Friday, March 4, 2016

Deklarasi anti Najib bakal catat sejarah besar Malaysia

PERHATIAN

Seluruh pemerhati politik dan peminat politik negara kini menanti berlangsung deklarasi anti Najib Razak, Selamatkan Malaysia yang akan dilakukan sekejap lagi. Deklarasi ini diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin parti pembangkang yang akan menyatakan sikap dan pendirian bersama untuk mendesak Najib berundur. 

Deklarasi petang ini akan menjadi berita dunia dan sudah tentu memberi pukulan maha hebat kepada Najib yang ketika ini berada di luar negaara.

Derklarasi ini turut sama dihadiri Muhyiddin Yassin. Beberapa pemimpin utama parti pembangkang telah pun hadir. Mereka tidak menyatakan pendirian parti masing-masing. Antara yang hadir, Mustafa Ali, Tian Chua, Sallahuddin Ayub, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Ngo. Presiden Perkasa(m) bagaimana pun tidak kelihatan.

Dr Mahathir Mohamed sudah hadir. Turut sama hadir ialah Mohamed Azmin Ali, Mukhriz Mahathir dan lain-lain. 

Insya-Allah saya akan ulas peristiwa ini dalam blog ini selepas majlis selesai. wm.kl.3:30 pm 04/03/16].

No comments:

Post a Comment