Tuesday, September 22, 2015

Bandar baru Dabong dimakan Baboon?

MISTERI BANDAR BARU (2)

Inilah tapak projek, ada tiga tompok pasir dan batu sahaja.
Sebelum sampai ke kawasan projek bandar baru Dabong saya membayangkan bermacam-macam keindahan yang bakal disaksikan. Saya kira projek itu sudah separuh dibangunkan. Dabong juga sudah mula berubah wajahnya. Kalaupun tidak seperti Dublin tetapi cukuplah seperti Jeli.

Sudah pasti juga kenderaan berat keluar masuk ke kawasan projek berkenaan, ia menjadikan pekan Dabong sibuk. Semuanya memunggah dan membawa berbagai-bagai peralatan untuk projek berkenaan.

Perjalanan yang jauh dan meletihkan itu, dikira akan terhibur dengan apa yang terbayang dalam ruang kepala. Saya tidak perlu rasa bimbang dengan lapar dan dahaga. Saya boleh berhenti dimana-mana restoran atau warung untuk minum. Mungkin dalam kawasan bandar baru itu juga disediakan kedai makanan segera seperti Kentucky dan Mcdonalds.

Papan iklan projek juga sudah tinggal kerangka.
Bagaimana pun apa yang dibayangkan tidak menjadi kenyataan. Sesampai di kawasan projek berkenaan, keadaanya tidak ada apa yang berlaku. Semuanya masih kekal seperti sebelum ini.

Terkejut saya apabila ditunjuki kawasan tapak bandar baru berkenaan masih kosong tergohong. Di tapak projek seluas 45.567 hektar dipenuhi dengan semak samun. Hanya ada ada tiga tompok pasir atau batu diletakkan di situ bersama beberapa keping batu jongkong.

Apakah ini material untuk membangun bandar baru? Tanya dan fikir saya. Peralatan lain juga tidak ada dan tidak kelihatan. Usahkan jentolak, lori, steamroll, lori pembacuh simen dan sebagainya, cak cangkul dan cak betul dan sikul dan sebagainya juga tidak ada. Ertinya projek itu tidak tersentuh apa-apa lagi. Bukan sahaja ia tebengkalai tetapi ia tidak pun dimulakan.

Jadi apa yang diceritakan oleh Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini hanya belawak semata-mata. Mungkin dia sendiri tidak pernah menjejaki kaki ke kawasan berkenaan, hanya melihat atas atas kertas atas pun proposal sahaja?

Apakah dia tidak rasa berdosa dengan apa yang diucapkan itu?

Satu penandatangani dilakukan pada hari perasmian.
Saya sempat membuat penyelidikan dan carian dalam internet untuk mengetahui latar belakang projek berkenaan. Dari catatan ia menunjukkan projek itu dilancar pada Oktober 2012 oleh bekas MB Allayharham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perlancaran dibuat bersama dengan pembukaan rasmi ibu pejabat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) baru yang terletak bersebelahan dengan tapak projek berkenaan dan setentangan pula dengan kilang KPK.

Satu bangunan baru untuk ibu pejabat KPK dibina dengan kos hampir RM1 juta. (Cerita mengenai bangunan KPK ini dalam episod lain).

Nilai keseluruhan projek bandar baru itu ialah RM40 juta yang akan dibangunkan dalam tiga fasa yang meliputi 426 unit pelbagai bangunan. Ecerannya, rumah teras setingkat, (kos rendah) 48 unit, rumah teras sedarhana 96 unit, rumah berkembar satu tingkat 56 , banglo satu tingkat 100 unit dan rumah kedai dua tingkat 20 unit.

Turut sama dibangunkan ialah Majid, Taman Permainan Kanak-kanak, pasar raya dan setesen minyak.

Projek itu dibangunkan oleh Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang diadakan secara usahasama dengan ssyarikat DSP Group Compenies yang beralamat di luar Kelantan.

Ada cerita menarik disebalik perancangan untuk membangunkan bandar baru Dabong itu. Inilah yang menjadi misteri dan menyebabkan kenapa projek berkenaan tidak menjadi. Ia semacam ada penipuan disebaliknya.

Majlis perlancaran gilang gemilang tempoh hari dibuat hanya untuk mengabui mata sahaja. Apa yang dicari dan dikejar disebalik itu ada perkara lain. Tunggu dalam siri seterusnya apakah jenis undang apakah yang ada disebalik batu projek bandar baru Dabong itu. (Bersambung). [wk.kl. 9:40 am 22/09/15]

No comments:

Post a Comment