RESPONS
Seorang penjengok blog saya telah mengirim satu ulasan sebagai respons kepada catatan saya mengenai banjir yang kini hebat melanda Kelantan. Ulasan penjengok ini menarik dimana dia mengaitkan dengan bencana alam yang berlaku sekarang ini sebagai satu teguran daripada Allah s.w.t dimana ia ada kena mengena dengan situasi politik di Kelantan.
Penjengok ini membuat konotasi bajir itu sebagai teguran Allah kerana di Kelantan ketika ini riuh didebatkan fasal kerajaan Pas Kelantan hendak laksanakan hudud. Dari perspektif penjengok ini pelaksanaan hudud tergesa-gesa dan tidak perlu disegerakan. Katanya cadangan pelaksanaan perlu ditangguhkan dahulu.
Tangguh hudud bukan bermakna tolak hudud, katanya. Saya turunkan sepenuhnya ulasan berkenaan tanpa membaiki, melainkan membetulkan ejaan. Atas ulasan ini diucapkan terima kasih. Wassalam Mso.
Salam,
Semoga Tuan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi,
diberi idea yang jelas dan pencerahan untuk menyampaikan dan berkongsi idea tuan bersama sama mereka yang mencari ilmu dan kebenaran.
Saya sentiasa mengikuti tulisan tuan , melalui buku dan juga blog,
pendek kata idea hujahan dan pandangan tuan mudah diterima dan mudah difahami dan banyak yang saya bersetuju.
Membaca tulisan Tuan mengenai banjir, lebih menarik minat saya berbanding tulisan tuan mengenai politik. Sebagai rakyat Kelantan , menghadapi banjir yang amat dahsyat pada kali ini, bagi saya adalah teguran dari ALLAH.
Semoga kerajaan PAS kelantan sedar dan bangun dari mimpi, jangan mainkan isu "Hudud" untuk kepentingan politik Melayu yang sempit. Jika saya dan kami beberapa kerat rakyat Kelantan boleh sedar, sukar sangatkah bagi pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan berilmu tinggi untuk sedar perkara ini.
Di Kelantan sendiri, tiada penerangan luas untuk memahamkan rakyat muslim dan non muslim, tiada perkongsian dengan rakyat akan perancangan dan pendedahan bagaimana pelaksanaan hudud akan berjalan, jika menghadapi pilihanraya banyak ceramah terbuka diadakan dengan luas sekali, kenapa untuk melaksanakan hudud Allah tidak diadakan ceramah terbuka untuk rakyat sama-sama tahu.
Pas telah masuk perangkap UMNO, beberapa kerat pemimpin PAS yang bangga berserban dan sentiasa basah mulut mereka dengan ayat suci terjerat dengan dunia Umno.
Nak melaksanakan hukum ALLAH, tapi jelas kelihatan , ada diselit kepentingan Melayu disebaliknya. konon Melayu akan bersatu dengan Hudud?
Wahai pemimpin, jangan salah guna kuasa yang diberi, jangan takbur dengan ilmu dan kuasa, jangan pergunakan Hudud sebagai alasan untuk satukan Umno-Pas, jangan terlalu angkuh dan yakin Pas Kelantan takkan jatuh di tangan rakyat.
Aallah turunkan teguran kecil, banjir, air melimpah yang entah datang dari mana. maka utamakan dulu kebajikan rakyat, kesulitan dan kesusahan yang dihadapi.
Tangguh Hudud bukan bererti tolak Hudud.
Kebajikan rakyat perlu dijaga, pemahaman, pendidikan dan perancangan perlu jelas, dialog dan perbincangan terbuka bersama cendekiawan dan bijak pandai dan juga rakyat bawahan.
Carilah redha Allah, bukan redha melayu, bukan redha pemimpin PAS
Tuan, ini adalah pandangan peribadi, suara kecil yang selalu sahaja pandangan saya diperkecilkan.
Wassalam,
Nik Kubang Kerian,

Kelantan.
[wm.kl.8:10 am 24/12/14]
Penjengok itu mengaitkan dengan bencana alam yang berlaku sekarang di Kelantan ini sebagai satu teguran daripada Allah s.w.t yang mana ia ada kena mengena dengan situasi politik di Kelantan.
ReplyDeleteSebenarnya bencana alam berskala besar yang menghentam banyak negara di seluruh planet kini mengikut sudut sains meteriologi atau sain cuaca adalah kerana pemanasan global. Bencana alam 'strike'tanpa mengira niat suci pemerintah di negara berkenaan yang sedang nak lancarkan program suci atau program jahat, juga ia tidak mendiskriminasi negara itu sedang berperang atau sedang mengadakan upacara ibadat massa mahpun ia memilih negara miskin atau kaya malahan tidak juga ia tidak mengira negara itu mempunyai agama atau tidak. Logiknya tiada negara boleh dikecualikan. Itu dia penangan pemanasan global yang berpunca dari angkara manusia berindustri tinggi termasuk China dan Amerika Syarikat, tak yakin bacalah laporan media mengenai bencana alam dari 5 tahun kebelakangan sehingga saat kini.
Natijahnya hukum-hakam bencana alam berkaitan dengan teguran Allah s.w.t tiada ada hubungan melainnkan satu kebetulan saja pemimpin Kelantan nak hukum HUDUD dirasmikan atau direalisasikan satu hari kelak.
Kita harus befikir secara sainstifik sedikit unuk memahami realiti duniawi.
Benar harus fikir secara saintifik. Namun Allah memberi kita hati untuk melihat hikmah dan teguran Allah disebalik setiap musibah.
ReplyDeleteMemanglah bila bencana itu datang, ia mengena kepada semua orang, tak kira muslim atau kafir.
Sebenarnya iktibar bencana ini untuk semua org yang mempunyai hati , mata dan pendengaran. Bukan hanya untuk mangsa banjir sahaja.
Terpulanglah untuk kita nak mengutip iktibar atau tidak.
Saya suka melihat secara positif dan cuba membaiki diri sekadar kemampuan .
Ini pandangan kerdil saya.