Thursday, May 14, 2015

AA cabar AHA, langsunglah dalam baik

ULASAN MALAM                                                                                              

Beberapa minggu lepas saya sudah meramalkan yang bekas Presiden Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang (AA) akan mencabar kedudukan Abdul Hadi Awang (AHA) sebagai presiden Pas. Dan ramalan itu menjadi kenyataan hari ini apabila AA telah menyerahkan borang menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan AHA.

Abdul Hadi dicabar Ahmad Awang.
AA tidak memberi banyak alasan kenapa dia mencabar AHA. Beliau hanya menyebut untuk memperkukuhkan parti, meraikan kekawan dan sudah tentu sebab lain kerana pertandingan dibenarkan dalam Pas, dan pertandingan itu bagi menggambarkan Pas sebuah parti demokratik dan pertandingan itu menyuburkan demokrasi.

Sebenarnya pertandingan itu adalah perkara biasa, dan ia mengulangi siri-siri perebutan jawatan dalam Pas sebelum ini. Bukan tidak pernah pimpinan tertinggi Pas dicabar ataupun dikutuk sehinggakan mereka akhirnya mengambil keputusan berundur, ia pernah berlaku, maka tindakan AA hari ini adalah mengulangi sejarah menuruti tradisi.



Mungkin generasi baru dalam Pas yang baligh selepas Allahyarham Fadzil Mohd Noor membawa kepada AHA, tidak pernah melihatan itu ditentang berasa sesuatu yang pelik dan mengejutkan. Apa lagi yang beranggapan jawatan presiden itu adalah hak orang ulama sampai akhir hayat, akan beranggapan tindakan AA itu sebagai tidak tidak patut.

Bagaimana pun bagi mereka yang tahu, mengenali siapa AA mereka tidak mudah menuduh yang bukan-bukan bahkan AA sememang layak berada di jawatan tertinggi Pas bukan sahaja selaku presiden bahkan Mursyidul Am pun layak.

Lantaran itu hendaknya jangan ada yang meletakkan tindakan AA itu sebagai satu pengkhiatan, jauh sekali cuba merosakan asas kepimpinan ulama dalam Pas. Bukankah AA juga adalah seorang ulama dan fakeh mengenai agama? Siapa berani menafikan kehebatan AA dalam hal ini? Iya kecuali merekia yang bermata hatikan dengan emosi sahaja.

Sebagai pemuka agama dan da'i, kedudukan AA sama tinggi dan sama rendah dengan AHA. Bahkan dalam sudut-sudut tertentu pentadbiran dan organisasi AA lebih berpengalaman dari AHA. Sebelum keduanya aktif dan berkedudukan dalam Pas, ternyata AA jauh ke depan berbanding dengan AHA. AA pernah menerajui PUM berbelas tahun, sebaliknya AHA hanya menjadi ketua ABIM peringkat negeri Terengganu sahaja.

Menerima cabaran AA terhadap AHA ini semua pihak khasnya dalam Pas kena fahami lenggang lengguk politik. Apa yang penting mengkaji dan mencari apakah kunci maka AA telah mengambil keputusan mencabar AHA. Ia saya rasa bukan dibuat saja-saja untuk suka, atau pun menambahkan gimik dalam parti dan Pas, melainkan satu tanggungjawab sosial. AA berpegang kepada amanah dia sebagai seorang ahli Pas.

Dari itu AHA juga kena memahami kenapa beliau ditentang. Beliau kena mengkaji atau toleh ke belakang kenapa selama lebih 10 tahun beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Pas, tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini kedudukannya dicabar. Bagi saya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Dan kalau AA dianggap sebagai tebuan, beliau tidak akan keluar dari kloninya kalau bukan di usik atau berasakan perlu berbuat begitu.

Di sini saya tidak mahu mengulas panjang sebab dan faktor AHA dicabar. Saya tidak mahu meletakkan saya dalam lurah tohmohan dan fitnah. Bagi saya, kedua mereka saya hormati dan sayangi. Seperti juga tindakan AA, saya tidak lantang mengkritik AHA sebelum ini melainkan akhir-akhir ini, apabila ditenung kepada beberapa tindakan dan aksinya politiknya yang agak memelikkan dan janggal. Saya hanya lihat dari konteks siasah sahaja sebab Pas adalah gerakan sosial bukan jemaah dakwah total.

Orang yang waras akan dapat melihat perubahan sikap dan pandangan politik AHA sejak ke belakangan ini yang sonsang atau kontrodik dengan sikap dan pendiriannya pada tahun-tahun 80an lalu. Beliau jauh meninggalkan dirinya yang hebat pada tahun 80an hingga 90an dulu. AHA semacam kehilangan identiti dirinya. Hanya mereka yang pandir atau pun sengaja membutakan mata sahaja tidak mahu menerima hakikat ini.

Apa yang saya ingin katakan disini, ahli Pas harus menerima perlawanan antara AA dengan AHA sebagai perkara biasa. Jadikan perlawanan itu sebagai usaha dan ikhtiar memperkuatkan Pas. Selepas selesai sahaja perlawanan nanti semua harus kembali bersatu semula, berada dalam satu saf. Perjuangan Pas atau Pas itu sendiri tidak akan menjadi kuat tanpa ada kesatuan ummah dalamnya.

Perebutan jawatan dalam Pas bukan soal kalah atau menang yang menjadi matlamatnya. Tidak ada guna kalau menang jadi arang dan kalah jadi abu. Perebutan jawatan adalah untuk semua pihak memuhasabah diri menerusi perlawanan itu. Bukan sahaja kedua mereka tetapi para pendokong juga.Perlawanan itu memberi ruang kepada ahli menilai kredibiliti mereka untuk memimpin Pas, bukan membalas dendam antau menjadi medan mengatakan antara satu sama lain.

Terus terang walaupun saya secara peribadi boleh menerima kaedah pelawanan, tetapi bimbang takut kesan kepada pelawanan itu meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Kalau ini berlaku maka malanglah nasib Pas. Perbalahan selepas ini kerana perlawanan, jangan hendaknya menjadi barah membawa belah kepada Pas.Janganlah. Pas sesungguhnya berpotensi untuk menjadi parti peneraju negara ini.

Sebelum ini saya mengsyorkan agar diadakan kompromi bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perpecahan akibat perlawanan. Tetapi cadangan itu nampaknya disambut dingin. Saya meletakkan kedinginan itu kerana yakin semua orang dalam Pas senantiasa insaf dan bersikap gentlemen. Mereka berlawan tetapi tetap tidak ingat akan nawaitu dan ikrar mereka menyertai Pas.

Pas bukan sebuah game tetapi Pas adalah wadah perjuangan. [wm.kl.7:05 pm 14/05/15]

5 comments:

  1. Syukurlah, AA bersetuju untuk bertanding. Sebagai orang luar kita harap ahli-ahli Pas bijak menggunakan ruang dan peluang ini untuk memperkukuhkan pas, khususnya agar parti Pas dapat sokongan dan dokongan mereka yang bukan Islam dan orang Islam yang bukan ahli Pas. AHA sudah diberikan ruang seluas-luasnya untuk menerajui Pas tetapi keupayaan AHA setakat itu sahaja. Bila orang bukan Islam tidak menyokong hudud bermakna AHA gagal memainkan peranan atau mendekati dan memahami golongan ini. Islam yang dikatakan mementingkan kesederhanaan itu gagal diterjemahkan melalui tingkah laku yang dipaparkan oleh AHA khususnya dalam kemelut MB Selangor satu ketika dulu. Banyak penyokong PR yang terluka dengan sikap AHA itu. Dan kalaulah AHA terus menarajui pas, saya risau sokongan orang bukan Islam dan orang Islam yang bukan ahli Pas kepada PR akan menjadi lemah. Sikap AHA juga yang berdolak-dalik ketika krisis itu masih sukar untuk dilupakan. Bermakna tanggapan penyokong PR ialah adakah Pas akan mudah mengkhianati PR kelak jika Pas akan terus diketuai oleh AHA. Gambaran ini amat menakutkan kami penyokong PR yang bukan ahli Pas.

    ReplyDelete
  2. Selama ini muktamar berlangsung DLM keadaan Kotor ke.Otak kamu yang kotor.

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju ada pertandingan untuk memberi peluang anggota PAS membuat pilihan tapi jangan sampai caci mencaci mengaibkan yang tidak disukai.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa bukan saja saya, penjengok blog saya juga tidak mengalu-alukan orang yang bodoh sombong dan otak kemetot untuk memberi komen dalam blog ini. Dan kalau saya tak publishkan atau langsung menengoknya janganlah berkecil hati. Anda boleh bercakap mengikut bahasa dan laras anda di hadapan rumah sendiri sambil menutup mata dengan upih pinang. Tak jadi masalah anda membacanya sekurang-kurang anda tahu apa yang anda tidak tahu dan beranggap hanya anda yang betul.

    ReplyDelete
  5. Ramzi .... jangan komen kalau tak cukup ilmu. Aku pun tak setuju tapi bagi lah idea bernas kalau nak setuju ..

    ReplyDelete