Wednesday, June 17, 2015

Umno Kelantan selamatkan maruah kerajaan Pas

TERKINI                                                                                           

Mustapa memotong riben rasmi jambatan sementara.
Umno Kelantan telah bingkas mengambil tanggungjawab segera untuk memperbaiki masjid Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang yang rosak di landa banjir lima bulan lalu.

Untuk tujuan itu menurut Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed peruntukkan sebanyak RM50,000 telah disediakan dan peruntukan itu telah diserahkan kepada pihak yang diarahkan memperbaiki masjid berkenaan.

Tindakan Umno itu juga telah menyelamatkan maruah umat Islam yang didakwa dihina oleh DAP apabila parti sosialis itu mahu membantu menyumbangkan peruntukan membaiki masjid yang dilanda banjir itu.



Dua tiga hari lepas DAP menerusi ketua pemudanya Anthony Loke telah menyatakan kesediaan DAP menghulurkan bantuan membaiki masjid di Kampung Pasir Tumbuh Gua Musang yang rosak akibat banjir. Anthony mengumumkan demikian pada satu majlis penyerahan rumah mangsa banjir yang siap diperbaiki di kampung berkenaan. Anthnoy mengumumkan perkara itu apabila dimaklumkan imam masjid berkenaan mengenai keadaan masjid itu.

Ekoran tawaran bantuan oleh DAP itu, ia telah menjadi isu dan menyinggung perasaan sesetengah umat Islam khasnya orang Melayu Kelantan lantas Mustapa menyifatkan ia sebagai satu penghinaan DAP kepada orang Islam.

"Saya sudah serahkan wang itu dan sudah minta agar masjid itu diperbiki segera," kata Mustapa ketika menghubungi saya beberapa jam lalu.

Usaha dan inisiatif Umno Kelantan menyediakan peruntukan itu secara tidak langsung telah membela maruah orang Melayu dan Islam yang sepatutnya lebih peka mengenai masalah masjid tersebut. Sejajar itu juga tindakan Mustapa dan Umno itu telah menyelamatkan maruah kerajaan Kelantan yang tidak mampu untuk memperbaiki masjid itu kerana masalah kewangan.

Dalam percakapan dengan Mustapa, beliau sempat menyebut cara DAP membuat tawaran itu adalah sebagai hendak mengkritik kepimpinan Umno yang kononnya tidak pedulikan pembinaan masjid.

"Sebenarnya kita senantiasa mengambil berat dalam kes-keas kebajikan apa lagi berhubungan kegiatan pengembangan Islam. Apa yang berlaku di kampung Paisr Tumbuh itu, ia satu kes kecil yang terlepas pandang," katanya sambil memberi jaminan Umno akan sentiasa peka dengan hal-hal seperti itu.

"Kita berharap sekiranya ada apa-apa masalah terutamanya berhubung kepengingan Islam, maklumlah dan kita akan bertindak segera," tegasnya.

Bercakap mengenai masjid itu kampung Pasir Tumbuh itu, katanya dengan penyerahan peruntukan segera RM50,000 itu tidak berbangkit apa-apa lagi tuduhan kononnya Umno atau mana-mana pihak berwajib mengenai Islam di Kelantan mengabaikan tanggungjawab itu.

Dalam pada itu sudah tentu tindakan segera Umno memberikan peruntukan itu disambut dengan baik oleh penduduk kampung berkenaan.

Dua tiga hari lalu saya telah membuat catatan berhubung tawaran DAP untuk memperbaiki masjid itu yang dikatakan menghina umat islam. Saya menggesa Umno dan Pas menyahut cabaran dan penghinaan DAP itu dengan mengambil alih pembaikian masjid itu. [wm.kl.12:54 t/hari 17/06/15]

No comments:

Post a Comment