Thursday, May 7, 2015

Laporan terkini PRK Permatang Pauh

DARI MASA KE SEMASA                                                                                                          

8:55 pm - Angka yang boleh diyakini, Dr Wan Azizah memperolehi 29,561 manakala BN meraih 20,019. Calon Bebas 350 manakala calon PRM 96. Majoriti 9,542. Tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh pihak SPR, yang mungkin lewat sedikit kerana Pengerusinya dilaporkan kurang sihat. Ulasan dan analisa dari blog ini akan dimasukan esok, insya-Allah.

8: 41 pm - Perkiraan sudah hampir selesai, Dr Wan Azizah meraih hampir 30,000 manakala calon BN lebih 20,000. Hanya kira-kira 2000 undi sahaja lagi yang belum dikira. Kalau pun kesemua 2,000 undi disedekah kepada BN, Azizah tetap menang. Syabas PKR dan DAP serta sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang menyokong.


8:25 pm - Dengan hanya kira-kira 5,000 undi yang belum dikira, kedudukan kini Dr Wan Azizah calon PKR masih mendahului tiga calon lain. Dr Wan Azizah mengutip lebih 27,000 undi manakala calon BN 18,000. Majoriti kira-kira 9,000.


7:52 pm - Saya baru dihubungi seorang pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat menjelaskan situasi yang sedang berlaku kini di Permatang Pauh. Menurut pemimpin berkenaan, Dr Wan Azizah sedang mendahului tiga calon lain dengan kelebihan 8,000 undi. Untuk mencapai majoriti 10,000 tidak mustahil. Katanya masih ada beberapa keputusan dari beberapa peti undi belum tiba dipusat pengumpulan parti. 

7:46 pm - Awas ada sumber dan carta palsu yang dikeluarkan pihak tertentu untuk mengelirukan laporan awal keputusan pilihan raya Permatang Pauh. Saya ingin meralatkan laporan dibawah ini.

Kedudukan terkini keputusan tidak rasmi dengan penjumlahan 34,000 undi, PKR masih ke depan meninggalkan BN dengan majoriti hampir 7,000 undi, BUKAN lebih 10 ribu undi. Momentum ini masih menunjukkan Dr Wan Azizah ke hadapan.

7:27 pm - Keputusan tidak rasmi yang diterima menunjukkan calon PKR Dr Wan Azizah dijangka menang dengan majoriti lebih 10,000. Apapun kita sama-sama tunggu pengumuman rasmi. Mengikut carta di Pusat Penjumlahan swasta, PKR memperolehi 32,018 undi manakala BN 21,176 undi. Mungkin angka ini berubah. Pohon jangan disebarkan ia hanya untuk makluman sahaja.

7: 11 pm - PKR masih lagi mendahului perkiraan tidak rasmi meninggalkan UBN lebih 100 meter. Sementara calon bebas dua-dua nampaknya sudah mengelincir ke luar landasan perlawanan. PKR kini sudah raih 14,000 sementara BN 8,000.

7: 00 pm - Kiraan tidak rasmi menunjukkan PKR sudah mengatasi UBN sebanyak 4,000 undi. Di Kubang Semang, UBN masih belum menang di mana-mana peti undi. Ada maklumat mengatakan pencapaian PKR di sini melebihi apa diraih dalam PRU lalu.

6: 51 pm - Dari sembilan saluran pengundi yang diketahui setakat ini, PKR sudah menang 700 undi. Umno menguasai saluran 1, yakni pengundi warga emas. Keputusan ini tidak rasmi.
 

6:28 pm - Maklumat dari pimpinan Pas, sepanjang pengundian berjalan tidak ada apa-apa masalah berlaku. Tindak ada tindakan pengundi Pas yang boikot pilihan raya berkenaan walaupun ada suara-suara sumbang meminta pengundi Pas memboikot atas alasan calon PKR tolak Hudud.
"Alhamdulilah, semua selamat, dan Insya-Allah Kak Wan akan menang," kata pemimpin itu. Nampaknya kebimbangan saya, Azizah akan menang disekitar 5,000 meleset?
 

6: 10 pm - Peratus keluar mengundi dalam PRK Permatang Pauh hari ini sekitar 73 peratus berkurangan berbanding dengan peratus keluar mengundi pada PRU lalu. Kekurangan ini adalah lumrah.

Berdasarkan kepada peratus keluar mengundi ini, disebabkan kerusi itu milik PKR, membayangkan PKR akan menang, seterus mengekalkan kerusi berkenaan.

Peratusan keluar mengundi besar, sebaliknya memberi kelebihan kepada parti lawan, BN. Itu adalah indikator lumrah.

Menurut maklumat pemerhati bebas, di Seberang Jaya mencatat bilangan pengundi paling ramai sebanyak 20 ribu, diikuti Permatang Pasir 16 ribu sementara di Penanti 14 ribu. Dianggar seramai lebih 50 ribu yang keluar mengundi.

Kawasan menjadi perhatian ialah di Permatang Pasir, yang merupakan kubu Pas. Sebelum ini ada desas desus pengundi di Permatang Pasir tidak mahu keluar mengundi. Realiti yang berlaku sebaliknya. Bersambung. 

No comments:

Post a Comment