Saturday, December 12, 2015

Najib pukul Muhyiddin secukupnya kemudian minta maaf

PENANGGUHAN

Bagi perwakilan PAU yang dibius beberapa hari kemudian disedarkan pada hari akhir persidangan, untuk mendengar penggulungan oleh presiden parti, terkejut beruk sambil mengangkat tabik kepada Najib Razak yang dianggap sebagai wira apabila presiden Umno itu menunjuk baik membuka pintu hatinya dan menghulur salam kemaafan kepada semua orang yang bersalah dengannya.

Muhyiddin menyanyi tanpa angkat tangan.
Mereka akan menganggap Najib benar-benar berjiwa besar seperti mana diakui perdana menteri itu, bahawa dia, Najib Razak berjiwa besar sanggup memaafkan sesiapa yang menentannya.

Ucapan atau huluran kemaafan Najib itu dilihat dituju khas kepada Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin yang membuat kritikan dan teguran kepadanya.

Mereka - para perwakilan mengira Najib adalah pemimpin yang tidak ada dua dan tiga bagi mereka dan dianggap seorang baik dan pemaaf?

Begitulah dirasai oleh orang yang tersedar dari bius, akan menerima apa sahaja yang dilakukan ke atasnya sebagai baik kerana mereka tidak sedar apa yang berlaku dalam dia tidak kabar. Walhal semasa mereka tidak sedar apa sahaja diperlakukan ke atas mereka termasuk perbuatan yang kotor dan mejelek mata termasuknya batu pelernya dijamah dan dibubuh kapur. Sorry.

Begitulah apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka sekejap tadi semasa Najib menjadi penggulung tunggal PAU ke-69, para perwakilan bersorak, hiba dan gembira melihat dan mendengar persembahan sandiwara akhir Najib yang menakjubkan bagi mereka.

Hakikatnya apa yang Najib tunjukkan itu adalah satu sikap hipokrit yang paling huduh dan mempamerkan sikap pengecut yang jelek belum pernah dilakukan mana-mana presiden Umno. Najib membuka pintu dan menghulurkan tangan kemaafan kepada orang yang dikecam, dinafikan hak dan dihina bertubi kali.

Muhyiddin hanya tunduk kekosongan?
Apa yang Najib lakukan terhadap Muhyiddin itu sepertilah dia telah mengikat tangan dan kaki Muhyiddin dan Shafei Afdal kemudian membalun dan memukulnya sesuka hati tanpa simpati langsung. Najib menunjukkan dan mengaku dia berani dengan musuh yang dipasung.

Jika Najib ikhlas dan jujur untuk memaafi Muhyiddin dan sesiapa sahaja kerana melakukan perbuatan yang telah menguriskan hatinya, Najib tidak akan mengulangi kecaman dan sindiran kepadanya Muhyiddin sampai memetik perlembagaan parti dan ayat-ayat Quran serta kata-kata Pendeta, sebaliknya beliau terus menghulurkan salam kemaafan tanpa prajudis.

Dan seperti saya nyatakan sebelum ini Najib akan dilihat berjiwa besar dan seorang pemaaf sejati apabila dia menghulurkan tangan kemaafan pada akhir ucapan dasar dua hari lepas. Alangkah dewan akan bergetar dengan rasa hiba kalau Najib sesudah berucap berjalan dan berpelukan dengan Muhyiddin.

Tetapi apabila dia membuat aplogetik itu dihari akhir, selepas sebelum ini kononnya Muhyiddin akan memohon maaf tetapi tidak, maka nampak Najib terus berpolitik dengan tawaran itu. Keikhlasan Najib memohon maaf itu juga dibuat-buat apabila beliau terus menjerit perkataan "tidak akan pencen dan berundur".

Menuglas mengenai budi baik Najib itu, tidak berdosa rasanya kalau Muhyiddin tidak memberi respons positif kepada apa dilakukan laki Rosmah itu. Wajar TPM itu berbuat begitu setelah beliau dihina, dan dilutu demikian rupa oleh Najib tanpa memberi sekelumit ruang untuk menjenguk kepala. Kalau Muhyiddin tidak sedia akur dengan huluran Najib itu jangan salahkan kepadanya, kerana sebagai seorang manusia dan ahli yang sah dia ada maruah dan harga diri.

Bukan sahaja Muhyiddin, tetapi sebahagian besar perwakilan dan pemerhati lain juga berasakan tidak adil dia dijera dijadikan tongkol kayu di petas utama.

Mungkin Muhyiddin akan terkesima dengan tawaran kemaafan Najib itu kalau dia diberi peluang untuk berucap menjawab dan membela tuduhan dan kritikan ke atas dirinya. Orang juga akan marahkannya kalau beliau terus berdegil untuk tidak berdamai. Namun apabila haknya dinafikan, kesalahan itu diletakkan ke atas Najib yang dilihat sebagai kejam dan zalim.

Dan apa yang berlaku di atas pentas utama tadi, apa yang sempat saya intai, ternyata Muhyiddin tidak gembira degan apa yang berlaku. Dalam saat orang lain sebak dan terharu dan berasakan Najib seorang wira yang mulia nan agung, Muhyiddin hanya selamba sahaja. Benar, dia bersalam dengan Najib dan Najib lambat lambat untuk melepaskannya, (bagi membolehkan kamera merakam), tetapi dalam hati Muhyiddin siapalah tahu. Gerak badan Muhyiddin mencerita akan kejengkilan sebenar.

Indikator jelas bahawa persalaman spotan itu tidak memberi bekas kepada Muhyiddin apabila beliau tidak ikut mengangkat tangan, melambai-lamai, sewaktu semua pimpinan dan perwakilan menyanyikan lagu, "anak kecil bermain api". Muhyiddin menyanyi dengan penuh kekakuan, tanpa ada semengat kekitaan membusung di dada.

Beliau baru mengangkat tangan apabila dua orang di kiri dan kanannya memaut dan mengangkat tangannya.

Sesudah menyanyi Zahid Hamidi kelihatan berkata sesuatu kepada Muhyiddin, tetapi tidak dipedulikan, tanpa langsung memandang ke muka Zahid. Gambaran itu menunjukkan suasana spotan di atas pentas itu untuk menujukkan keretakan dalam Umno, khasnya antara Najib dan Muhyiddin pulih seperti sedia kala, tidak berjaya.

Saya yakin selepas ini Muhyiddin akan bergerak dan akan ada forum untuknya menjawab persoalan yang diterpakan kepadanya di sepanjang PAU itu. Sesungguhnya Muhyiddin akan menjawab dan menjelaskan gambaran yang cuba dikelirukan yang kononnya dia bersedia menerima huluran maaf daripada Najib.

Apa yang kita kenal Muhyiddin seorang berprinsip dan bermaruah serta sangat mematuhi agama. Dan Umno akan terus retak kalau pun tidak sampai membawa belah. [wm.kl.6:37 pm 12/12/15]

No comments:

Post a Comment