Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Banir Munir hari ini membolehkan mereka yang mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor ranap tersenyum puas sendirian sambil mengelus-eluskan dada dengan penuh kelegaan. Kenyataan Banir Munir itu sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang mahu melihat kerajaan Selangor "berkucar wak yah".
Atas kebijaksanaan Raja boleh dijadikan kuda. |
Hari ini pejabat Sultan Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan yang pedih terhadap PKR dan DAP, berhubung dengan tindakan kedua-dua parti berkenaan yang menghantar hanya satu nama sahaja untuk diangkat menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim.
Sultan telah mengutuskan surat meminta kedua-dua parti itu termasuk Pas menghantar lebih daripada satu nama, bagaimana kedua-dua parti itu engkar dan tidak sedia mematuhi kehendak sultan. Keenggan itulah maka parti itu dianggap engkar dan derhaka.
Dengan berpegang kepada keputusan awal yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden kedua-dua parti itu menghantar hanya satu nama sahaja, yakni Dr Wan Azizah Wan Ismail. Berbeza dengan Pas yang menghantar dua senarai nama, dimana dalam kedua-dua senarai itu tidak sama sekali memasukkan nama Wan Azizah walaupun dalam mesyuarat Jawatankuasa 17 Ogos telah memutuskan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai pengganti Khalid.
Pas bukan sahaja dilihat tidak jujur dan akur kepada keputusan mesyuarat eksekutifnya sendiri, tetapi belot apabila turut menamakan dua orang Exconya sebagai pengganti Khalid. Dari sudut semangat setiakawan, tindakan Pas itu dilihat tidak jujur, tetapi dari segi muslihat politik ia satu tindakan licik dan bijak. Pas benar-benar bermian politik.
Awal-awal lagi saya telah membayangkan permainan Pas itu, tetapi waktu itu ramai yang tidak mahu mengiyakannya dan menganggap Pas sebagai pandir yang lurus dan dungun.
Hari ini apabila Sultan Selangor menyifatkan tindakan DAP dan PKR itu sebagai engkar titah baginda dan ia boleh dianggap derhaka, orang menyuluh yang Pas bukan sahabat yang baik dan jujur. Pas cuba melepaskan dirinya daripada berdepan dengan masalah. Dalam hal ini Pas bukan sahabat yang rela sehidup semati, tetapi lebih bersifat selfish atau dalam istilah kasar sanggup "mencolekkan" kapur di dahi semasa berada di Calcutta.
Tetapi dari sudut lain tindakan Pas itu walaupun selfish, tetapi ia bijak. Pas pandai mengambil hati sultan dan mengawal keadaan agar parti itu tidak dimurkai oleh sultan sebaliknya dikasihi sultan. Mungkin Pas sudah belajar dengan Najib Razak, mengenali kuasa dan budibicara yang ada kepada sultan dalam proses memilih MB Selangor. Najib dilaporkan ketika mengulas mengenai kemelut di Selangor menyifatkan yang PKR tidak tahu kuasa sultan. Atau pun Pas sudah serit dengan apa yang berlaku di Perak pada tahun 2009 sehingga kerajaan Pakatan Rakyat berketuakan Pas sebagai MB jatuh terjelapak makan tanah dua cupak.
Pas tidak berpegang kepada pandangan atau nasihat pakar perlembagaan yang melihat secara lateral bahawa kuasa melantik MB itu terletak kepada parti yang mendapat majoriti. Sebagai parti (Pas) yang mempunyai semangat Melayu dan menghormati sultan, Pas pandai menjaga hati sultan. Sekali lagi Pas menjaga kepentingannya tanpa mempedulikan nasib kawan lain. Apakah tindakan Pas ini hendak dicap sebagai tidak bersikap setiakawan, jahat atau pun menikam dari belakang? Ia subjektif. Semua orang harus sedar Pas berada dalam lingkaran politik sekular, bukan Islam.
Tidak dinafikan tindakan DAP dan PKR itu akan disuluh sebagai biadap. Bagi kaum atau individu meletakkan sultan di tempat tertinggi, maka sultan dilihat berkuasa ke atas apa sahaja. Setiap titah perintahnya wajib dipatuhi. Konvensyen atau perlembagaan yang digubal yang menghadkan kuasa raja dan sultan itu tidak akan terlaksana kerana bangsa Melayu akan lebih tunduk kepada adat resam. Kadang-kadang soal adat dan resam diletakkan di atas undang-undang agama.
Pas memahami akan kelemahan bangsa Melayu ini. Sejarah dan amalan ini yang menggerunkan Pas. Perhati sahaja kepada penghormatan yang diberikan kepada raja yang berbunyi Duli Yang Maha Mulia yang mana menimbulkan percanggahan dari segi kewajarannya.
Untuk menekan dan mempermainkan sultan bukan tidak boleh. Ia boleh dilakukan, tetapi dengan penuh berhikmah. Sultan juga ada kelemahan dan kecacatan kerana mereka bukan maksum, tetapi kelemahannya boleh ditegur dengan penuh taktikal. Sultan boleh ditukar sebagai tidak sultan kalau kena cara dan gayanya.
Dalam soal ini PKR dan DAP tidak belajar dengan Seniman Agung P Ramlee. Kalau DAP jahil mengenai hal ini tidak kisah sangat kerana mereka kebanyakkannya Cina, dan kalau ada Melayu dalam parti itu masih mentah. Tetapi yang musykilnya ialah PKR, sebuah parti yang mengikut Saifuddin Nasution Ismail ditunjangi oleh Melayu.
Cuba tengok apa yang P Ramlee lakukan ke atas sultan dalam filem Musang Berjanggut dan Nujum Pak Belalang. P Ramlee boleh mainkan sultan dengan mudah dan selamba sahaja tanpa sultan terasa hati kepada tindakannya. P Ramlee perkenakan sultan dalam jenaka halus sehinggakan sultan tidak merasai mereka diperbodohkan.
Misalnya dalam filem Nujum Pak Belalang, P Ramlee mendenda sultan agar merangkak dalam gua untuk mendapat semula mahkota dan puterinya yang dicolek oleh perompak. Manakala dalam filem Musang Berjanggut pula macam mana P Ramlee menjadikan raja sebagai kuda yang ditunggang oleh Puspawangi (Saadiah).
Apa yang dilakukan P Ramlee adalah untuk menyindir tingkah laku sultan sekaligus merendahkan martabat sultan yang rakus, bernafsu serta tidak profesional. Atas bijaksana caranya bertindak menegur sultan, memperbetulkan kesalahan sultan atau untuk meletakkan sultan sebagai hamba Allah, P Ramlee lakukan segala perbuatan itu. Sultan tidak murka kepada P Ramlee sebaliknya diangkat menjadi panglima. Nah, di sinilah kebijaksanaan P Ramlee dalam berdepan dengan sultan yang harus dihadam oleh pemimpin Melayu dalam PKR dan juga DAP.
Sepatutnya PKR terutama Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Mohd Rafizi Ramli mengambil iktibar dan belajar daripada P Ramlee. Selepas itu mereka mengajar dan memberi tahu pula kepada Lim Guan Eng. Saya percaya kalau mereka berhikmah dan bijak berdepan dengan sultan kerumitan yang sedang dihadapi kini, yang telah meletakkan PKR di tubir kehancuran tidak akan berlaku.
PKR dan DAP juga tidak akan dianggap sebagai derhaka. Dalam permainan ini Pas boleh dipuji, tetapi dari sudut setiakawan Pas patut dikecam dan dianggap sebagai kawan yang curang. Jika Pas seekor monyet yang kini berada di atas pokok, dia hanya memberi kulit kepada PKR dan DAP sementara dia memakan pisang sambil menyimpan dalam mulut, sehingga kembung pipi sebesar bola golf.
Ingatan kepada Pas, pisang yang dikemeng dalam mulut itu jangan terlalu lama kerana ia akan basi. Ia juga tidak dibenarkan melompat kegembiraan terlalu tinggi sangat nanti pisang "terkebak" keluar dari mulut. Auhhhhhh.. [wm.kl.5:46 pm 08/09/14]
Kata Ibrahim Pendek "kita lihat siapa yang kena?" Apakah Anwar atau UG PAS yang kena? Tembelang puak2 Yang berkepentingan ni x kan terbongkar smpi ke tahap ni jika kita tak berani pergi sejauh ini.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM PAK MSO..! YANG SEBENARNYA NAMA PAKATAN RAKYAT INI TAK DE HAKIKAT WUJUD NYE..! CUMA GEMBAR GEMBUR SEPERTI ORANG TAKUTKAN PONTIANAK SAJA..! TERDENGAR BEGITU MENGERIKAN TAPI TAK PERNAH BERJUMPA DENGAN SEEKOR PUN..!
ReplyDeleteSebenarnya banyak peristiwa terjadi diantara Rakyat dan Sultan tapi malang sekali tapi tiada siapa ambil Iktibar,Sultan Atau Rakyat melupakan peristiwa bagai kata Dr.Mahathir" melayu sudah lupa" macam dia juga.Pernah Sultan menolong Orang Melayu dan Orang Melayu menolong Sultan takan lupa kot ?Disuatu masa nanti Sultan diperlukan kepadanya dan Rakyat diperlukan Sultan Sultan.Boleh faham kot?.Kepada Sultan dan Rakyat jangan lupa Solat,jangan tertipu dengan yang menyangka mereka sudah telalu bijak macam iblis.Sebijak Iblis dia tetap mendapat setiap keizinan Allah.Fikir fikirkan mendalam.
ReplyDeletePkr Dan dap JD hang jebat, pas pula nak JD hang tuah...rakyat sila pilih...
ReplyDeleteDari satu aspek apa yang diutarakan oleh tuan MSO memang ada logiknya. Soalnya mengapa Dato Sri Anwar Ibrahim yang menguasai gelanggang PKR tidak mahu bergurukan P.Ramlee? Pada hal DSAI dikatakan turut meminati filem dan lagu2 P. Ramlee! Bagi saya di sinilah terserlahnya kehebatan DSAI sebagai pejuang politik rakyat di Malaysia ini.
ReplyDeleteMungkin bagi beliau apa yang ditampilkan oleh P.Ramlee dalam filem2nya adalah sekadar lawak atau humor yang tidak mungkin diterapkan. Beliau enggan untuk menjadikan politik Malaysia ini ke tahap lawak seperti yang sedang terjadi sekarang.
Kita tahu dan kenal DSAI dan perjuangannya untuk membela rakyat marhaen. Dalam memperjuangkan hak rakyat ini memang halangan terbesarnya adalah UMNO dan para bangsawan yang tindak tandoknya sentiasa memperlihatkan sifat tidak mementingkan rakyat tetapi lebih mengutamakan golongan masing2. Kalaulau kedua2 golongan ini punya hati nurani ikhlas untuk memberi kemakmuran kepada rakyat maka rakyat Malaysia akan jauh lebih makmur dari apa yang ada sekarang kerana negara kita ini sebuah negara yang kaya dengan segala macam hasil.Tapi sayangnya hanya segelintir manusia saja yang memobolot segala potensi kekayaan yang wujud ini. Dan kita tahu DSAI sentiasa memikirkan bagaimana untuk memakmurkan semua golongan rakyat.
Maka itu dalam PRU yang lalu PR yang diketuai DSAI menjanjikan penurunan harga minyak dan kereta, menghapuskan TOL dan bayaran balik PTPTN, dan berbagai macam lagi kelonggaran lainnya demi kemakmuran rakyat.
Kita yang bukan ahli ekonomi pun tahu apa yang dijanjikan DSAI melalui PR tersebut memang mampu dilaksanakan berdasarkan hasil yang diterima kerajaan pada setiap tahun. Tetapi sayangnya PR gagal mengusai Puterajaya yang bererti rakyat Malaysialah yang rugi. Kegagalan menguasai Puterajaya ini mungkin menjadi salah satu faktor tercetusnya Langkah Kajang.
Melalui Langkah Kajang adalah diharapkan mampu mengundurkan Khalid Ibrahim yang telah gagal memainkan peranan politik yang diharapkan dan digantikan dengan Dr.Wan Azizah(setelah DSAI dihalang). Melalui Wan Azizah diharapkan landasan perjuangan PKR melalui PR dapat dibaik pulih setelah rosak kerana Khalid Ibrahim.
Tapi orang yang tidak faham atau pura2 tidak faham(termasuk Hadi Awang)terus mempertikaikan mengapa Wan Azizah dan tidak tokoh lain? Soalnya bukankah Wan Azizah itu Presiden PKR!
Semasa PAS menang di Terengganu dulu mengapa Hadi Awang menjadi MB? Bukankah kerana Hadi Awang ketika itu tokoh paling kanan dalam PAS! Tapi bila di Selangor yang jelas hak wakil PKR untuk menjadi MB, mengapa Hadi Awang mahu mempertikaikannya?
Dan mengapa PKR dan DAP hanya usul satu nama walau diminta hantar lebih dari satu nama? Dan PAS yang mahu tunjuk baik dan beradab konon terus berlagak sombong dengan menghantar beberapa nama?
Apakah Hadi Awang tidak sedar apa yang dilakukannya itu adalah satu kebodohan? Tahukah Hadi Awang bila dihantar beberapa nama maka salah seorang yang terpilih sebagai MB akan termakan budi? Bila sudah termakan budi nanti, tuan MB tadi adalah pihak yang melantiknya sebagai MB dan bukannya parti yang buat usul!
Akhirnya nanti khidmat MB tadi hanya pada golongan bangsawan saja dan bukannya kepada rakyat yang telah memilihnya(melalui parti). Situasi inikah yang PAS mahukan?
Maka itu PKR dan DAP tidak mahu mengikut karenah istana yang memang bukan pada tempatnya. Dalam kata lain mungkin DSAI sedar apa yang ditampilkan oleh P.Ramlee itu hanya sesuai dengan zaman tanpa perlembagaan!
Dan boleh juga dikatakan memang DSAI merasakan beliau tidak perlu berlawak demi kemajuan politik di Malaysia yang tercinta ini.
Maaf, izinkan saya bersilang pendapat. Pandangan saudara menurut hemat saya terlalu berlebihan & jauh dari duduk perkara yg sebenar.
ReplyDeleteTulisan ini tidak lain hanya mengulang tohmahan jahat yg dibuat oleh musuh yg anti perubahan, kononnya PKR & DAP tidak tahu menghormati institusi Beraja.
Saya akan cuba huraikan sebabnya dalam jawapan yg agak panjang. Saya mohon kebesaran hati saudara MSO untuk mengizinkan perbedaan pendapat saya ini disiarkan secara utuh yg akan saya hantar secara bersiri.
Untuk memahami masalah ini secara jernih, fikiran kita perlu terlebih dahulu bersih & merdeka dari saki baki sesat fikir fahaman feudal beku yang membelenggu pemikiran rakyat selama ini, khususnya dikalangan sebahagian orang Melayu.
Sekiranya negara kita ini bebas media nya & luas ruang demokrasinya, kemelut ini tidaklah sesulit yang cuba digambarkan, malah penyelesaiannya adalah cukup mudah.
Panduannya telah ada iaitu undang2. Kerana itulah setiap negara memerlukan undang2 supaya sendi keadilan dapat ditegakkan & urusan negara dapat dijalankan dengan teratur & berkesan.
Pada pandangan saya, Dato Seri Dr. Wan Azizah telah mengambil langkah yg teratur untuk menyelesaikan perlantikan baru Menteri Besar Selangor ini dengan tertib & menurut lunas undang2.
Bukti sokongan majoriti anggota Dewan yg menjadi syarat paling utama melayakkan seseorang diangkat mejadi Menteri Besar telah diperolehi melalui surat akuan bersumpah yg bersifat mengikat (binding).
Surat rasmi memohon mengadap kebawah Duli Baginda Tuanku juga telah dihantar.
Ini semua adalah bukti jelas proses penggantian Menteri Besar ini telah dibuat menurut proses & aturan yg sepatutnya.
Pakatan Rakyat,khususnya dalam hal ini Wan Azizah, Anwar Ibrahim, PKR & DAP bukanlah kelompok manusia yg buta peraturan & adat istiadat istana.
PKR & DAP mempunyai ramai peguam & penasihat undang2 yg handal termasuk pakar Perlembagaan yg kepakaran mereka telah dirujuk terlebih dahulu dalam proses melantik Menteri Besar yg baru.
Walaupun permohonan untuk mengadap kali pertama telah ditolak oleh pihak Istana, Wan Azizah tidak pernah menyatakan apa2 kata2 yg menyinggung pihak Istana, malah menunggu dengan sabar Baginda Sultan pulang bercuti walaupun keadaan mula bergerak menjadi krisis ketika itu.
Untuk menggambarkan mereka ini buta peraturan atau degil sangatlah tidak tepat malah berniat tidak baik.
Bahagian Ke Dua
ReplyDeleteMari kita semak pula peranan Istana dalam "menyelesaikan" krisis ini.
Sebelum kita menjadi bimbang tidak bertempat dengan bayang2 Akta Hasutan, perlu diperjelaskan disini bahwa adalah tidak menjadi kesalahan sama sekali mengkritik tindakan pihak Istana yg dinilai tidak tepat menurut Undang2 supaya kesilapan yg ada dapat diperbetulkan.
Takrifan hasutan itu hanya berlaku sekiranya kita mencanangkan agar institusi Raja itu dilenyapkan.
Tanpa keberanian untuk mengkritik & menganalisa dengan jujur, menurut saya masalah ini akan gagal difahami secara tepat. Fikiran kita selamanya akan terus terbelenggu dalam alam sesat fikir kesedaran palsu fahaman feudal yg akan merasuk & melilit fikrah kita tanpa disedari.
Sekarang mari kita masuk kedalam pintu perbahasan.
Sesiapa yg mengikuti perkembangan politik Selangor dengan cermat pasti ingat hanya beberapa minggu Tan Sri Khalid Ibrahim mengaku masih mendapat sokongan majoriti anggota DUN Selangor walaupun telah dipecat dari partinya sendiri.
Dakwaan Tan Sri Khalid ternyata bohong bila 30 ADUN dengan segera telah menzahirkan sokongan & persetujuan untuk mengangkat Wan Azizah sebagai Menteri Besar yg baru.
Di negara dmokrasi yg matang, pembohongan seperti yg dilakukan oleh Khalid ini sebenarnya suatu hal yg cukup serius & sepatutnya dikenakan tindakan. Tetapi di negara kita hal seburuk ini boleh dibiarkan begitu sahaja.
Khalid sepatutnya meletakkan jawatannya dengan segera ketika itu kerana bukan hanya integritinya telah tercemar kerana berbohong, beliau juga telah hilang kepercayaan dari anggota Dewan.
Hujah kononnya dia perlu dizinkan berperan sebagai Menteri Besar untuk mempastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar adalah salah sama sekali & tidak seharusnya dijadikan alasan.
Sekiranya urusan pentadbiran negeri dijadikan alasan, perlantikan Menteri Besar baru perlu disegerakan. Ini yg sepatutnya dilakukan.
Setelah menerima banyak tekanan, Khalid akhirnya bersetuju menulis surat untuk meletakkan jawatan. Tetapi apa yg berlaku?
Pihak Istana pula berdalih memohon Khalid menangguhkan pula perletakkan jawatannya. Amalan ini tidak betul & jelas salah.
Pihak istana tidak sepatutnya menangguh2kan lagi perletakkan jawatan Khalid & memanjang2kan lagi krisis politik di negeri Selangor kerana jelas telah ada tokoh (Wan Azizah) yg mendapat kepercayaan majoriti dari anggota Dewan.
Bahagian Ke Tiga
ReplyDeletePihak yg memberi nasihat kepada Baginda Sultan jelas telah memberikan nasihat yg salah kepada Baginda Sultan kerana Khalid sudah tidak ada apa2 sandaran/ standing untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.
Khalid telah hilang kepercayaan dari anggota Dewan. Prinsip ini jelas termaktub dalam Undang2 kita & turut menjadi amalan disetiap negara Demokrasi.
Pihak Istana tidak sepatutnya dilihat berpihak kepada Khalid Ibrahim kerana jelas Khalid bukan hanya telah berbohong kepada rakyat jelata tetapi kepada Baginda Sultan sendiri.
Perlu difahami oleh kita semua bahwa makna Raja Berperlembagaan itu ialah kuasa Raja telah dibataskan & dihadkan oleh Undang2.
Raja Berperlembagaan juga bermakna Raja atau Sultan yg bertahta (reign) tidak boleh campurtangan dalam urusan politik & pentadbiran negeri. Ini sangat jelas.
Kuasa yang ada pada Sultan dalam negeri telah dibataskan dalam kerangka Agama Islam & adat Istiadat Melayu. Ini juga sangat jelas.
Kebesaran seseorang Raja atau Sultan akan semakin diakui & dicintai rakyat jelata bila Baginda dapat berperan secara saksama diatas segala pergelutan politik (above petty politics).
Adalah salah & tidak beretika bilamana Sultan menunjukkan ketidaksenangannya secara terbuka kepada mana2 pemimpin yg diangkat secara majoriti & musyawarah untuk menjadi Menteri Besar.
Inilah maksud & semangat sebenar prinsip Raja Berperlembagaan.
Perlu juga difahami sejelas2nya bahwa tugas & kuasa melantik Menteri Besar oleh Baginda Sultan hanyanya bersifat ceremonial (adat istiadat) sahaja.
Tindakan PKR & DAP mengemukakan hanya satu nama kepada Baginda Sultan adalah satu amalan yg baik & tidak menyalahi mana2 peruntukan Undang2 samada negeri mahupun Perlembagaan Negara.
Tindakan PKR & DAP mempertahankan kuasa politik rakyat ini sebenarnya melibatkan prinsip dasar yg cukup besar yg sangat wajar dipuji, bukan dikeji.
Malangnya kita telah diberikan gambaran yg salah seolah2 negara kita masih diperintah menurut selera Monarki secara mutlak (absolute Monarchy). Ini tidak benar, salah & boleh menjahanamkan negeri & negara kita.
Bahagian ke Empat
ReplyDeleteTerakhir golongan reaksioner yang anti perubahan diluar & didalam Pakatan Rakyat (baca: dalam hal ini beberapa pimpinan PAS yg memakai jubah Ulama) cuba mengeruhkan lagi keadaan yg sepatutnya boleh dijernihkan & diselesaikan.
Fikrah kelompok yg masih berselaput fahaman feudal beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja memang mudah terpancing & terikut2 dengan rentak golongan anti perubahan ini.
Mereka sekarang beramai2 menyorok dibalik istilah "budi bicara" yg terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Selangor
Istilah "budi bicara ini digunakan untuk mengapi2kan perseteruan diantara Istana dengan pihak yg mahu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar yg baru.
Istilah "budi bicara" ini secara sewenang2nya cuba diselewengkan & ditafsirkan secara salah.
Menurut tafsiran mereka, budi bicara ini sama maksudnya dengan sesuka hati. Ini sangat tidak tepat & jelas salah.
Istilah budi bicara ini sepatutnya difahami dari akar bahasanya iaitu budi. Budi bermaksud nalar logika, dhamir atau fikiran rasional yg datang dari jiwa yg luhur & hati yg bersih yg mahu menegakkan keadilan & melakukan kebaikan. Ini maksud sebenar perkataan budi, bukan sesuka hati.
Huraian maksud & pengertian sebenar budi ini pernah ditulis & dihuraikan secara ilmiah & terperinci oleh pakar bahasa Professor Sutan Takdir Alisyahbana yg pernah menjadi Professor di Universiti Malaya di tahun 60an. Hal ini boleh dirujuk secara akademik.
Dalam konteks budi bicara ianya perlu difahami sebagai luahan & tindakan yg datang dari dhamir yg tulus agar tafsiran Undang2 itu mendekati kebaikan & kebenaran, bukan ditafsirkan secara rigid ataupun kaku. Ini maksud sebenar budi bicara yg termaktud dalam undang2.
Budi bicara bukan membawa maksud bahawa Sultan dibenarkan untuk ikut campur tangan dalam urusan politik negeri.
Apa yg berlaku malah sebaliknya. Istilah budi bicara ini sendiri mahu ditafsirkan & diselewengkan secara rigid & kaku!
Padamkan dahulu api kemarahan. Mari berhujah & merenung hal ini sedalam2nya perkara ini tanpa perlu mengangkat pedang emosi.
Fikirkan baik2. Apa perlu peruntukan Undang2 Tubuh Negeri bahwa Menteri Besar Selangor wajib mendapat kepercayaan majoriti anggota DUN sekiranya pihak Istana diizinkan mengunakan budi bicara nya secara "sesuka hati"?
Dimana logiknya amalan demokrasi di negara ini bila kuasa melantik Menteri Besar yg sepatutnya ada ditangan rakyat jelata yg diwakilkan melalui ADUN yg dipilih oleh mereka, kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak Istana untuk menentukan?
Pihak yg mula membenarkan tafsiran budi bicara ditafsir secara salah adalah UMNO.
UMNO lah yg mula menyerahkan kuasa yg sebenarnya terletak ditangan rakyat ini kepada pihak Istana bila UMNO mengalah & tunduk pada tekanan istana seperti yg pernah berlaku di Terengganu & Perlis.
Sekarang kesilapan UMNO mahu ditekan pula kepada PKR & DAP supaya menurut precedence salah yg dibuat UMNO.
Ini menurut hemat saya sangat tidak betul & perlu disanggah.
Negeri & negara kita akan rosak sekiranya amalan tidak sehat memberi dua, tiga atau lebih nama untuk menjadi Menteri Besar ini diteruskan.
Sekiranya diteruskan juga, ianya tidak mustahil boleh menjalar menjadi amalan lobi melobi yg berbentuk imbuhan keuangan dengan pihak Istana dikemudian hari untuk menjamin kedudukan seseorang diangkat menjadi Menteri Besar.
Fikir baik2 akibat buruk yg akan berlaku sekiranya amalan yg bertentangan dgn semangat sebenar Perlembagaan Negara ini diteruskan.
Bahagian Ke Lima
ReplyDeleteAkhirul Qalam, izinkan saya mengulas perbandingan filem P Ramlee dengan DSAI, sebagaimana yg dilontarkan oleh saudara MSO dalam dua posting terakhir.
Perbandingan ini sebenarnya cukup menarik. Tetapi sayangnya menurut hemat saya saudara MSO telah melihat perbandingan ini dari sudut pandang yang terbalik.
Hampir kesemua filem P Ramlee, kecuali barangkali filem Hang Tuah, dengan beraninya telah mengangkat tema kesedaran kelas. Ini sesuatu yg amat luarbiasa & revolusioner bagi P Ramlee utk melahirkan filem bertema sebegini, mengambil kira suasana zaman pada ketika itu.
Filem Penarik Beca, Antara Dua Darjat & Ibu Mertuaku telah mengangkat tema pertentangan kelas & kritik yg tajam keatas golongan bangsawan & pemikiran feudal orang Melayu.
Malah P Ramlee dengan bijak menggunakan platform komedi seperti filem Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Labu & Labi, Pendekar Bujang Lapok & Seniman Bujang Lapok untuk memaparkan kritiknya secara halus terhadap bahaya pemikiran feudal.
Dalam Filem Musang Berjanggut, Sultan & pembesar Istana telah digambarkan secara komedi sebagai golongan yg sebagai ‘terlalu bernafsu terhadap wanita cantik”, iaitu terhadap isteri P Ramlee didalam filem itu yang dimainkan oleh seniwati Saadiah.
Dalam filem ini P Ramlee sebagai seorang anak raja telah menunjukkan sikap yang berani melawan adat & tradisi feudal dengan menyunting Saadiah, gadis dari golongan kebanyakkan sebagai isterinya.
Filem Nujum Pak Belalang pula mengandungi mesej bahawa Sultan tidak semestinya bijak. Sultan juga seringkali jahil malah mudah ditipu. Golongan Raja didalam filem ini digambarkan terlalu kuat berpegang kepada faham mistik & tahyul hingga dapat diperbodohkan oleh Pak Belalang, watak yang dilakonkan oleh P. Ramlee.
Dalam filem Labu Labi pula watak Haji Bakhil Bin Haji Kedekut digambarkan sebagai seorang kapitalis bumiputera yang angkuh & terlalu mementingkan hartanya, sedangkan golongan pekerjanya kurang mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti yang digambarkan melalui watak Labu yang dimainkan oleh M Zain & Labi yang dilakonkan oleh P Ramlee.
Diantara kesemua filem P Ramlee, filem Antara Dua Darjat tidak syak lagi adalah filem Melayu yg paling revolusioner yg pernah dihasilkan.
Filem ini mengangkat temanya Pertentangan Kelas yang tajam diantara golongan aristokratik Feudal, watak yang dilakonkan dengan cukup cemerlang oleh S Kadarisman sebagai Engku Mukri seorang yang berdarah raja, dengan golongan bawahan (murba atau proletar) yang dimainkan oleh P Ramlee.
Dialog yg paling klasik yg tidak boleh dilupakan adalah ketika Ghazali, watak yg dimainkan P Ramlee sedang membalun Tengku Mukri,
“Kamu terlalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang bandingkanlah darah mu dengan darah ku!”
Perlu disebut, P Ramlee bukan satu2nya film maker Melayu waktu itu yg berani membuat filem2 bertema Pertentangan Kelas & anti feudal.
Hussein Hanif, seorang pengarah filem Melayu juga telah membuat filem2 yg mengkritik keras fahaman beku feudal Melayu yg taat membabi buta terhadap golongan Monarki. Diantara filem arahannya yg menyajikan tema ini adalah filem Hang Jebat & Dang Anum.
Bahagian Ke Enam (Terakhir)
ReplyDeleteKeberanian penggiat filem Melayu ketika itu juga mempunyai perkaitan dengan pengaruh politik kiri (baca Sosialis) yg cukup berpengaruh di Singapura waktu itu. P Ramlee, Hussein Hanif & banyak lagi seniman Melayu ketika itu telah mulai mempunyai kesedaran Kelas akan hak2 mereka akibat dari pergaulan & pendedahan mereka dengan politik golongan kiri pada waktu itu.
Kajian secara ilmiah akan hal ini boleh dilihat dalam karya seperti 'British Cinema and the Cold War: The State Propaganda and Concensus tulisan Tony Shaw, 'The End of Empire And The Making of Malaya' karya T. N Harper.
Juga rujuk tulisan Shaharudin Maaruf dalam 'P. Ramlee Di Cakera Nusantara – Universiti Malaysia Sarawak' juga buku memoir penggiat filem Melayu seperti karya Jamil Sulong -Kaca Permata: Memoir Seorang Pengarah (1990) & Salleh Ghani - Filem Melayu: Dari Jalan Ampas Ke Ulu Klang (1989)
Ini tentu amat berbeza dengan suasana zaman kita sekarang yg jelas lebih jauh mengongkong. Lihat saja apa yg berlaku pada YB Khalid Samad. Baru mengkritik MAIS sahaja Sultan telah naik angin sampai tergamak mencerca YB Khalid Samad secara terbuka. Di majlis perasmian masjid pula!
Saya melihat semangat menyanggah perilaku songsang golongan elit Melayu (termasuk Monarki) sebagainya yg ditunjukkan oleh P Ramlee ini sebenarnya ada pada Anwar Ibrahim. Cuma bezanya, P Ramlee adalah insan seni & Anwar pula seorang politikus.
Tentu ada perbezaan yg besar dalam tindak tanduk walaupun jelas ada persamaan dalam mengangkat tema perjuangan kaum yg tertindas. Seniman & politkus ada seninya masing2.
Bayangkan sahaja (sebagai contoh) sekiranya Anwar tersilap menyebut Sultan Selangor sebagai "Syaitan Selangor" sebagaimana P Ramlee tersasul menyebut "Syaitan Aminul Rashid" dalam filem Seniman Bujak Lapok.
Apakah Baginda Sultan akan tersengih ketawa?
Tentu tidak !
Ketegasan Anwar Ibrahim menghantar hanya satu nama kepada Sultan Selangor menurut hemat saya telah cukup untuk menzahirkan hal ini dengan jelas.
Malangnya tindakan Anwar ini sekarang pula dicerca & dikutuk sebagai degil, tidak bijaksana, perlu seperti P Ramlee, tetapi diwaktu yg sama mahu Anwar & Pakatan Rakyat melutut pada kehendak Istana yg bertentangan dengan asas & prinsip Raja Berperlembagaan !
Zaman kita ini memang sudah jadi zaman Edan saudara MSO!
Terima kasih kepada Tan Melaka atas ulasan dan huraian panjang lebar. Wassalam Mso.
ReplyDelete