Friday, December 26, 2014

Tabung derma mangsa banjir Bukit Bekok, Manek Urai dilancar

PENGUMUMAN                                                                                               

Semalam Menteri Kewangan 2, Husni Hanadzlah telah mengumumkan bantuan segera untuk mangsa banjir yang melanda beberapa buah negeri kini sebanyak RM50 juta. Kalau dikira dan dibahagikan daripada jumlah itu setiap buah negeri mendapat sekitar RM10 juta ringgit sahaja. Sudah pasti peruntukan sebanyak itu jauh daripada mencukupi.

Semua pihak sudah mengakui bencana banjir yang berlaku kini luar biasa dan diluar jangkaan. Justeru timbul berbagai masalah. Paling ketara kekurangan aset untuk melakukan penyelamatan dan juga menghatar bantuan bekalan dan keperluan kepada mangsa banjir. Ada mangsa banjir terbiar sehingga lebih 72 jam.



Kita memahami masalah dan kesukaran pihak berkuasa dalam keadaan begitu. Dan dalam suasana cemas dan gawat begini kita memerlukan kesatuan dan kerjasama daripada semua warga negara untuk meringankan beban yang tertanggung kini. Ingat bebaban yang berat gara-gara bencana itu bukan saja terpikul dipundak mangsa banjir dan mereka yang terlibat, tetapi kita juga sebagai rakyat dan warganegara ini yang prihatin turut sama merasainya.

Kata orang yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Tuhan turun apa-apa bencana itu sebagai ujian ke atas keimanan dan menguji simpati kita. Lantaran menyedari itu terbuka hati saya untuk menzahirkan simpati dan ikut sama berpartisipasi dengan apa yang berlaku sekarang ini. Seperti saya cadangnkan saya akan mengadakan kutipan derma khas dari kalangan rakan Fb dan penjengok blong Merah Tinta untuk mangsa banjir yang terperangkap di Bukit Bekok Manek Urai Kelantan.

Entah kenapa hati saya tersayat dan say sendu apabila melihat sekeping gambar menunjukkan mangsa banjir di atas bukit berkenaan yang diposkan dalam wall facebook. Mereka berkhemah persis para nomad. Kebetulan pula awal-awal lagi saya sudah mendengar pesanan suara daripada seorang mangsa perempuan yang merayu agar berdoa untuk keselamatan mereka. "Berdoalah untuk kami, kami sudah tidak tahu nak buat apa. Jangan terkejut, saya nak bagi tahu, air kini sudah menaiki ke tingkat satu, kami bercadang akan turun berenang menuju ke bukit berdekatan," begitulah antara rintihan dalam pesanan suara itu.

Rayuan dan rintihan itu menghibakan hati saya. Dan saya yakin rayuan itu adalah daripada salah seorang yang berada di atas Bukit Bekok itu. Saya akan mencari si suara itu kelak.

Sesudah melihat keadaan gambar itu (yang saya jadi benner rayuan ini), menyebabkan saya merasakan tidak boleh lepas tangan begitu sahaja untuk tidak mempedulikannya. Saya yang berada di tempat selamat bersama keluarga, tidak terjejas apa-apa keperluan harian di sini, makan lalu tidur lena dan mandi basah, merasa berdosa kerana tidak mengambil hirau akan keadaan mereka. Iya, berdosa.

Bertolak daripada rasa tanggungjawab dan keinsafan itu maka saya menghantar satu mesej dalam Facebook meminta sokongan daripada rakan-rakan untuk memulakan kutipkan derma ini. Saya berjanji apabila ada 200 suara menyokong saya akan lancarkan kutip derma. Sesungguhnya saya memerlukan bantuan dan sokongan untuk menjayakan misi kecil ini. Tidak mungkin saya yang kerdil bersendirian.

Sebenarnya suara itu telah cukup semalam lagi, Alahamdulilah, tetapi saya mengambil masa untuk melancar dengan rasmi kutipan ini pada pagi Jumaat yang mulia ini. Pada saat mentari malu-malu menjulang ke langit perlahan-lahan membawa sinar dan haba panas untuk menyurutkan air bah yang melanda kini, Bismililahirahamninirahaim... saya lancar tabung kutipan derma ini.  Nah bersama pancaran mentari yang malu-malu terbit dari ufuk timur, sama-sama kita berdoa dan membantu mangsa banjir yang terperangkap itu semampu yang boleh.

Sumbangan ikhlas penjengok kalian boleh di bank-in ke dalam akaun saya Maybank 164557240679. Sekiranya sumbangan hasil derma ini mungkin tidak dapat disampaikan dalam waktu terdekat, tetapi ia akan diusahakan apabila susana aman nanti. Jumlah dapatan akan diupdatekan dalam Facebook.

Dan sebagai denak dan asas kepada derma ini saya sendiri menghulurkan RM500. Wassalam Mso. [wm.kl 9:19 am 26/12/14]

No comments:

Post a Comment