ULASAN TENGAHARI
Dalam face book riuh randah dengan kemunculan sebuah risalah yang mengecam dan mengutuk beberapa orang pemimpin Pas. Antara pemimpin Pas yang menjadi serangan dan kutukan risalah tanpa penanggungjawab berkenaan ialah Mohamad Sabu, Dr Mohd Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin, Hanipa Maidin dan Phahrorazli Mohd Zawawi. Mungkin ada beberapa nama lain lagi?
Tidak pasti bila ia mula disebarkan dan berpusat di mana. Ia mula tersebar sejak minggu lalu. Katanya teruk juga kecaman dalam risalah berkenaan. Pemimpin Pas itu digelar sebagai "parasit". Kemarahan risalah berkenaan kepada pemimpin Pas itu ialah kononnya mereka hendak menjatuhkan presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Sepanjang sejarah Pas lebih 60 tahun dan berhadapan dengan beberapa kali pertandingan merebut jawatan, belum ada risalah seumpama itu diterbit atau disebarkan sebagai bahan kempen. Apa yang berlaku itu adalah satu fenomena baru yang ditetaskan oleh generasi baru kini. Sejauh manakah ia memberi keuntungan kepada perjuangan agama dibawa Pas, walhaualam.
Tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab ke atas penerbitan risalah berkenaan kerana ia tidak dinyatakan identitinya. Bolehlah disifatkan ia diterbitkan oleh jembalang dan mereka yang memusuhi Pas yang menjadi gunting dalam lipatan. Saya tidak fikir ia adalah kerja orang yang mencintai perjuangan Pas dan juga mencintai Abdul Hadi Awang sendiri. Sebagai seorang ulama besar Abdul Hadi sama sekali tidak merestui kegiatan seperti itu.
Siapa pun tidak akan berfikir dan bersetuju kalau ada orang beranggapan risalah sebegitu disukai oleh Abdul Hadi kalaupun ia membantunya. Jiwa agama yang ada kepada Hadi masih lagi menolak hal-hal sebegitu seperti mana Tuan Ibrahim Tuan Man yang melarang dan mengarah agar akaun facebook tidak bernama ditutup.
Seburuk-buruk ahli Pas mereka tidak berdendam antara satu sama lain dan tetap masih menggunakan kata-kata yang sopan dan tidak tergamak dicerca dan hina antara satu sama lain di tempat terbuka. Kehebatan Pas selama ini ialah berjaya menutupkan perbalahan mereka dari dunia luar. Umno menjadi hilang akal untuk mengsksploitasikan krisis dalaman Pas kerana ia tidak dibawa ke luar.
Mereka yang menerbitkan risalah itu juga sebagai dayus dan pengecut. Tidak bertanggungjawab dan ia lebih kejam daripada kerja Iblis dan syaitan. Bahkan Ibalis lebih bertanggungjawab dan baik daripada mereka kerana mereka berani berdepan dengan Tuhan, mengistyharkan perang terhadap manusia.
Tindakan sedemikian menyebabkan orang akan pertikaikan apakah dakwaan mereka terhadap para pemimpin Pas yang menjadi mangsa itu benar atau tidak. Kalau mereka bertanggungjawab mereka tampil ke hadapan untuk bersemuka. Kalaupun tuduhan ke atas kelima pemimpin itu benar, tetapi dengan tanpa nama disertakan menyebabkan orang meragui kebenarannya serta niatnya.
Kerana sifat risalah itu demikian busuk dan tidak bertanggungjawab, ahli Pas tidak perlu melayaninya. Bahkan tidak pun wajar memperpanjangkan copy page ke dalam facebook atau dikirmkan kepada rakan sebagai bahan berita. Perbuatan begitu seperti menyalai daging yang tidak disembeleh.
Jangan pedulikan kepada risalah itu dimana niatnya jelas bagi memecah belahkan ahli-ahli Pas. Risalah itu membawa keburukkan kepada Pas. Mungkin pemimpin seperti Mohamad Sabu dan yang lain itu boleh bersabar dan menerima seadanya, mereka sudah masak dengan kerenah perjuangan, tetapi mungkin tidak dengan pengikut mereka. Pengikut akan kesal dan marah dengan apa yang berlaku sehinggakan timbul rasa ingin membalasnya.
Bila pengikut tidak dapat menerima situasi itu saat inilah akan berlaku perpecahan. Apa yang perlu difikirkan kalau berlaku perpecahan siapa yang untung. Semua tidak laba dengan perpecahan melainkan pihak musuh. Perpecahan membawa masalah kepada puak yang disokong dan kepada puak yang dikhianati.
Kepada pemimpin Pas yang dikecam dan diburukkan itu hendaklah bersabar dan tidak mempedulikan semua itu. Tidak wajar bagi anda melayan kertas-kertas busuk begitu. Dan ahli Pas dibawah pula harus merasakan sayang kepada mereka dan seisapa sahaja. Sepatutnya semua ahli Pas merasa sayang dan tidak tergamak untuk memburuk-burukan ahli Pas kerana mereka adalah saudara separti.
Lantaran itu bagi saya mereka yang menerbitkan risalah secara hantu itu adalah musuh Pas yang sejati, tidak kira siapa dan apa tujuannya. Dan musuh Pas tidak kira siapa, mereka harus ditentang sampai ke liang lahad. Kalau kebetulan yang terlibat itu mereka merupakan ahli Pas, bertaubatlah dan hentikan kerja-kerja tidak menguntungkan itu. Pas tidak suka dengan perbuatan anda.
Manakala kalau ianya adalah kerja musuh Pas atau mereka yang kecewa dengan Pas kerana gagal mengapai sesuatu yang dihajati wajarlah mereka berbuat demikian, kerana orang kecewa sememangnya tidak ada kekuatan dalam perjuangan melainkan melakukan pengkhianatan demi pengkhiatan dalam gelap. [wm.kl.12:11 t/hari 15/04/15]
Tulisan2 yg anda tulis dlm blog ini juga merupakan salah satu cara menjatuhkan pimpinan pas...ramai yg mengakuinya.!!
ReplyDeleteWah... macai dh bg komen... sekurangnya blog n ada tuan. Jgn setakat ltk gambar mcm ulama tp minda masih tertutup.
ReplyDeleteKamal ahmad sila pergi ke sekolah dulu selepas belajar dan pandai baru bagi komen.....
ReplyDelete