Thursday, October 16, 2014

GST Tengku Razaleigh juga tidak setuju

SUSUPAN PETANG                                                                                         

Bukan sahaja ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak setuju dan sangsi dengan pelaksanakan GST bakal membebankan tanggungan rakyat, tetapi bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah juga mempertikaikan pelaksanaan GST.

Tengku Raqzaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh meragui dengan pelaksanaan cukai itu yang dicadangkan pada April tahun depan, dengan menganggap ianya tidak patut kalau bertujuan untuk membayar hutang kerajaan.

Menurut ahli parlimen Gua Musang itu juga masalah cukai bukan perkara mudah kerana ia melibatkan wang rakyat, dan kalau ia digunakan untuk kumpul duit bagi membayar hutang kerajaan ia sesuatu yang salah.

Beliau bimbang bila GST dikenakan dalam keadaan sekarang menyebabkan kos kehidupan akan meningkat dan ini membebankan rakyat. Tengku Razaleigh memberi pandangan itu dengan mengambil kira kemampuan rakyat.



Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dalam memberi justifikasi kenapa GST perlu dilaksanakan ialah untuk membolehkan cukai dipunggut dari orang berada.

Dalam pada itu juga Tengku Razaleigh berkata kalau GST dikenakan untuk menjamin orang kaya bayar cukai, ia juga tidak praktikal kerana bukan semua orang membayar cukai.

Cadangan ditetapkan cukai GST sebanyak enam peratus juga tidak dipersetujuian oleh Tengku Razaleigh.

Pandangan bekas menteri kabinet di luar Dewan Rakyat itu harus diberi perhatian oleh kerajaan dan jangan sesekali melihat cadangan itu sebagai satu tindakan untuk menentang kehendak kerajaan atau pun kepimpinan Mohd Najib Razak.

Tengku Razaleigh tidak berkepentingan dengan cukai berkenaan dan beliau ikhlas memberi pandangan agar rakyat tidak dibeban dengan cukai berkenaan yang akan diikuti dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan. [wm.kl.2:29 pm 16/10/14]

No comments:

Post a Comment