KENYATAAN
Rafizi Ramli |
Katanya, beliau dan pasukan dari National Oversight & Whistleblower (NOW) akan dedah butirannya agar menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu dibawa kembali ke Malaysia.
Katanya dalam satu email kepada blog ini, individu terbabit perlu menerima pentanggungjawab dari keputusan yang salah itu.
Rafizi bercadang akan mendedahkan butiran salinan perjanjian yang ada dengannya di Parlimen pada 10 November Isnin depan jam 11: 30 pagi. Dalam pada itu beliau juga memberi kata dua kepada Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan agar memperbetulkan kenyataanya berhubung perkara itu yang dianggap sebagai bohong.
"Saya akan bawa Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Khas Parlimen kalau beliau tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu," demikian ancam Rafizi seperti ditulis dalam emainya.
Berikut adalah email Rafizi;
DEDAH PERJANJIAN HUTANG 1MDB UNTUK BUKTI MENTERI BERBOHONG
Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB.
Beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.
Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu. Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu.
Saya juga terkejut apabila Dato' Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.
Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan. Hakikatnya, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat.
Oleh itu, saya akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 1130 pagi.
Jika Dato' Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan. [wm.kl.5:31 pm 07/11/14]

Nampaknya berbohong sudah jadi standard modus operandi ahli2 kerajaan bila berhadapan dengan salah laku yang merugikan rakyat dan negara.
ReplyDeleteTidakkah mereka ini semua ada 'conscience' dan harga diri untuk berkata benar?
Perlakuan tersebut tidak langsung memberi ajaran yang baik kapada generasi depan kita.
Ini yang yang dikatakan kerja cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai rumput.
DeleteHari ini kerajaan sedang panik apabila segala ketidakcekapan dan tipu muslihat yang berjaya ditudung selama ini sudah menjadi parah dan tidak terkawal. Ini hukum sunatullah. Kebejatan bagaimana diselindung pun, satu hari akan terbongkar.
Dalam politik segala keb3jatan sudah lama terbongkar. Yang kita lihat sekarang bagaimana politik tipu daya yang diamalkan selama ini sudah hendak sampai ke penghujungnya.
Sistem pendidikan kita sudah lama hancur. Sesiapa ada anak yang menduduki peperiksaan PT3 tahulah bagaimana hancur leburnya PT3. Ini contoh paling j3las dan paling mudah untuk kita nampak kerana bila bercakap d3ngan kualiti pendidikan peringkat universiti, kita mungkin sukar hendak faham macamana parahnya kualitinya sekarang.
Sekarang ini kita didedahkan dengan kebejatan p3ngurusan ekonomi dan kewangan negara pula. Percayalah masaalah ini besar dan berat. Satu per satu Allah t3lah bukak segala usaha yang khianat. Pengurusan tidak cekap, manipulasi pengurusan ekonomi dan kewangan negara selama ini yang diburukkan lagi oleh Najib sudah tidak boleh dibendung lagi. Kita tunggulah apabila ia meletup. Apabila meletup kesannya amat parah kepada kita.
Rafizi akan dedahkan pasal 1DMB. Tony Pua baru mend3dahkan bagaimana sesetengah projek besar kerajaan tidak dimasukkan di dalam bajet 2015 kerana jika dimasukkan rancangan Najib h3ndak m3ngurangkan d3fisit belanjawan akan hancur. Ini dah kira m3nipu ataih darat....nampak tak pattern s3karang. S3mua benda kena putar belit....sebab keadaan dah teruk!
Sebab itu PRU 14 ini penting bagi kita rakyat. 5 tahun lagi d8bawah Naj8b, tak tahulah apa nak jadi.
SAYA HENDAK TANYAK PEMBACA ADA TAK PEMIMPIM DARI PAS YANG DEDAHKAN ROMPAKAN SEMACAM YB RAFIZI INI? JANGAN MARAH KALAU SAYA KATA PEMIMPIN PAS TIDAK PERNAH SATU PUN MENDEDAHKAN RASUAH YANG DILAKUKAN OLEH UMNO. RAKYAT SOKONG DAN GAJI MAHU...
ReplyDeleteRafizi memang bagus dalam hal ini..., tetapi..., rafizi seorang tidak akan mampu berbuat apa2 sekiranya tidak disokong oleh rakan2nya dlm pkr..., pkr sahaja juga tidak boleh berbuat apa2 jika tidak disokong oleh pas dan dap.
ReplyDeleteItulah gambarannya kelebihan dan kekurangan seseorang tokoh.
Sama sekali tidak boleh memperlekehkan rakan pakatan yang lain yang masing2 ada fungsi dan peranannya.
Hanya org yg tidak bijak atau berniat serong sahaja yang memperlekehkan rakan kongsinya.