Saturday, September 19, 2015

Menyelesaikan urusan korban di Aceh

KENYATAAN

Dr Azman dan pembantunya Syamsuddin.
Dalam kunjungan singkat saya ke Aceh Darussalam kelmarin untuk menyempurnakan urusan korban di sana, saya sempat singgah di masjid raya Baiturrahman Banda Aceh. Masjid ini tidak akan ketinggalan akan saya kunjunginya setiap kali menjejaki kaki ke bumi tanah runcing itu.

Kepada saya kalau ke Aceh tidak memasuki ke masjid ini semacam tidak sah. Bagaimana lorak dan sibuk sekali pun saya akan singgahinya, tidak lama cuku sekejap.

Tambahan lagi pemergian saya kali ini ditemani isteri, dia belum pernah ke Aceh, dan satu kesalahan kalau saya tidak membawanya untuk bersolat dan melihat keindahan dan seri masjid berkenaan yang menjadi bahtera menyelamat mangsa tsunami 14 tahun lalu. Saya menyaksi sendiri macam mana belasan ribu manusia memenuhi setiap ruang masjid ini hingga ke atas bumbungnya kerana menyelamatkan diri dari ombak besar manakala ratusan mayat bergelimpangan di lantai masjid.

Menyerahkan wang korban kepada Ustaz Wahidi.
Sebaik melangkah kaki ke laman masjid itu ia menimbulkan sedikit tanda tanya sebab kawasan masjid itu kini dipagar atau didindingi dengan kanvas.

Ruang air mancur atau pun laman tempat beriadah atau bereakreasi yang mana ia menjadi salah satu lokasi popular bagi masyarakat Aceh beristirehat bersama keluarga dan anak-anak sebaik mentari Zohor menurun, sudah tidak dapat dilihat lagi.

Rupa-rupanya masjid raya itu sedang dalam proses diperindahan dan penyelesaan dengan projek pembangunan landskap dan infrastruktur, pembinaan payung gergasi dan juga pembinaan tempat wuduk dan parking dibawah tanah.

Projek itu dimulai beberapa bulan lepas. Apabila siap nanti menyebabkan ruang luar dan persekitaran masjid itu akan berubah dan menjadi bertambah indah. Payung besar yang dipasang itu persis payung yang menghiasi di laman masjid Nabi di Madinah. Payung automatik itu akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya bila keadaan diperlukan.

Dari pengamatan kepada gambar lakar yang tertera di kanvas, terdapat lapan hingga 10 buah payung akan dipasang. Selain pembinaan payung itu kemudahan lain yang lebih canggih dan sistemetik juga turut sama dibina termasuk kolam air mancur. Gambar dari berbagai dimensi yang ditunjukkan ia memberi gambaran persekitaran masjid itu akan berubah secara total.

Menurut Imam Besar Masjid Baiturrahman Dr Azman Ismail, MA  projek itu akan siap sepenuh dalam tahun 2017, dan beliau meminta maaf atas ketidakselesaan pengunjung kerana projek berkenaan. Mengenai perbelanjaan katanya ia dibiayai sepenuhnya dari kerajaan Aceh, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak termasuk dari Jakarta. Beliau tidak menyebut berapa banyak perbelanjaan diperuntukkan.

Dalam pada itu disini saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penjenguk blog saya (Merah Tinta) yang ikut sama berkebajikan bersama saya. Insya-Allah korban kita semua akan dilaksanakan dengan sempurna oleh Ustaz Wahidi Ahmad iaitu Mundir Dayah Babul Maarif di Ladong, Aceh.

Semoga kira-kita 100 anak-anak pasteran pondok berkenaan yang kebanyakan mangsa tsunami tahun 2004 bergembira dengan korban kita. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih banyak atas perhatian anda semoga ditahun hadapan atau masa-masa lain tradisi ini akan diteruskan lagi. Atas segala budi baik anda semua hanya Allah akan memberi ganjarannya. [wm.kl.9:20 am 19/09/15]

Gambaran persekiataran baru masjid Bairurahaman.
Pintu gerbang baru yang sungguh gah.
Gambaran masjid dari laman baru.
Gambaran masjid dari atas sesudah siap.
Ruang rekreasi dipagar.






No comments:

Post a Comment