Sunday, October 12, 2014

Saya sudah kembali dari Makkah

PEMAKLUMAN                                                                                                

Tepat jam 2:10 petang semalam pesawat SV 832 yang membawa kira-kita 400 orang penumpang kebanyakan jemaah Haji termasuk saya, selamat mendarat di lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur. Ketibaan agak lewat hampir satu jam. Bagaimana pun Alhamdulilah di sepanjang penerbangan selamat dan tidak ada apa-apa kejadian menggerukan terjadi.

Bergambar dengan rakan sebilik selepas bertahalul.
Cuma beberapa minit selepas roda pesawat itu meninggalkan landasan, di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah kepala saya terkenangkan nasib MH370 dan juga MH17, pesat yang hilang dan sebuah lagi yang dibedil sampai hancut lebur. 

Semasa di Makkah tatkala menguntaikan beberapa doa sempat juga saya memunajakkan agar Allah menyelamatkan mangsa pesawat berkenaan dan mana-mana yang telah kembali ke Rahmatullah diberikan kesejahtraan rohnya di dunia dan akhirat. (Khas yang beradama Islam).

Doa jua agar kejadian dan musibah sebegitu yang memberi kemalangan dan kedukacitaan bertan-tan kepada negara tidak akan berulang lagi. Dalam masa sama meminta agar Tuhan menetapkan hati para pemimpin negara agar mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Kita harus mempercayai musibah ke atas negara kita itu adalah balasan Allah atas dosa-dosa dan kezaiman kita semua. Seharus mereka yang bertanggungjawab mengambil tanggungjawab dengan tindakan dan bukan saya janji.

Doa saya tidak pernah habis-habis semasa di Tanah Suci ialah agar Allah mempermudahkan kerja-kerja Haji saya dan selamat pulang ke tanah air untuk berjumpa semula dengan isteri, anak-anak, cucu dan menantu serta para penjangok blog Merah Tinta yang dikasihi semua. 

Alhamdulilah Allah SWT memakhbulkan doa saya. Dan saya sangat malu di atas kebaikan Nya kepada saya selama ini. Sesungguhnya rahmat yang dikurniakan kepada saya tidak terbalas selamanya.   

Seperti mana sedia maklum, pemergian saya ke tanah suci bagi mengerjakan Haji kali ini dalam short notis. Saya hanya mengetahui Allah "sedia" mengangkat saya dalam tempoh 24 jam sahaja. Dalam tempoh sependek itulah, saya menyediakan segala keperluan yang wajib untuk mengerjakan Haji. Isteri saya sendiri mengetahinya kira-kira 13 jam sebelum berangkat apabila saya memintanya membasuh kain Ihram. "Eh, naka ke Makkah ke? Tanya isteri saya antara percaya dengan tidak. Itulah cara saya dan itulah tindakan saya dan isteri saya sudah arif mengenai perangai saya yang mungkin ganjil ini.

Ramai saudara dan kawan terkilan kerana pemergian yang sebegitu ringkas dan cepat. Mereka terkilan kerana tidak dapat meraikan saya seperti lazim dilakukan kepada mereka yang hendak naik Haji. Sebenarnya begitu cara saya bergerak apa lagi dalam pergerakan mencari dan mendambakan keicntaan kepada Ilahi. Saya suka melakukan perjalan malam mengambil sunah nabi Yaakub.

Saya tidak suka menhebuh-henbuhkan. Perara yan baik harus disembunyikan. Dalam mana-mana pengemabaraan saya ke tanah suci atau ke lokasi lain, saya tidak pernah memaklumkan kepasa isteri dan anak-anak, melainkan sudah saya sampai ke tempat ditujui baru saya memaklumkan. Sikap ini saya praktikan sejak 30 tahun lalu. 

Bagi saya tidak ada keperluan untuk memberi tahu, dan perjalanan bermusafir sambil jihad seperti saya adalah sangat rahsia. Saya tidak mahu terganggu degan halangan air mata dan rayuan agar jangan pergi. Sebab apabila saya sudah memasang niat untuk pergi, memulakan perjalanan, semuanya tentang diri saya dan hak saya, saya serakan kepada Rabuljalil lialamin. Dialah menjaga dan memelihara dan memberi rahmat dan kesejahtaraan. 

Mengenai diri saya saya hanya memberi pesan kepada isteri, kalau sesudah pemergian saya dalam tempoh tujuh hari belum diketahui apa-apa berita, tanyalah kepada orang-orang tertentu (yang menjadi rakan baik saya) dan jika saya tidak ada khabar berita dalam tempoh 40 hari bernakna saya sudah tidak ada lagi di dunia fana ini.

Insya-Allah saya akan membuat sedikit catatan mengenai suka duka, rahsia dan rahmat di sebalik naik Haji kali ketiga ini. Saya rasa bertuah kerana Haji kali ini dalam hisab sebagai Haji Akhbar kerana hari Wukufnya pada hari Jumaat. Catatan ini bergantung kepada selera dan kesejahtraan saya. 

Doa daripada penjengok sekalian sangat dibutuhkan agar saya dapat berkongsi cerita dan bahagia dalam blog ini mengenai perjalanan (manasik) naik Haji kali ini. [wm.kl.11:05 am 12/10/14]

No comments:

Post a Comment