Salam penjeguk budiman:
Siapa untuk diedar. |
Sudah tentu tujuannya untuk dijadikan iktibar. Gelora politik di Kedah dan klimksnya sehingga meranapkan sebuah kerajaan dicitakasihkan rakyat yang ingin melihat berlakunya politik baru negara, sangat penting untuk direnungi dan menjadi sempadan di masa akan datang.
Ia bukan sahaja untuk rakyat Kedah terutamanya orang-orang Pas dan PKR, tetapi untuk rakyat atau orang dingeri lain juga. Tujuan dan maksud tersirat ialah agar apa yang berlaku di Kedah itu tidak akan berulang di negeri lain. Apa yang berlaku di Kedah akan menjadi sempadan dan diambil perhatian agar perkara sama berulang sekali lagi lagi.
Barang kali sudah dijanjikan politik Selangor bergelora dan mengelegak dengan isu pengguguran Khalid Ibrahim sebagai MB kemudian hendak diganti dengan orang lain. Tidak mudah proses itu. Sehingga sekarang ia masih berkecamukkan dan peta minda pemerhati politik juga sama. Walaupun pengakhirannya sudah makin jelas namun ia tetap suspen.
Mungkin sudah terlewat tetapi masa masih ada untuk sesiapa juga membaca atau menggali apakah yang ada di sebalik politik di Kedah sehingga menyebabkan kerajaan PAS jatuh pada pilihan raya umum lepas. Cerita di Kedah yang sudah berlalu itu hampir sama dengan cerita di Selangor. Ia bertolak daripada nafsu hendak menggugurkan MB manakala MB pula berkeras untuk tidak berundur serta sanggup menafikan apa saja hakikat ke atas dirinya.
Apakah gelora di Selangor akan turut menghanyutkan pemain-pemainnya ke muara seperti di Kedah? Buku terbaru saya ini menjawab persoalan itu. Atau setidak-tidaknya memberi bayangan bagaimanakah ia akan berkesudahan.
Buku setebal 240 muka surat disertakan dengan foto penuh nostalgik dan tiga keping surat yang menekan perasaan dan jiwa bekas MB Allahyarham Azizan Abdul Razak dimuatkan dalam buku ini buat pertama kali sebagai bahan tatapan dan kenangan sejarah.
Mana-mana penjengok blog ini yang berminat untuk memilikinya boleh membuat tempahan menerusi online. Ataupun WhatsApp ke nombor 013 233 6776. [wm.kl.5:03 pm 10/09/14]
Tahniah Sdr.Mohd Sayuti Omar... Saya benar2 tidak sabar untuk memiliki buku tersebut!
ReplyDelete