Tuesday, October 13, 2015

Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan

BERITA PETANG

Ibrahim bersalam dengan presiden parti agama.
Dua peristiwa politik yang berlaku semalam dan hari ini di negara kita, ia mungkin memeranjatkan bagi mereka yang tidak berapa faham dan fasih dunia politik serta berfikir sejalur dalam siasah.

Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang diadakan oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid.

Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja.

Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim Ali ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kemudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya.

Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathias Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu.

Sebagai sebuah pertubuhan redikal Melayu, Ngo itu patut menuntut pembebasan tahanan itu apa lagi ia dibuat kerana kedua tahanan itu membangkitkan soal skandal 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku seperti sepatutnya.

Tetapi Ibrahim memilih mengadakan "kujutan" lain dengan bertandang ke pejabat parti agama, Pas. Seumur hayat Ibrahim itulah kali pertama dia bertandang ke pejabat parti itu. Semasa dia bertanding atas tikit Pas tahun 2008 Ibrahim tidak pun pijak pejabat agung Pas.

Seperti saya kata tadi, mereka yang tidak faham politik akan rasa terkejut dengan kunjungan Ibrahim itu. Dalam masa sama ia dianggap sesuatu tuah kepada Pas. Tuah memang ia, tetapi kalau mengejutkan ia sesuatu yang tidak perlu sampai ke peringat begitu. Bagi Pas kehadiran Ibrahim itu sedikit sebanyak dapat membalut luka apabila ramai bekas pemimpinnya meninggal parti berkenaan tetapi kalau hendak disifatkan laba besar tidak seberapa.

Berkawan dan berbaik dengan Ibrahim ia menambahkan busuk Pas yang sedia berbua.

Kekosongan yang berlaku dalam Pas diharap dapat ditampung oleh Ibrahim dan Ngonya kalau pun tidak dapat memenuhinya. Menjadi persoalan juga yang hadir ke pejabat parti agama itu, hanya Ibrahim bersama beberapa kerat pimpinan sahahja di mana ia tidak dihadiri pimpinan kanan Ngo itu yang lain. Apakah idea itu hanya bersifat peribadi Ibrahim sendiri?

Atau pun kunjungan untuk menjalani pendekatan dengan Pas itu tidak dicapai secara sebulat suara dalam Ngo berkenaan. Pernah terjadi sebelum ini ramai pemimpin Ngo itu diperingkat negeri meletak jawatan dan meninggalkan Ngo itu apabila ia diura-urakan untuk diubah menjadi parti politik. Banyak perkara dalam Ngo itu dibuat secara ad hoc.

Bagi saya kunjungan Ibrahim itu tidak mengejutkan. Tidak ada apa yang pelik dan ganjil dalam politik yang saya sifatkan politik Malaysia sudah sampai kepada politik "tahi anjing" waktu ini. Jauh sekali ia satu berita istimewa untuk dijaja. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku. Salah satu ialah macam mana Ibrahim yang menentang Pas kemudian menjadi calon Pas, (bertanding atas tikit Pas) kemudian menentang Pas kemudian ditantang pula oleh Pas kini.

Suatu masa Ibrahim menghina dan mengutuk sehabisnya Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian memeluk dan mendakapnya seperti apa yang dilakukan kepada presiden parti agama hari ini. Aksi, susana dan gambaran sama dipamerkan sekali lagi. Ia seolah Ibrahim menayang balik kepura-puraanya selama ini. Namun anihnya manusia tidak pernah serit dengannya.

Bagi Ibrahim dan mereka yang tidak tahu meletakkan moral dalam politik, apa yang berlaku hari ini adalah pencapaian baginya. Apabila Pas menerima Ibrahim - untuk menjalani kerjasama mendokong isu-isu sefahaman, presiden Ngo itu dapat merasakan nyawa politiknya hidup semula. Ibrahim kini merasakan dia sudah ada sebatang lilin untuk menyuluhnya ke parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Orang yang bijak dan tahu membaca peta politik akan tahu ke mana arah dan tujuan Ibrahim itu. Terkilas ikan di air sudah tahun pondan atau bapok. Kunjungan itu sangat bermakna baginya dan sudah pasti mulai malam ini Ibrahim akan mula mengarai mimpi-mimpi indah di hari muka dalam pilihan raya ke-14 kelak. Apa yang Ibrahim hajat ialah kerusi parlimen Pasir Mas.

Bagi saya, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu. Ibrahim seorang yang licik dan daya diplomasi tidak bermoralnya sangat tinggi dan menakjubkan. Dia boleh dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perbuatan dan kerja-kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh orang lain. Dia juga pernah berkata kalau dia menyertai Umno semula dia akan cium punggung Mahathir?

Sebelum dia berkunjung ke pejabat Pas, saya sudah memerhati dia sangat rapat dengan Mustapa Ali dan mereka sering berhubung.  Saya sangat percaya mereka berdua ada misi tersendiri demi kepentingan kedua-duanya.

Saya ternampak sendiri dalam satu majlis tahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah mereka duduk semeja dan menyerlahkan keintiman. Ketika itu firasat saya sudah membaca apa yang akan berlaku seterusnya. Dan yang berlaku hari ini memberi kebenaran kepada apa yang saya bayangkan itu.

Tidak ada masalah kalau Ibrahim bekerjasama dengan Pas. Itu adalah pilihan terbaik buatnya apabila pintu untuk dia memasuki Umno terkunci rapat. Tetapi apakah Pas boleh menerima begitu sahaja apa yang dijanjikan?

Saya tidak ingin memberi ingatan kepada Pas agar waspada dengan Ibrahim Ali. Itu bukan hak saya. Cuma selepas ini saya akan cuba membuat ulasan apakah implikasi dan natijah daripada kerjasama parti agama itu dengan Ngo yang saya juga pernah terlibat dengan penubuhannya itu. [wm.kl.7:33 pm 13/10/15]

No comments:

Post a Comment