Selepas didesak bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Rakyat berhubung tindakan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamid menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang disifatkan sebagai untuk membela raja judi Paul Phua, akhirnya hari ini menteri berkenaan bersuara.
Zahid kurang bijak. |
Dalam penjelasan Zahid itu katanya dia memberi tahu pihak FBI yang tidak ada kongsi gelap K14 Triad di Malaysia dan Paul Phua bukan ahli kongsi K14 Triad di negara Malaysia. Memahami penjelasan Zahid itu menunjukkan Paul Phua adalah seorang kongsi gelap K14 Triad.
Bila diminta menjelaskan apa rasionaliti dia menulis surat itu, Zahid mengatakan ia ada hubungan dengan keselamatan negara. Dan bila diminta menjelaskan mengenai perkara itu jawabnya ia adalah rahsia besar yang dilindungi dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Apabila Zahid tidak menjelas isu ini hingga keekoranya, ia terus menjadi persoalan dan ia akan dikaitkan dengan tujuan sebenar Zahid kenapa perlu menjelaskan status Paul Phua kepada FBI. Apabila surat itu dikeluarkan atas kehendak firma guaman yang membela Paul Phua menerusi seorang peguam Umno di Malaysia menyebabkan orang boleh beranggapan Zahid Hamidi sudah diperalat oleh pembela raja judi itu. Apakah dia menyedari perkara ini?
Apa lagi sebelum ini Zahid pernah dikatakan bersama peguam Umno berkenaan berjumpa bekas PM Dr Mahathir Mohamad berhubung isu ada perisik asing di Pejabat Peguam Negara tidak lama dahulu.
Tindakan Zahid menyadarkan apa dibuatnya itu kepada bekas menteri KDN sebelum sesuatu yang kurang wajar dan ia boleh dianggar sebagai pecah amanah terhadap mekanisme pentadbiran negara. Dalam hal ini menjelaskan dangkalnya Zahid sebagai seorang menteri kanan dimana kedudukannya sebagai penjaga "war romm" negara.
Sepatutnya Zahid mencari helah lain untuk melepaskan dirinya dengan perbuatan yang penuh persoalan itu.
Kata Zahid bekas menteri KDN sebelum ini juga pernah menulis surat penjelasan demikian atas kuasa mereka sebagai menteri KDN. Selama ini umum tidak mengetahui mekanisme pentadbiran negara tetapi terbongkar apabila Zahid menceritakan demikian.
Dengan pendedahan Naib Presiden Umno yang dipelankan untuk jadi TPM, itu menyebabkan orang ramai akan tertanya-tanya apakah surat-surat penjelasan yang pernah ditulis oleh bekas menteri KDN itu. Dan selepas ini akan ada pula orang mendesak agar bekas menteri KDN atau kerajaan mendedahkan isi kandungan surat seumpama itu dan kepada siapa diajukan.
Apa dilakukan Zahid itu adalah satu perkembangan baru dalam urusan pentadbiran negara ini yang menjadi rahsia sebelum ini tetapi tidak lagi buat masa kini kerana kurang bijaksananya Zahid. [wm.kl.8:35 pm 15/01/15]
Apa yang terjadi memang tidak menghairankan memandangkan personaliti Ahmad Zaid Hamidi. Sejak dulu lagi malah semasa menjadi salah seorang pemimpin pelajar UM Zahid tidak pernah mempamerkan kebolehan menghuraikan sesuatu perkara penting dengan jelas, kata orang Inggeris apa yang keluar dari mulutnya selalu 'incomprehensible' alias selalu blur meskipun dia mahu kelihatan sebagai orang cerdik kononnya. Lihat lagi beberapa reaksinya tentang banyak perkara besar, dia ambil jalan mudah dengan mengatakan apa yang dikatakan itu adalah demi 'bangsa, agama, masyarakat bumiputra, ketuanan Melayu, keselamatan negara dan blah,blah....semuanya kelihatan hebat tapi blur dan membinggongkan. Tingkat artikulasinya rendah dan dia selalu tidak berkebolehan untuk memberi alasan yang berdasarkan fakta dan penalaran yang siuman, berdasarkan pangkat jawatan besar yang dia sandangani. Pendek kata dia tak menguasai selok-belok dan pengetahuan pentadbiran kementeriannya atau para penasihatnya tidak juga memberi maklumat yang tepat dan profesional.Ulasan MSO mengenai kedudukan dia dan Paul Phua dan pemintaan FBI adalah contoh terbaik mengenai apa yang ingin disampaikan oleh hamba.
ReplyDelete