggup dikecam hatta dikenakan tindakan disiplin gara-gara mengambil pendirian berbeza.
Mesyuarat itu nanti sungguh mencemaskan dan bakal memberi petanda baru kepada Pas. Landskap politik Pas akan berubah. Apakah petanda itu, setiap daripada kita sudah dapat meramalkannya? Saya tidak mahu huraikan di sini untuk waktu ini. [wm.kl.2:35 pm 07/08/14]
Apalah nak hairan dengan tindak tanduk MSU ini? Tengoklah siapa yang menduduki kerusi MSU dan kita akan tahu mengapa MSU mengambil keputusan begitu...jelasnya MSU cuba bermain politik dan politiknya akan menjejaskan PAS secara keseluruhan... dan ternyata mereka yang kononya 'fakeh' agama tidak semestinya 'fakeh' siasah!
ReplyDeleteDah jadi semakin serabut. Bila pula PAS buat kajian yang rakyat Selangor mahu kan TSKI terus menjadi MB. Tak kan pemimpin PAS tidak tahu yang TSKI telah ditolak oleh ahli PKR sendiri sama ada di peringkat cabang dan nasional setelah kalah dalam pemilihan parti. Yang nak sangat TSKI terus menjadi MB ialah puak UMNO dan segelintir pemimpin PAS yang memang ada kepentingan dalam Kerajaan negeri Selangor. PAS dah jadi parti tak tentu arah....
ReplyDeletemungkinkah Pas akan kembali menempuh zaman malap
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteKeputusan MSU tidak memeranjatkan. TGNA tidak boleh dipersalahkan kerana sejak bersara dari politik, beliau sudah out of touch dengan perkembangan politik tanah air. Juga sejak bersara, agaknya perkembangan politik disuap oleh orang disekeliling beliau mengikut kacamata pihak tertentu. Apatah lagi salah seorangnya kita kenali dari kem UG.
Jika kita mengikuti perkembangan puak UG dalam PAS sejak selesai PRU 2008 kita holeh lihat beberapa milestone tentang cara mereka bertindak.
Sebaik selesai PRU 2008, kita lihat tokoh UG pada susuk tubuh Hassan Ali, Ustaz Nasha sebagai pengerak UG. Tetapi mereka bukan tokoh utama.
Akibat kekecohan isu UG ini, Muktamar PAS di Ipoh pada bulan Ogos 2008 ( kalau tak silap) telah membuat ketetapan bahawa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan UMNO. Adakah usaha puak UG ini mati dengan keputusan muktamar ini? Tidak. Yang hilang ialah Hassan Ali Jati dipecat dari PAS. Ustaz Nasha semakin hilang peranan. Kesan dari perubahan ini, kita lihat satu perkembangan penting berlaku - tokoh-tokoh besar UG dan k3cil dari puak agamawan mula timbul mengambilalih peranan yang ditinggalkan oleh Hassan Ali dan Ustaz Nasha.
Modus operandi masa itu ialah apabila Pakatan berada dikedudukan yang selesa atau apabila UMNO tersepit dengan sesuatu isu, maka timbullah tokoh-tokoh ini melontar polemik, biasanya untuk provoke DAP terutama Karpal Singh untuk berbalah dimedia perdana. Kesannya akan memberi gambaran bahawa Pakatan tidak sepakat dan saling berbalah atau pun sebagai langkah untuk memberi peluru kepada UMNO untuk melepas diri dari keadaan tersepit. Sila lihat kembali kepada insid3n-insiden yang telah berlaku. Kita akan nampak apa yang saya maksudkan.
Pada tahap ini tokoh-tokoh UG ini bertindakan atas nama peribadi mereka masing-masing s3bagai ulamak konservatif.
Peluang terbuka kepada puak UG ini apabila Ustaz Mohamad Daud Iraqi m3letak jawatan sebagai ketua Dewan Ulamak PAS atas sebab kesihatan dan diganti ol3h seorang tokoh utama UG dari Terengganu.
Puak UG telah m3ndapat satu platform rasmi yang kukuh untuk meneruskan agenda mereka. Perlahan-lahan Dewan Ulamak PAS Pusat telah ditukar dari fungsi sebenar seperti dinyatakan oleh Tuan MSO kepada alat/platform untuk meneruskan agenda UG.
Dengan ketua baru ini, pelbagai langkah telah diambil oleh puak UG ini menggunakan platform Dewan Ulamak PAS Pusat. Mereka semakin berani m3njelang PRU 13. Antaranya ialah menolak DSAI sebagai calon PM Pakatan dan menjemput Kuli untuk m3njadi PM jika Pakatan menang PRU 13. Membawa usul untuk mengkaji kerjasama dengan PKR/PR dalam muktamar yang lepas.Yang terbaru dalam isu krisis MB.
.........
Atas asas diataslah saya tidak te4k3jut dengan keputusan MSU. Malah saya telah menjangkakanya.
Ini adalah pengamatan peribadi saya yang menjadi penyokong t3gar PAS diluar PAS selama 40 tahun sejak DSAI masuk UMNO dulu.
Jika saya tersilap, saya minta Tuan MSO betulkan kerana beliau orang yang boleh keluar masuk ke dalam rumah PAS.
Saya akan sambung jika rasa perlu.
Wallahualam.
Bukankah sesaorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya dan dihukum.
ReplyDeleteJanganlah kuttip cerita tepi jalan sebelah pihak dan jatuhkan hukuman - itu sifat orang munafik namanya.
Biarlah TSKI diadili oleh badan berkecuali seperti Selcat jika tidak percaya akan SPRM dan POlis.
Kenapa tidak diadukan kepada Selcat? Pelik bukan?
Hutang 70 juta bukan sikit bro.. tiba2 x yah bayar lps tu bagi projek kat pihak berkenaan... kalau bro orang hutang 1 juta boleh senang2 tak yah bayar ke.. bak saya pinjam 100k boleh pas tu x yah bayar... tambah la bank.. tanya la sapa yg pernah hutang credit card dgn bank..2 k pun dia call tiap2 minggu... selcat?? parti suruh bagi jawapan pun dia tak bagi..
DeleteSalam tuan MSO...
ReplyDeleteKacau bilau melihat politik semasa...
Tuan dikenali sebagai journalist dan penulis yg agak rapat dgn TGNA...harap tuan boleh menyiasat apakah sebenarnya yg ada dlm pemikiran TGNA hingga beliau boleh berkata kepada wartawan bila ditanya isu TSKI "saya hanya bercakap sekali bukan dua kali anda boleh rujuk kenyataan saya sebelum ini" lebih kurang begitu ayatnya seperti yg dipetik oleh malaysiakini kelmarin...saya sebagai ahli pas juga ingin mengetahui apa sebenarnya yg berlaku bukan sekadar mendengar hearsay dan rumour...kita ahli pas masih cerdik dan bukan taksub membuta tuli dan saya yakin kalau TGNA masuk UMNO sekalipun ahli pas tidak akan ikut jejak dan ini dibuktikan dgn fakta sejarah pas sejak zaman datuk asri lagi...harap tuan boleh bg maklumat 1st hand mengenai TGNA ini dan bukan seperti sesetengah pemerhati yg duduk diluar PAS tapi mengeluarkan pandangan seolah olah tidur didepan tangga rumah TGNA dan TGHH saya percaya tuan boleh mendapatkan maklumat ini dan bg saya tidak adil TGNA di tibai tanpa kita tahu apa idea beliau dan jika sudah diyakini beliau telah tersasar maka terpulanglah nk tibai...seperkara lagi boleh tak tuan ulas isu UG samada masih relevan atau tidak kerana kadang2 gatal telinga mendengarnya dan kalau boleh disenaraikan siapa pemain2 UG agar semua tahu...wasalam
Tuan Hanafi,
DeleteSatu je perkara ambo nak sebut supaya tak timbul dihati tuan dan para ahli PAS. Orang seperti ambo mengkritik pemimpin PAS atas dasar mereka sebagai pemimpin politik sama s3perti TDM, Najib, samy vellu, pairin ketingan, taib mahmud,lim guan eng dll.
Tak ada sesiapa sebagai Tuan-tuan guru dan agamawan. Kita menghormati kefaqehan mereka dalam bidang ugama. Malah nasihat ugama dari mereka kita sanjung.
Begitu juga PAS. PAS adalah s3buah parti politik sama-sama seperti UMNO,DAP,PKR,MCA,MIC, PBS,UPKO dll. Kesemuanya berdaftar dibawah Akta Pertubuhan 1966. Parti politik membawa ideologi masing-masing untuk memenangi undi rakyat didalam PRU, namun perbezaan ideologi ini perlu mematuhi Akta tersebut.
Apa tu bidang politik? Politik adalah ka3dah untuk m3nyusun dan metadbir golongan massa dalam satu kerangka sebuah n3gara. Tiada parti politik boleh m3mbentuk kerajaan hanya bergantung kepada jumlah ahlinya sahaja. Jadi mereka p3rlu menjual ideologi perjuangan mereka kepada massa untuk mendapat suara majoriti massa untuk mendapat kuasa politik.
Jadi dalam kont3ks ini, massa juga ada hak untuk bersuara terhadap tindakan mana-mana parti politik yang cuba h3ndak m3ndapat sokongan majoriti massa untuk menyusun kehidupan bernegara m3ngikut ideologi parti-parti yang bersaing. Kita mengkritik UMNO kerana kita dapati UMNO sudah mengkhianati mandat dan dasar pe4juangan UMNO yang ditawarkan kepada kita disetiap PRU.
Atas asas ini kita m3ngkritik. Kita m3ngkritik PAS kerana PAS adalah sebuah parti politik yang bersaing untuk mendapat sokongan kita. Kita tidak mengkritik PAS sebagai sebuah jamaah kerana jamaah itu mil3k ahli PAS. Dalam hal ini, kedudukan PAS sama dengan kedudukan p3mimpin PAS yang memegang jawatan politik. Kalau ada ahli PAS yang tak mahu PAS dan pemimpin mereka yang berjawatan p3mimpin politik PAS dikritik atas platform politik - PAS Atak payah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan politik dibawah Akta Pertubuhan 1966 lah. PAS bergerak sebagai sebuah jamaah Islam atau badan dakwah la.
Tuan...
DeleteIslam itu tubuh dan pakaiannya kuasa...kuasa diperlukan untuk melaksanakan Islam dan masa yg sama untuk melindunginya...
Saya akui sebagai jemaah Islam yg menggunakan politik untuk mendapat kuasa diMalaysia ini PAS hendaklah mendapatkan sokongan bukan sahaja dari ahli PAS yg saban tahun membayar yuran dan menghulur derma di tiap2 ceramah pas tetapi juga dari pengundi umum yg diluar pas...pas perlembagaannya yg paling tinggi untuk menegakkan Islam dan nilai2 Islam dlm bernegara maka tidak dapat lari penguasanya dari dikawal oleh sempadan agama tidak kira dari segi amalan harian mahupun politik sebab mereka berpegang pada ayat "Islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi dari Islam" dan saya kira DSAI pun memahami perkara ini sejak dari zaman ABIM hinggalah beliau masuk UMNO...prinsip asas PAS itu Islam dan TGHH sendiri pernah kata dia rela kalah dari gadai prinsip ini sebab dia ugamawan dan pengundi terpaksa terima ini kalau nk undi silakan dan kalau tak nk undi pun sila kan sebab pengundi semua sudah tahu PAS itu mcmana...sy tidak kata semua pandangan TGNA&TGHH betul tp siasat dulu sebab apa dia tidak setuju...
Pandangan saya tuan Bat8 pimpinan PR ikut saranan Pemuda PR supaya DSAI,TGHH,LKS&TSKI bersemuka dan selesaikan apa yg berlaku secepat mungkin...kita semua mahu yg terbaik tapi secara berhemah ikut step bukan guna kenyataan media dan surat menyurat sahaja tp face to face bincang kalau betul TSKI x betul pecat tp biar dengan bukti yg sahih dan kalau x betul segala tuduhan maka kita kena pertahankan beliau...itu sahaja...saya cadangkan TGNA yg hostkan pertemuan itu...cadangan sahaja bukan didengar atau dilihatpun :-)..harap tuan MSO boleh usahakan :-)
Tuan Hanafi
Delete"Islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi dari Islam"
Adakah pemimpin PAS dari kelompok agamawan mengamalkan prinsip ini dalam konteks muamalah politik mereka yang kita lihat mutakhir ini. Banyak contoh kalau kitaa nak s3but. Yang terbaru kita tengok gelagat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dalam isu mengkritik Kerajaan Pulau Pinang. Yang nyata fakta dia silap. Bila dibetulkan, mula pusing stail k3ling.
Kita ambil contoh pertindihan calon-calon angkara PAS di Kota Damansara, Sungai Aceh dan Terengganu. Yang menyedihkan Presiden PAS sendiri yang membuat tuduhan pil kuda kepada calon Pakatan DUN Bukit Besi.
Kita sering d3ngar dalam ceramah pemimpin PAS, Islam itu sesuai sepanjang zaman. Islam itu peny3lesai masaalah. Islam itu cara hidup. Tetapi kita lihat Islam yang dipamerkan ol3h p3mimpin PAS yang faqeh ugama ini dalam siasah tidak seperti yang diceramahkan.
Yang kita perhatikan PAS menentang asobiyah yang dibawa oleh UMNO. Tetapi para p3mimpin-pemimpin PAS terutamanya yang digolongan agawan juga t3bal dengan asobiyah didalam PAS s3ndiri sehingga menimbulkan kelompok ulamak dan prof3sional. Tengok cara kempen pemilihan dalam Muktamar PAS yang lalu sudah cukup. Tak ubah seperti stail UMNO: hampir semua perangai UMNO ada diatas garis pemisah, golongan ulamak dan professional. Yang kita tak nampak lagi dalam pemilihan PAS ialah polit8k wang yang diamalkan ol3h UMNO.
Itu realiti yang ada pada diri PAS hari ini. Sedang mengikut fakta yang ada didepan kita, kejayaan PAS bersama Pakatan jauh melangkaui kejayaan semasa PAS bergerak be4sendirian atau bersama pakatan-pakatan lain - ADALAH KERANA GANDINGAN MANTAP ANTARA GOLONGAN ULAMAK DAN PROFESSIONAL YANG BERJUANG KERANA ALLAH DAN RASUL!
Wallahualam
Tuan Hanafi,
DeleteMana k3hebatan dan keindahanIslamnya dalam siasah bila Kerajaan PAS Terengganu hanya mampu memerintah sep3nggal sahaja. Sedangkan MBnya bukan calang-calang orang - p3mimpin no.1 PAS. Barisan exco kanannya juga pemimpin kanan PAS yang begitu lama terlibat didalam politik^ Allahyarham Dato Haron Taib dan Dato Mustaffa Ali. Allahyarham adalah tokoh perkaderan PAS yang ulong dan id3ologis PAS yang utama dibawah kepimpinan TGHH. Dato Mustaffa Ali tokoh besar PAS dari era Allahyarham Dato Asri lagi. B3liau adalah bekas Setiausaha Parlimen s3buah Kementerian semasa PAS masuk BN dulu.
Satu lagi t3ntang nasib kerajaan PAS Kedah. Baik kerajaan PAS Terengganu maupun K3dah, PAS m3ndominasi kerajaan-kerajaan tersebut 100%. Ini kayu pengukur keh3batan PAS yang akan dinilai ol3h sejarah. Persoalannya dimana keindahan dan kehebatan Islam itu bila berada ditangan PAS?
Yang m3njadi calon feveret untuk tumbang dalam PRU 14 nanti ialah Kerajaan PAS Kelantan. Sedangkan kerajaan PAS Kelantan adalah lambang kepada kejayaan pe4juangan PAS dari sejak dari ditubuhkan. Ia juga adalah lambang dan mercu tanda kejayaan perjuangan "K3PIMPINAN ULAMAK" yang mengambilalih kepimpinan PAS dari Allahyarham Tan Sri Dato Asri Bin Haji Muda diawal tahun 1980an dulu.
Puak mana yang m3ndominasi kerajaan PAS Kelantan sekarang? Lupakah masaalah kek3cohan perlantikan 3xco t3mpohari. Dari pengamatan saya yang sering ke Kelantan, dengan dasar assobiyah yang diamalkan oleh PAS berasaskan puak, kerajaan PAS Kelantan akan tumbang dalam PRU 14. Pertanda-tandanya sudah jelas jika kita meny3lami suasana di sana. Adakah UMNO Kelantan kuat? Tidak......UMNO Kelantan akan dapat memerintah Kelantan s3cara pe4cuma kerana p3mimpin-pemimpin PAS yang mendominasi kerajaan Kelantan s3karang terlalu bijak dengan s3bab faq3h ugama s3hingga kita rakyat no4mal ni pun nampak depa sedang tunggang langgang.
Tuan...
DeleteSatu lg perkara yg saya bangga dengan pas ialah dlm politik mutakhir ini tidak ada adun nya yg lompat parti...disiplin yg tinggi dan pemilihan calon yg benar2 tepat dan tahan diuji...rakan PKR dan DAP mungkin boleh belajar yg ini dari pas...wasalam
Tuan,
DeleteItu bukan isunya disini. Tetapi apa maknanya dalam konteks tindakan PAS dan halatuju PAS menangani isu MB Selangor.
Pasal tak lompat parti ni kena slow talk dengan Tuan MSO la kalau nak tahu baiah calon-calon PAS dalam pilihanraya. Yang jelas ini tak ada kena mengena dengan isu sekarang.
Tuan,
ReplyDeleteMasalah kemelut mb Selangor adalah masalah kepimpinan sebenarnya... Bagaimana pakatan rakyat hendak mentadbir negara kalau masalah yang sekecil ini tidak dapat diatasi dgn matang dan baik. Rakyat memerhati apa yang berlaku. Tak perlu saya hendak membetulkan sikap dan pimpinan parti. Cuma saya hendak bagi cadangan apa yang saya rasa dan nampak.. Sepatutnya pas sebagai rakan pakatan tidak perlu masuk campur. Ini urusan pkr dan pkr yang berhak tentukan siapa yang layak menjadi mb. Pkr juga yang kenal siapa tski dan siapa yang mampu menjawat jawatan mb. Pas tumpukan pada negeri yang di amanahkan mb macam kedah dan Terengganu. Kesimpulannya pimpinan pakatan tidak mempercayai antara satu sama lain. Rasa diri terbaik dan kuat punca menidakkan kebolehan dan kekuatan orang lain. Sebelum terlambat dan menjelangnya pru14 duduklah semeja dan selesaikan masalah kebosanan rakyat dlm kekalutan ini. Tan Sri khalifah haruslah berundur dgn baik tanpa syarat. Sebaik mana pun tski pertukaran dibuat adalah keputusan mesyuarat pimpinan pkr.semua pihak harus akur dan terima keputusan dgn rela.
Mso pun dah jd Mcm macai PKR... Mereka dlm MSU tu ramai.... Memberi pendapat yg berdasarkan mesyuarat dan pertimbangan agama dan politik yg matang.... Kalau kamu dan macai2 PKR berhak beri pandangan pda ruang yg tersediri.... Jngn hina pandangan org lain... PKR ini datang dari bakul UMNO.... Mcm mana kata PAS mirip UMNO.... Cermin diri lah... Kalau datang dari spesis yg sama... masakan rupa... Baupun masih UMNO.... Tak ingatkah SEMANGAT 46???
ReplyDelete[8/7, 9:21 PM] Fakhrulrazi: Entah kenapa skrg semua menuding jari menyalahkan PAS. Salahkan PAS kerana memungkinkan Pakatan Rakyat (PR) pecah dan berkubur. Majoriti blog dan artikel komdemkan PAS Terutama TGHA dan TGNA. Tapi kita sedar ke tidak
ReplyDelete[8/7, 9:28 PM] Fakhrulrazi: ....bila Kajang Move dibuat. Pernahkah PAS dimaklumkan oleh PKR Anwar? Bila keputusan nak turunkan Khalid, Pernahkah PAS diajak bincg dulu? Bila keputusan nak lantik Wan Azizah sebagai MB Pernahkah PAS dibawa berbincang? Tau tau dah umum kepada rakyat PR nak tukar MB Selangor. Meeting PR belum lagi dah umum? Bila TGHA bagi pendapat peribadi tiba2 kata TGHA khianat apa yg diputuskan PR. apa semua ini? Kan baru hari ni PAS umum kenyataan rasmi
[8/7, 9:30 PM] Fakhrulrazi: Saya nampak pengkhianat sebenar ialah Anwar yg dah mcm syok sendiri. Tak tau ker dia kalau dia hormat PAS sebagai parti komponen dlm PR dia mesti minta pendapat PAS dulu. Hal meletak perempuan sbg Pemimpin adalah isu besar dlm Islam
[8/7, 9:31 PM] Fakhrulrazi: Perempuan tu bini dia pulak. Ini boleh mendatangkan mcm2 fitnah. Nampak sgt kroni nyer..bini MB dia PM
[8/7, 9:34 PM] Fakhrulrazi: Kenapa Sayuti ni tak komen dulu pasal Anwar dan PKR yg jadi PENYEBAB asal Punca ini. Kita tak tau apa2 tiba tiba Kajang buat pilihanraya...komen tu dulu...
Tokoh Utama UG ada di Perlis nuu
ReplyDeleteDari keahlian MSU... mesyuarat yang diperlukan hanya 5 minit sahaja. Tak perlu sampai ke 12 tgh malam kecuali untuk mengumpat rakan-rakan dalam AJK Pusat dan parti lain.
Kita lihat, hasil kenyataan MSU hanya berpihak sebelah dan MSU juga sudah cekap dan power yang mempunyai system research yang canggih. Ilmu kasyaf dan juga mungkin bantuan dari jin-jin yang menurut perintah.
Pendirian rakyat Selangor dapat diketahui, keputusan PKR untuk turunkan khalid juga dikata ada kepentingan individu dan parti, satu dakwaan yang tidak dapat dibuktikan tetapi menepati syarak ikut hokum yg dipakai oleh MSU.
Malah salah sorang ahli MSU ternyata kaki fitnah. Menunggu utk memohon aaf atau di saman oleh orang kapir DAP. Sgt memalukan, ahli MSU lagik!!!!
Anwar dihormati kerana dia konsisten... dari sebelum PRU13 lagi dikhianati PAS, tetap tidak melatah, tidak pernah mengutuk PAS secara terbuka kecuali bila dia bersama UMNO sahaja.
Kalau begini gaya PAS, Yahudi ISRAEL pun takut untuk berkerjasama.
Gua ahli pas sejak 98 masa ledakan re4masi.Skrg gua dh reject pas dan join pkr untuk perkuatkan perjalanan pr krn gua amat yakin parti otak paklebai kampong mcm pas mmg sudah tidak releven lg dlm politik peringkat nasional.Pas ada ahli profesional yg hebat hebat tp meletakkan nelayan kampong yg naif sebagai presideng maka tindakan politik pas dah nmpak cacamerba mcm karektor nelayan kampong yg biasa kita lihat dengan imej selekeh dn pemikiran kolot lg naif.Maaf gua bukan hina para nelayan kampong tp mengibaratkannya shj dgn karektor2 puak konsevertif kuno dlm pas skrg.Selamat tinggal politik kuno pas.....
ReplyDeleteSaya menghormati komen berhubung catatan ini, tetapi tak perlu mengulas balik krtikan balas. Mungkin penjengok tahu kenapa dan apa sebab2nya. Cuba saya nak jelas saya, tak berpihak kepada mana2 parti dan individu saya adalah saya. Tanpa terima kasih.
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteHampir nak pecah perut saya geli hati, bila tuan tulis "tak berpihak kepada mana2 parti dan individu, saya adalah saya"....pernah tuan MSO kritik Anwar Ibrahim???/
Says tahu kenapa tuan mso selalu menghentam pas ini kerana apabila anuar jd pm tuan mso dijanjikan jawatan s/u politik beliau nasihat saya agar Sudi kiranya tuan mso berpijak di bumi nyata jgn kerana jawatan kita berpihak kepada yang salah Dan to long hormati kedua dua tok guru dgn panggilan yg elok sedikit jgn ketika suka aje Bahasa kan tok guru ketika benci panggil nama je Dgn penulisan tuan sekarang ternampak cetek nye akal pemikiran tuan .comment ini hanya untuk tuan sahaja Dan tk perlu dipaparkan...
ReplyDeleteSaya sengaja publish komen Abd Rahman dan Hayyi Yie untuk dinilai. Tanpa terima kasih.
ReplyDelete