Mahathir Mohamad |
Tampak begitu tepat sekali cadangan Dr Mahathir itu. Beliau memberi contoh pemimpin masa lalu bukan sahaja ditegur bahkan dicabar termasuk beliau. Sememang ahli parti tidak kira daripada parti mana-mana harus berperanan begitu sebagai penegur untuk kebaikan. Tetapi soalnya apakah pemimpin yang ditegur itu sedia menerima kritikan ahli?
Selalunya kalau ada ahli yang membuat teguran kepada pemimpin mereka dituduh sebagai tidak wala' dan cuba membawa perpecahan.
Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di sekitar diri Dr Mahathir sendiri, walaupun beliau sedia ditegur bahkan dicabar oleh ahlinya, tetapi beliau tidak dapat menerima teguran dan kritikan iu dengan baik dan sempurna.
Atau pun kalau ditegur beliau tidak akan peduli kepada teguran dan meneruskan juga apa yang difikirkan betul, kandati ia tidak benar dan dibangkangan oleh orang ramai. Sebaliknya sesiapa yang menegur atau mencabarnya untuk kebaikan parti dan kerajaan akan menerima balasan hukum karma daripadanya.
Minali dan Anwar akan dikritik. |
Tengku Razaleigh Hamzah sampai ke akhir hayatnya (mungkin) akan didera oleh Dr Mahathir. Apa sangat kesalahan dilakukan Tengku Razaleigh, beliau hanya mencabar kedudukan Mahathir sebagai Presiden Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi dan prinsip kepimpinan Dr Mahathir. Tujuan Tengku Razaleigh itu tentulah untuk menyadar dan meletakkan Mahathir atas landsan perjuangan Umno sebenarnya. Bukankah apa dilakukan Tengku Razaleigh itu sebagai satu tanggungjawabnya dalam menjaga amanah parti.
Mengapa saya katakan Mahathir berdendam dengan Tengku Razaleigh. Beliau tahu dari segi kebolehan, kepakaran dan kelayakan untuk menjadi perdana menteri, Tengku Razaleigh jauh lebih berkempuan dan layak berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Tetapi apakah Mahathir pernah menyatakan sokongan kepada Tengku Razaleigh?
Apa yang berlaku Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan haknya secara penuh diplomasi. Pengaruh dan kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Umno dipadamkan sedikit demi sedikit. Tengku Razaleigh yang sepatutnya direstui untuk memimpin Umno dan kerajaan dimatikan oleh Mahathir.
Demikian juga nasib yang diterima oleh Musa Hitam yang bersekongkol dengan Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir. Kerana tekanan secara psikologis dilakukan Mahathir, akhirnya Musa terpaksa berundur secara terhormat sebagai timbalan perdana menteri dan kini menjadi fasilator politik bebas.
Bagaimana pun kekejaman Dr Mahathir dalam membalas dendam orang mencabar beliau diterima paling teruk oleh Anwar Ibrahim. Apa dilakukan terhadap Anwar adalah kemuncak kejahatan dan kekejaman seorang Mahathir bin Mohamad. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam setakat kehilangan jawatan, tetapi Anwar, Mahathir mengirimkan ke penjara dan bermaksud mamtikan kerjaya politik Anwar.
Dengan menoleh kepada laluan politik dilalui Mahathir itu dan dengan apa yang dilakukan kepada musuh-musuh politiknya dalam parti sendiri, apakah perwakilan Umno yang akan bersidang esok akan sedia melakukan apa yang Dr Mahathir suruhkan itu. Pmimpin Umno yang memimpin parti kebangsaan itu mempunyai pandangan dan sikap sama dengan Dr Mahathir Mohamad. Mereka juga akan mengambil tindakan sama seperti mana lakukan ke atas pengkritiknya. Pegangan dan amalan ini sangat difahami oleh para perwakilan.
Saya tidak mengira baik Mohd Najib Razak, Muhyddin Yassin, Zahid Hamidi dan lain-lain sedia untuk akur dan mendengar setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya secara gentleman dan ikhlas. Kalau pun mereka tidak akan langsung bertindak secara drastik kepada penegurnya, tindakan secara halus akan diambil juga. Para pengkritkan itu akan diasing dan disisihkan perlahan-lahan. Tindakan itu nantilah menyebabkan para perwakilan hanya akan menjadi seperti kura-kura kesejukan aircon dalam Dewan Merdeka. Mereka akan "mengerlukkan" kepala sepanjang dalam dewan dan akan mengeluarkan kepala hanya di warung-warung kopi di hujung kampung saja.
Jadi kesimpulannnya jangan diharap para perwakilan akan mengkitik dan menegur mereka yang berada di atas pentas dalam Dewan Merdeka. Yang selalu berlaku dan berani dilakukan para perwakilan ialah mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Anwar Ibrahim, Minali (Azmin Ali), Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang sudah pasti akan menjadi sasaran para perwakilan. Mereka akan dijadikan sasaran melepas tempias kemarahan.
Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Yaakob, tidak lagi akan menjadi mangsa kritikan untuk sesi kali ini kerana mereka sudah menunjukkan sejiwa dengan Umno. Selain daripada orang-orang yang disebut itu, perwakilan Umno tidak akan menyentuhnya. Kalau pun nama pemimpin Pas yang akan disebut ialah Mohamad Sabu, Khalid Sama, Hanifa Maidin dan Dr Dzukifli Ahmad dan seorang lagi Phahrolrazi Mohd Zawawi yang akan diculakan sebagai pengkhianat.
Tengoklah nanti, Ketua Menteri Pulau Pinang akan dipalu secukupnya. Anwar Ibrahim juga akan ditabuhkan sebagai menjadi alat kepada DAP dan pengkhianat bangsa Melayu. (Sebenarnya pengkhianat kepada Umno). Nama Anwar dan Lim Guan Eng disandingkan atas pelamaian kebencian Umno. Merreka akan dikutuk semahu-mahunya seperti apa yang berlaku sebelum ini.
Tradisi menyuluh kesalahan dan mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat dalam perhimpunan agung Umno bukan baru, tetapi ia menjadit amalan yang dihidup suburkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Jadi, gesaan atau cadangan Mahathir agar perwakilan Umno mengkritik pemimpin itu akan berlalu di angin lalu begitu sahaja.
Apa lagi untuk mengkritik Najib yang "bercepuah" dengan pelbagai isu, BR1M, 1MDB, kehilangan MH370 dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan. Sebaliknya apa yang berlaku Najib akan dipuji sebagai Perdana Menteri yang berjaya menerusi beberapa transformasi dilakukannya, walaupun sebenarnya tidak ada apa yang dicapai menerusi transformasi berkenaan. Darah bangsawan yang mengalir dalam tubuh Najib tetap dihormati oleh Melayu Umno dan ia menjadi benteng untuk perwakilan Umno menegurnya. [wm.kl.1:29 pm 25/11/14]
Lawak betul Madey meminta perwakilan menegur kepimpinan UMNO seperti yang kita sedia maklum sejak bila UMNO boleh menerima kritikan atau penilaian kritikal terhadapnya melainkanlah membodek mereka. Malah orang ramai, NGO, intelektual, sastarawan, pemimpin mahasiswa/partai politik dan belum masuk lagi golongan yang sama dari bukan Melayu/Islam akan dipandang serong jika mereka meluahkan kritikan terhadap kebobrokan kepimpinan institusi atau agensi kerajaan yang dianggap adalah pembentukan UMNO walaupun berdasarkan fakta dan logika akan dikira sebagai satu ancaman dan bukan lagi suara sumbang akan martabat, kewibawaan dan kesucian bangsa dan agama Melayu. UMNO masih tak matang atau mantop dari segi menerima pandangan kritikal, hanya meneruskan budaya membodek melambung tinggi akan para pemimpin 'dewa' mereka. Madey dah hilang pertimbangan logika.
ReplyDeleteThis is what we call "joke of the year". Ha Ha Ha !!! Of all the people why must be Alkutty. Era beliau adalah zaman paling kotor dalam sejarah UMNO. Budaya menipu, ugut mengugut, manipulasi dan menyebar fitnah telah menjadi makanan hari2 pemimpin Umno. Ending nya budaya itu telah menular dan menjadi 'cancer'. Pola pemikiran pemimpin Umno telah rosak dimana budaya 'jilat menjilat' dan 'denial syndrome'sesama sendiri bagitu ketara sekali. Yang sedih nya Aljibby walau pun sedar akan scenario ini dah tak tahu nak buat apa. Dah hilang punca dan tidak nampak jalan keluar untuk membetulkan nya.
ReplyDeleteTuan MSO
ReplyDeleteKita bernasib baik kerana dapat mengenal Mahathir dari zaman dia dipungut kembali oleh Tun Razak sehingga dia terpaksa meletak jawatan untuk mengelak tsunami 2008 atau lebih teruk menimpanya dan UMNO di dalam PRU 2004.
Sebenarnya tiada cacat celanya Najib. Najib hanya menyambung tradisi yang dimulakan oleh Mahathir melalui UMNO Baru . Saya percaya Mahathir tidak boleh beraja dimata dan bersultan di hati jika UMNO lama tidak dibiarkan mati oleh Mahathir.
Najib hanya meneruskan kesinambungan sebab diwujudnya UMNO Baru. Ia itu satu wadah atau vehicle untuk mengekalkan kuasa dengan memperhambakan orang melayu.