Thursday, August 14, 2014

Rodziah juga ikut bersama lima Exco yang lain

KENYATAAN                                                                                    

Rodziah Ismail.
Kesemua Exco PKR dan DAP telah mengambil sikap rela dipecat dan meletakkan maufakat Pakatan Rakyat lebih penting daripada kepentingan diri dan puak. Terbaru Rodziah Ismail yang baru pulang dari luar negeri mengumumkan pendiriannya untuk tidak bersama Khalid.

Khalid bertindak memecat enam orang Exco tiga daripada DAP dan tiga daripada PKR kerana mereka minta undi blok mengenai kedudukan Khalid. Kesemua mereka hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai MB selepas beliau dipecat oleh partinya.

Rodziah memegang porfolio Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita merupakan salah seorang Exco yang tidak bersama semasa mengumumkan pendirian mereka menentang Khalid Ibrhaim dibuat. Hari ini Rodziah telah menyatakan sikapnya sama dengan lima rakannya yang lain. Beliau tidak dapat menyatakan sikap dan pendiriannya bersama lima rakan Exco lain kerana ketika keputusan itu diambil beliau berada di Bangkok.


Dalam kenyataan yang dikirimkan ke blog ini pagi ini, Rodziah menjelaskan dia akan akur dengan keputusan parti yang dianggotainya demi menunaikan amanat memelihara mandat yang telah diberikan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Pendirian Rodziah itu dilihat beliau sebagai seorang ahli politik yang profesional, tidak mementingkan diri dan rela kehilangan kemudahan kerana prinsip. Pendirian seperti itulah yang harus ada pada diri seseorang pemimpin atau parti.

Sikap Rodizah itu juga mungkin sedikit sebanyak memberi cabaran kepada empat Exco Pas yang tetap bersama Khalid walaupun Khalid Ibrahim tidak lagi mewakili PKR atau Pakatan Rakyat. Empat Exco Pas yang bersama Khalid membentuk kerajaan LIMA ORANG ialah, Iskandar Samad, Sellehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Mohamad Ali.

Berikut adalah kenaytaan penuh Rodziah:

Sejak 11 hingga 13 Ogos 2014 lalu, saya telah mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam satu kursus politik di Bangkok, Thailand dan telah kembali ke tanahair lewat malam semalam.

Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor.


Rodziah Ismail. [wm.kl.10:39 am 14/08/14]

1 comment:

  1. Wahai PAS, Dengarlah suara rakyat kerana rakyat yg memilih PR. Urusan penting perlu di segerakan dan bukan melengahkannya.

    ReplyDelete