Sunday, August 17, 2014

Debaran nanti hasil mesyuarat Pas

KEMBANG PAGI                                                                               

Beberapa jam saja lagi kita semua akan dapat jawaban dan penentuan daripada Pas berhubung kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor yang kini sudah merebak dan membusuk ke seluruh negara. Jam 10:00 pagi ini Pas akan bermesyuarat bagi menentukan hala tuju Pas dan juga mencari penyelesaian kepada kemelut yang berlaku kini. Keptusannya mendebarkan.

Teta teki bermain di kepala orang ramai ialah apakah keputusan yang akan diambil dan dibuat oleh Pas kelak. Ia juga dilihat penting kerana mesyuarat pagi ini bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat. Rakyat di luar sana menanti dengan penuh debaran. Mereka yang mempercayai Pakatan Rakyat satu pakatan keramat yang boleh meruntuhkan Umno-Barisan Nasional (UBN), sangat berharap Pas tidak akan mengambil keputusan memeranjatkan.

Apa yang mereka harapkan Pas akan kekal bersama PKR dan DAP bagi memantapkan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan UBN sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Pemerhati dan pendokong Pakatan Rakyat yakin dalam PRU ke-14 kelak UBN akan runtuh dan jatuh. Keyakinan ini berpandukan kepada pencapaian memberangsangkan dua pilihan raya lepas, dimana kedudukan atau "jiha" Pakatan semakin menyerlah.

Atas hakikat itulah juga rakyat menjadi sayang dan meletakkan harapan kepada Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib dan negara. Kalau Pakatan Rakyat terpaksa direlaikan mereka sedih, kesal dan amat mengecewakan. Mereka merasakan sokongan yang diberikan sejak hampir 10 tahun lalu sia-sia sahaja. Kehancuran Pakatan Rakyat akan memberi kekuatan baru kepada UBN dan parti itu akan terus tenggala tanah "tigatujuhkosong" ini sesuka hati dengan rakusnya.

Hendaknya mesyuarat Pas pagi ini memberi keyakinan baru kepada semua pendokong dan rakyat. Keputusan bakal diambil juga akan meletak semula keyakinan rakyat kepada Pas sebagai parti agama dan Melayu sebagai mengganti Umno. Beberapa keputusan atau pendirian pemimpin Pas sebelum ini ada sedikit mengilan dan menyedihkan. Tetapi ia tidak bermakna akan membawa kemudaratan. Pas boleh menyelamatkan keadaan dengan memutuskan sesuatu yang adil dan saksama. Selamanya Pas bermusyawarah berlandaskan prinsip dan hukum agama.

Persoalan yang menjadi tanda tanya dan dinanti-nantikan hari ini apakah Pas akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Persoalan ini rasanya tidak perlu diragui sekiranya kenyataan dan jaminan diberikan pemimpin Pakatan Rakyat boleh dipercayai. Tidak ada mana-mana pemimpin Pas yang menyatakan mereka ingin meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dua Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub memberi jaminan agar jangan bimbang dengan kesetiaan dan kesungguhan Pas bersama Pakatan Rakyat. Manaka Husam Musa pula memberi peringatan yang Pakatan Rakyat perlu dipertahankan untuk tidak melihat Pas gagal selama 30 dekat lagi.

Cuma kalau ada pun yang mahu Pas meninggal Pakatan Rakyat dan bersedirian keluar dari pendokong atau ahli parti yang tidak mukallaf.

Pas tidak seharusnya menerima pandangan dan cadangan daripada mereka yang tidak mukallaf. Mereka yang mahukan agar Pas meninggalkan Pakatan dan bergabung dengan Umno, adalah mereka yang berkepentingan. Mereka yang seronok dan mengecapi nikmat dunia dengan kedudukan yang sedia ada dan mahu mengekalkan kedudukan itu. Mereka membuat perhitungan mudah sekiranya Pas bergabung kuasa dengan Umno, maka kedudukan dan jawatan yang mereka sandang kini akan kekal.

Misalnya kalau mereka kini ahli parlimen atau Adun atau pun memegang sesuatu jawatan di GLC dengan elaun puluhan ribu, mereka inilah yang mahukan bersama Umno atas keyakinan mereka dapat mengekalkan kedudukan mereka.

Jadi orang seperti ini adalah bukan pejuang sebenar tetapi mereka adalah oportunis dan pengkhianat. Mereka yang ikhlas berjuang tidak akan memikirkan soal kepetingan diri lebih awal dan akan meletakkan soal kepentingan pejuangan di hadapan. Mereka juga sedia untuk meninggalkan jawatan atau kehilangan gaji, elaun dan segala bayaran asalkan perjuangan mereka dapat ditegakkan.

Pas harus waspada dengan makhluk seperti ini yang berselindung dan mempertahankan kepentingan diri dengan ayat-ayat Tuhan dan hadith-hadith Nabi.

Besar kemungkinan masalah keluar daripada Pakatan Rakyat tidak akan dibincang pagi ini. Ia tidak perlu dibangkit dan berbangkit. Cadangan atau pandangan dari luar yang terbit dari hati mereka yang frustasi tidak wajar dilayan.  Topik ini hendaklah dijauhkan daripada terbetuk dalam kepala mana-mana 38 orang ahli jawatankuasa kerja Pas.

Selain itu tumpuan mesyuarat pagi ini ialah kepada soal masalah Abdul Khalid Ibrahim yang liat untuk meletak jawatan. Seperti mana dikatakan Pas terutamanya Presiden Abdul Hadi Awang tidak relevan lagi untuk terus mempertahankan Khalid Ibrahim kerana beliau sudah dipecat daripada PKR. Mempertahan Khalid sepertilah Pas ingin mencari balah. Khalid bagi Pas kini samalah dengan sebutir permata yang sudah tertanggal dari bingkai (palam). Mempertahankan Khalid bermakna Pas sengaja mahu sakitkan hati PKR.

Terbaik Pas kena kemukakan calon baru kepada PKR. Dan apabila Pas mengemukakan calon alternatif, jangan pula PKR menolaknya dan masih berkeras mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail. PKR perlu bersikap terbuka dan menghormati cadangan Pas. Kita yakin Pas juga ada alasan munasabah kenapa mereka berkeras tidak mahukan kepada Dr Wan Azizah.

Mengenai Wan Azizah sebagai calon ini MB, Setiausaha Agun Pas, Mustafa Ali menjelaskan yang Pas tolak Azizah bukan kerana beliau perempuan, tetapi sebab-sebab lain. Apakah sebab-sebab itu Pas tidak menjelaskannya. Tanpa menjelaskan menyebabkan timbul berbagai persoalan dan prejudis kepada Pas. Ada yang menganggap Pas berdegil dalam soal ini dan tidak menghormati kepada demokrasi. Dalam satu posting saya sudah menjelaskan walaupun Azizah mendapat sokongan majoriti, Khalid tidak akan mudah untuk turun?

Biarlah di sini saya berterus terang memberi tafsiran kenapa Pas tidak boleh menerima Wan Azizah. Bukan semata-mata kerana Wan Azizah seorang perempuan, tetapi kerana pihak Istana tidak sedia untuk menerima Dr Wan Azizah menjadi MB. Pihak istana sudah memberi isyarat awal mengenai hal ini apabila menolak untuk menerima Wan Azizah menghadap.

Mereka yang tahu bahasa istana dapat mengagak apa yang telah berlaku. Jadi atas hakikat itulah maka Pas tidak bersedia menerima Azizah sebagai MB kerana Presiden PKR itu ada masalah. Kalau Pakatan mengemukakan juga Wan Azizah sebagai calon MB mungkin ianya tidak diperkenankan sultan. Pas tidak ada keupayaan untuk menyelesaikan ini, lagi pun Pas lebih mengutamakakan kepada keselamatan Pakatan Rakyat.

Barang kali tidak perlu dijelaskan lebih lanjut apakah sebab musababnya. Sesiapa yang ingin tahun boleh telefon saya dan ajak minum tea tarik.

Dalam soal ini Pas agak berhemah. PKR atau mana-mana jua pihak tidak boleh meletakkan kesalahan kepada Pas tetapi pihak yang perlu dipersalahkan ialah istana. Apakah kita berani? Dan Pas boleh dipersalah atau diludah sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk berpisah dengan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu Pas sudah pasti akan mengemukakan calon lain sebagai alternatif kepada Dr Wan Azizah. Untuk menyenangkan cerita dan menamat segala sengketa, PKR dan DAP perlulah menerima calon dikemukakan oleh Pas kelak. Jangan cuba mencari alasan untuk menolaknya. Perkara paling penting dan perlu diutamakan oleh PKR, DAP dan Pas ialah memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan selamat.

Dan mesyuarat MPT PKR petang hendaklah menerima solusi Pas itu. [wm.kl.9:31 am 17/08/14]

4 comments:

  1. Apakah PKR akan bersetuju dengan cadangan PAS? DSAI akan tunduk pada desakan Hadi? Sama-sama lah kita tunggu....

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Perkara yang terp3nting yang menjadi ag3nda mesyuarat PAS hari ini ialah membantu menamatkan suasana gila yang berlaku dalam kerajaan Selangor hari ini dan menamatkan " reign of terror" TSKI secepat mungkin.

    Ini tanggungjawab PAS yang terakhir bersama Pakatan diatas asas kerjasama yang dibentuk sebelum PRU 2008. Soal PAS mahu kekal bersama Pakatan selepas melaksanakan tanggungjawab terakhir tersebut, baru bol3h cerita pasal PAS nak kekal bersama Pakatan pasca kemelut yang melanda kerajaan Pakatan Selangor.

    Perkara ini bukan semudah buat keputusan mahu kekal sahaja. Pertama, kredibiliti PAS yang ada selama ini telah hancur. Dari kedudukan saham politik-saham PAS telah jadi petty stock, nilai sen-sen je.

    Keberadaan PAS bersama Pakatan selepas ini akan m3ncemarkan dan menarik turun kredibiliti PKR dan DAP.

    Sebenarnya, tugas mengembalikan kredibiliti dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat lebih sukar jika PAS masih kekal bersama Pakatan berbanding jika PAS keluar. DAP dan PKR mempunyai peluang l3bih cerah dan l3bih banyak pilihan untuk membuat rebranding Pakatan Rakyat tanpa PAS.

    Kedua, jika PAS mahu kekal didalam Pakatan, pucuk pimpinan PAS kena lebih tegas mengawal kelompok-kelompok yang mempunyai agenda peribadi menggunakan platform PAS. Pucuk pimpinan kena tegas dan mengambil tindakan disiplin atau mengambil tindakan untuk mendisiplinkan kelompok-kelompok ini yang boleh meruntuhkan PAS.

    Betul PKR juga perlu mengawal ahli-ahlinya. Tetapi kerosakan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok didalam PAS jauh lebih kerap dan merosakkan Pakatan Rakyat.

    Jika PAS mahu kekal dengan stail lama, adalah l3bih baik PAS berada di luar Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh m3njadi dedalu. Jika nak m3njadi dedalu, join UMNO. Kita nak t3ngok bol3hkah PAS berperangai seperti b3rada didalam Pakatan.

    ...............

    Mengenai pencalonan DSWA sebagai MB m3ngantikan TSKI, s3benarnya PAS tidak mempunyai hak dan patut m3nghormati keputusan dalam soal perlantikan MB dinegeri-negeri yang diamanahkan kepada parti tentu. Sikap ini ditunjukkan oleh PKR dsn DAP dalam kes krisis kerajaan PAS Kedah. Akibat sombong, bukan sahaja PAS yang rugi tetapi Pakatan Rakyat juga rugu dalam konteks politik diperingkat nasional.

    Lagipun, dalam kedudukan kredibiliti PAS yang sudah hancur lebur, PAS tidak ada hak untuk tunjuk keras kepala diatas sebab apa pun. Jauh sekali berselindung disebalik khabar angin atau agak-agak sahaja yang Sultan Selangor menolak DSWA sebagai MB.

    Dalam hal ini PAS sepatutnya menyokong pencalonan DSWA. Kita tidak pasti berita tuanku menolak DSWA. Pihak istana pun tak buat statement.

    Sokong pencalonan DSWA dulu. Jika istana menolak, kita s3mua pasti bukan s3kadar dengar cakap-cakap. Istana juga terikat dengan undang-undang. Tak boleh bertindak seperti zaman dulu.

    Jika istana m3nolak DSWA baru kita bincang balik. Sekurang-kurang duduk perkara jelas dan terang.

    ReplyDelete
  3. spt Prof argus kata, sbrg keputusan mesyuarat pas tidak lagi relevan. DSWA dah ada majoriti.
    agenda mesyuarat patut menjawab soalan adakah pas bersama pakatan atau tidak?

    Petikan dr blog mae:

    Puak yang mempertahankan Khalid, adalah mereka yang TIDAK SUKAKAN kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PKR dan juga pemimpin yang disebut sebagai perdana menteri dalam penantian. Dalam kata mudah mereka tidak mahu Anwar memimpin PKR dan juga menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab musababnya ialah kerana mereka tidak boleh menerima Anwar kerana moralnya. Dalam kata terus terang, mereka mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar yang dipersembahakna oleh Umno khasnya mengenai liwat. Orang yang waruk tidak dapat menerima Anwar?

    Tuduhan yang setengahnya fitnah mentah diacarakan Umno ditelan bulat-bulat oleh pemimpin Pas. Apabila pihak KDN menayangkan video sulit Anwar kepada mereka (sesetengahnya) mereka terus menelan dan mempercayai? Mungkin ramai orang tidak tahu KDN telah mengadakan tayangan perdana eksklusif filem mengenai Anwar Ibrahim dan antara penonton kelas pertamanya adalah pemimpin Pas.

    Pendirian dan kebencian golongan ini dalam Pas tidak boleh dinafikan. Kerana itu mereka menyerang dan cuba menyekat agenda Anwar bukan sahaja dengan isu Khalid hendak digugurkan ini dan diganti dengan Dr Wa Azizah Wan Ismail, tetapi menerusi beberapa strategi atau tindakan politik lain sebelum ini. Cukup kalau disebutkan beberapa contoh, misalnya mengenai projek 16 September, Kajang Move dan juga pertemuan dan perbicangan sulit beberapa pemimpin Pas dengan Abdullah Badawi, kemudian dengan Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

    Klimeks kepada tindakan mereka yang seharusnya sudah diinsafi oleh Anwar ialah apabila Pas mengemukakan nama Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri bagi menggantikannya menjelang pilihan raya umum ke-13. Tindakan-tindakan berupa tikam belakang itu semua adalah cerminan kepada kebencian dan penolakan mereka kepada Anwar. Ramai yang beranggapan agenda menukar Anwar dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai rekayasa, tetapi saya hendak tegaskan saya mengetahui hal ini dari A sampai Z daripada mulut tuan-tuan tubuh berkenaan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Satu tulisan yg mantap dan komen-komen yg akademik dan profesional. Syabas dan tahniah MSO, warga WARIS kita yang bisa menganalisis dan mengupas isu-isu politik semasa negara dengan baik, tersusun dan kemas, khususnya politik di negeri Selangor, serta meramalkan apa yg bakal berlaku. Tqvm

    ReplyDelete