Sunday, January 4, 2015

Catatan pasca banjir dalam blog besok

Alhamdulilah saya baru selamat tiba di rumah dari meninjau bencana banjir di Kelantan dan juga menyampai sedikit bantuan hasil dari derma rakan Facebook dan penjengok blog ini yang dihimpunan menerusi Tabung Mangsa Banjir Bukit Bekok.

Berlatarkan sungai Kelantan di Temangan, Machang.
Selama beberapa hari blog ini tidak di update kan, bererti selama itulah juga saya berada di Kelantan. Untuk membuat pengeposan dari Kelantan buat masa ini sangat sulit kerana sukar mendapat akses akibat banjir.

Saya berlepas Khamis bersama tiga orang kawan dengan sebuah kenderaan pancuan empat roda. Manakala sebuah lori yang membawa pelbagai barangan asas seperti beras, gula, geram, minyak masak, makanan ringan serta pakaian telah bergerak lebih awal.



Misi bantuan kita menumpukan kepada mangsa banjir di beberapa buah kampung di seberang sungai Nenggeri yang terputus hubungan apabila jambatan utamanya dimunasah. Lokasi lain tentulah di Bukit Bekok.

Insya-Allah pagi esok saya akan membuat catatan perjalanan meninjau perkembangan bencana berkenaan dan menceritakan apa-apa yang mungkin tidak terungkap sebelum ini. Sebenarnya banyak cerita-cerita yang masih tidak terungkap atau pun tersembunyi dari pengetahuan mereka yang berada di luar Kelantan.

Pasca bencana banjir membawa berbagai cerita dari berbagai dimensi ada yang duka dan ada yang menyebabkan kita mengeluh sendiri atau menjadi terkesima. Saya akan membuat catatan yang serealistik seboleh mungkin untuk gambaran semua.

Saya juga sempat merakam gambar bencana berkenaan di beberapa lokasi. Sekali lagi terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan penjengok yang menghulurkan bantuan ikhlas untuk membantu mangsa banjir. Semoha sumbangan kerdil kita menjadi bukti ada perikemanusiaan antara kita.

Selama malam dan salam hormat. [wm,kl.12:28 am 04/01/15]

No comments:

Post a Comment