Sunday, August 17, 2014

MB Selangor sama ada Azizah atau Azmin terserah kepada PKR

RUMUSAN TENGAHARI                                                                

Mohamad Sabu
Keputusan Pas menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti Abdul Khalid Ibrahim tanpa menggugurkan nama Dr Wan Azizan Ismail yang dipilih oleh parti berkenaan dikira satu keputusan penuh profesional dan tepat dengan kehendak orang ramai khasnya pendokong Pakatan Rakyat.

Menamakan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid dan tanpa menggunakan nama Wan Azizah merupakan tiga subjek yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pagi ini.

Dua lagi ketetapan atau sikap diambil Pas seperti mana diumumkan dalam kenyataan akbhar ditanda tangani Presiden Pas Abdul Hadi Awang, dan dibaca timbalannya Mohamad Sabu ialah Pas tetap akan komited untuk bersama Pakatan Rakyat meneruskan "tahalul syiasi" dengan PKR dan DAP.

Satu lagi subjek Pas bersetuju empat orang Exco daripada Pas terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas. Pas juga mengulangi mereka tidak akan tuntut kerusi MB.

Perjalanan mesyuarat hari ini dilaporkan lancar dan tidak ada pergeseran pandangan. Abdul Hadi bersama Majlis Syura Ulamak (MSU) sebelum ini menyatakan sokongan kepada Khalid akur dengan keputusan majoriti dan ia merupakan tindakan penuh berhikmah.

Mengenai siapa pengganti Khalid sama Dr Wan Azizah atau Mohamed Azmin Ali kini terpulang kepada PKR yang akan mengadakan mesyuarat petang ini. Sebaiknya PKR menerima dan menghormati cadangan daripada Pas bagi mengelakkan parti itu tidak bercanggah dengan Pas.

Kesediaan Abdul Hadi mengendurkan cadangannya mempertahankan Khalid memberi gambaran presiden Pas itu bersikap terbuka (tasamuh) dan sedia menerima pandangan umum. Tanggapan beliau menggunakan kuasa proregetifnya sebelum ini kurang tepat.

Perubahan sikap Abdul Hadi itu dilihat satu pengorbanan besar beliau dan kebijaksanaan dalam menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan dan juga Pas sendiri. Selain itu Abdul Hadi juga tidak termakan dengan dendangan dan pywar yang dilakukan oleh golongan mukallaf politik dimana lebih bersikap

Apa yang dapat dikutip dari rumusan mesyuarat hari ini ialah, Dewan Syura Ulamak (MSU) yang sebelum ini excited dalam membuat keputusan awal berhubung kedudukan Khalid Ibrahim hendak menilai kembali sikap dan pendirian mereka yang kurang tepat dengan kedudukan badan itu merupakan badan tertinggi dalam Pas.

Kekecohan dan kekeliruan yang berlaku sebelum ini disebabkan badan berkenaan tergesa-gesa membuat keputusan mendahului eksekutif parti. Untuk masa depan MSU perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan dan mengambil sikap politik bagi menjamin ia sebuah badan yang dihormati.

Disebabkan kerana kurang hemat itu martabat MSU sedikit terjejas kerana pandangan dan sikapnya dalam hal Khalid ini dialpakan begitu sahaja. Cara MSU bertindak sebelum ini juga kurang "izzah" dimana ia memberi gambaran mereka yang menganggotai dewan itu tidak memahami kondisi mereka.

Yang penting apa yang dicapai oleh mesyuarat hari ini hendaklah diterima semua pihak terutamanya dalam Pas tanpa dakwa dan takwil. [wm.kl.12:56 pm 17/08/14]

7 comments:

  1. Jika berlaku kebakaran, setiap anggota bomba dan peralatan hendak dlm keadaan siap sedia, bukannya hantar peninjau terlebih dahulu meneliti keadaan. Api tidak menunggu atau rehat biarpun sebentar cuma.
    PAS, kenapa lengah bertindak? Tidak cukup bersediakah selama ini?

    ReplyDelete
  2. Seniwoman

    Jika PAS terikut tari gendang tari DAP,PKR hari tue....

    Hanya nama DSWA di persembahkan kpd Sultan utk jdi MB klu lh Sultan x berkenan (maaf andaian)mcm mana?

    PAS PKR dgn DAP jadi kelangkabut dgn perintah Sultan di hadapan dgn rakyat menjadi pecah belah di belakang..masa tue lah UBN atau AMNEO masuk jarum..coz MB yg ada i.e TSKI terkapai sorang sorang ambil keputusan drastik Bubar DUN dsn..

    Lagi haru biru..

    skg ok lah tempuh bertenang PAS menampakan hasil Singkir TSKI masukan dua nama yg telah kita ketahui.

    Terpulang pada Sultan mau DSWA atau Azmin...Stop.

    Insya Allah.

    jgn maree ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih IJ80, personal an yg timbul adalah PAS sepatutnya telah mengkaji semua kemungkinan sebaik shj 'Langkah Kajang' mengorak langkah, dgn itu keputusan segera boleh dibuat mengikut kemungkinan yg telah difikirkan. Itulah yg hendak dimaksudkan tadi, PAS kena bingkas memaparkan profesionalnya proaktif dan bukan pasif.

      Delete
  3. Kita sama-sama tunggu apa tindakan Khalid seterusnya. Tidak mustahil Sultan akan perkenankan untuk bubar DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Adakah BN hanya akan berdiam sahaja?

    ReplyDelete
  4. Tuan MSO

    Alhamdulillah satu keputusan yang diharapkan oleh semua pihak. Satu keputusan yang melegakan tetapi kita telah lihat ulangtayangnya berkali-kali ditunjukkan oleh PAS apabila sudah tak ada pilihan. Ini adalah salah satu ciri k3pimpinan PAS dibawah Presiden sekarang.

    Kita akan terus saksikannya berkali-kali lagi U-Turn seperti ini dimasa hadapan jika PAS tidak mengambil tindakan memperbaiki perjalanan PAS dan pelajaran dari apa yang berlaku.

    Kesan kepada kredibiliti PAS dari episod ini jauh lebih besar berbanding dengan u-turn2 yang dibuat oleh PAS sepanjang 6 tahun bersama Pakatan. Kali ini kredibiliti PAS telah hancur lebur diluar kubu-kubu tradisi PAS di pantai timur dan Kedah. Tahap ketidak percayaan kepada PAS dikalangan orang bukan melayu dan orang melayu diluar PAS di pantai barat adalah naik dengan mendadak. PAS FOR ALL sudah menjadi arwah!

    Tuang Presideng dan p3mimpin-pemimpin PAS perlu duduk dan melakukan post mortem yang serius dan memulakan proses reformasi di dalam PAS untuk kekal relevan. Badan-badan penting yang menjadi organ penting PAS seperti MSU dan Dewan Ulamak PAS perlu dirombak dan membersihkan keanggotaannya dari puak-puak yang memperalatkan kedua badan ini untuk agenda mereka.Kekalkan kedua badan ini sebagaimana s3b3lumnya.

    PAS juga mesti merapatkan kembali perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli yang dipisahkan ol3h garisan ulamak dan profesional. Mungkin dalam hal ini PAS boleh melihat balik sistem tarbiahnya agar mengambilkira apa yang telah berlaku dan perancangan masa depan yang lebih realistik dengan perkembangan zaman.

    Keduanya, PAS perlu mengerakkan usaha untuk mengembalikan kredibilitinya yang sudah hancur lebur. Ini juga amat penting. Saya percaya PAS mempunyai ramai ahli yang mempunyai kepakaran dalam rebranding, komunikasi dsbnya. Tubuhlah satu pasukan khas yang terdiri dari mereka yang berkemampuan samada dari golongan agamawan atau profesional.

    K3tiga, PAS perlu mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan Kerajaan PAS Kelantan dari berkubur didalam PRU 14 nanti. Tanda-tanda jelas bahawa kerajaan PAS Kelantan akan kecundang begitu jelas. Ini sahaja yang PAS ada sekarang. Maaflah kalau bunyi kasar - kalau PAS Pusat kena tukar k3pimpinan kerajaan negeri pun, lakukanlah. PAS itu l3bih penting dan besar dari individu-individu. Apatah lagi jika boleh merugikan PAS dan perjuangan Islam.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pendapat bat8. Apakah Kelatan bakal jatuh ketangan BN setelah berakhir era TGNA? Kejatuhan Kedah pada pilihanraya lalu sepatutnya dijadikan iktibar yang berguna.

    ReplyDelete
  6. Assalam... Saudara MSO.. pada pandangan saya tidak ada percangahan antara keputusan Majlis Syura dengan keputsan Mesyuarat semalam... Keputusan Majlis Syura yang lalau bersyarat, dengan meletakkan keadilan dihadapan... dengan persoalan.. kenapa Khalid perlu digugurkan.... tetapi apabila PKR dah tendang khalid, maka sah dia telah keluar dari PR dan secara automatik penyataan sokongan Majlis Syura terbatal... keadaan ini seolah kita memulangkan masalah tersebut kepada PKR... dan keputusan PAS menamakan Azmin sebagai nama tambahan untuk menyatakan pendirian kita bahawa kita menolak NEPOTISM seperti yang diamalkan oleh UMNO-BN yang ditentang oleh PR .... Jangan PAS dilihat seperti kerbau dicucuk hidung.. PKR dan DAP perlu hormati pandangan PAS

    ReplyDelete