Monday, March 7, 2016

Deklarasi rakyat tidak akan jatuhkan Najib, usah bimbang

SANTAI PETANG

Kenapa Mahathir tidak bangkit isu ini walaupun
sudah lama Anwar perkatakan?
Malam tadi ketika di sebuah kedai makan saya terserempak dengan sekumpulan anak muda dan beberapa veteran politik yang prihatin dengan perkembangan politik negara. Perbualan mereka tertumpu kepada isu deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Naji Razak. Macam-macam pendapat yang dikeluarkan dan ia seimbang. Ada yang yakin akan keberkesanan deklarasi berkenaan, dan ada yang anggap sebagai sama dengan isu dan aksi-aksi lain sahaja yang berlaku sebelum ini kemudian kemudian akan berlalu begitu saja.


Salah seorang mereka memberanikan diri bertanya pendapat saya mengenai deklarasi itu. Dia seorang aktivis politik yang aktif. Dia ingin tahu apakah motif Dr Mahathir Mohamad menjadi ketua melancarkan deklarasi berkenaan. Saya tidak fikir dia tidak mengetahuinya, tetapi sengaja mahu meninjau pendapat saya.

Dua persoalan yang diajukan, apakah motif atau tujuan dan sejauh manakah keberkesanan terhadap Najib?

Saya menjawab dengan ikhlas tanpa bias walaupun dari satu segi setuju kalau Najib berundur. Sebab-sebabnya seperti mana yang telah saya catat dan tulis sebelum ini. Sebahagian yang terkandung dalam deklarasi itu adalah puncanya kenapa Najib perlu berundur, dia sudah membawa kerosakan teruk kepada negara.

Mengenai tujuan Mahathir itu bagi saya jelas. Mahathir berbuat begitu kerana dia sakit hati dengan Najib. Perkara besar kenapa dia sakit hati ialah apabila Najib tidak sedia akur dengan beberapa kehendaknya. Najib pernah mendedahkan Mahathir meminta sesuatu yang tidak boleh ditunaikan kerana ia seakan "memakan" kuasa dia sebagai PM. Mengikut Najib kalau dia memenuhi tuntutan Mahathir menyebabkan tidak bermakna dia menjadi PM. Najib mahu kuasa prerogetifnya sebagai PM kekal.

Itulah sebabnya, Mahathir berbuat begitu kerana masalah peribadi dan bukan masalah rakyat sangat. Mahathir bukan beriya untuk menumbangkan Umno, apa lagi ignin memulihkan kebobroakan dalam Umno yang dia sendiri amalkan, tetapi hanya ingin mengerjakan Najib kerana kecewa atas sebab-sebab tertentu itu.

Dalam pada itu Mahathir ada sebab kenapa dia mahukan sesuatu yang lebih daripada Najib, kalau boleh menjadi penasihatnya, ialah demi untuk mencapaikan sasaran peribadinya. Lama sebelum ini saya sudah katakan dan orang tahu yang beliau menyimpan niat dan cita-cita besar untuk mengangkatkan anaknya Mukhriz sebagai PM. Mahathir mahukan meninggalkan legasinya setanding dengan Razak Hussein.

Jadi apabila Najib tidak bersedia untuk memenuhi kehendak itu bagi membolehkan dia meninggalkan legasinya, maka dia mulai berdendam dan tidak senang dengan Najib. Serangan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 billion adalah antara senjatanya. Kenapa Mahathir baharu menyebut perkara itu sedangnkan isu 1MDB ini telah lama ditimbulkan oleh oposisi khasnya oleh Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim. Sejak tahun 2011 lagi isu 1MDB ditimbulkan oleh pembangkang tetapi Mahathir senyap tumpas sahaja.

Kalau Mahathir ikhlas dia sudah pun melenting dan mendesak Najib dengan itu sejak 5, 6 tahun lalu lagi.

Apakah beliau tidak tahu perkara itu dan percaya, atau sengaja mendiamkan diri kerana sudah ada niat untuk dijadikan senjanta bagi mengugut Najib? Mungkin Mahathir sudah buat persiapan isu itu akan dijadikan senjata akhir untuk menuntut sesuatu daripada Najib sekiranya PM itu tidak sedia akur kepada kehendak dan tuntutannya.

Mungkin setelah semua usahanya untuk mempengaruhi Najib dengan cara lain bagi mencapaikan hasratnya tidak berjaya baharu Mahathir mengguna isu 1MDB. Beliau tambah lagi dengan isu lain seperti soal dana RM2.6 billilon dan juga mengenai sikap boros Rosmah Mansor.  Dan beliau menjadi sakit hati dan marah lagi apabila anaknya disingkir sebagai MB Kedah, dimana kejadian itu sangat mengaibkannya. Mahathir mengira ia satu contengan arang ke mukanya oleh Najib yang tidak terkata.

Jadi sebagai orang politik yang tidak pernah mengaku kalah maka Mahathir sanggup menggadaikan air muka dan maruahnnya termasuk bergabung dengan oposisi yang dia sendiri lawan sebelum ini kerana melayan sekeping hati yang kecewa.

Apakah deklarasi itu akan berjaya? Saya jawab ia tidak akan berjaya kalau hasrat Mahathir dan oposisi hendak singkirkan Najib sebagai PM. Dan saya sudah katakan Mahathir perlu ketepikan kepentingan peribadi sekiranya dia mahu deklarasi singkirkan Najib. Mahathir juga perlu lebih komited dengan usaha itu bukan sahaja menyingkirkan Najib sebalik menerima saranan seperti dikemukakan Mohamed Azmin Ali melakukan perubahan total ke atas Umno termasuk meruntuhkannya.

Tetapi saya nampak Mahathir tidak sampai ke situ. Beliau hanya ingin menolak Najib sahaja, sedang masih percaya dengan Umno dan diharap Umno akan menjadi wadah untuk mencapai hasratnya meninggalkan legasi.

Justeru kalau begitulah sikap dan pendirian Mahathir saya yakin dan percaya deklarasi itu tidak akan mampu menjatukan Najib. Najib boleh tersenyum sahaja dengan deklarasi itu. Najib tidak perlu bimbang. Kepaduan ahli Umno dikalangan ahli MT dan menteri serta ketua bahagian yang menjadi benteng kepada Najib masih kuat. Orang ini akan tetap menjaga dan mengawal Najib. Selagi Najib boleh menyediakan upah kepada mereka, mereka akan berdiri teguh di belakang Najib.

Usah bercakap fasal perjuangan membela rakyat dan negara, itu hanya omongan dan bohong belaka.   Dalam Umno banyak pencari makan dari pembawa obor perjuangan. Perhatikan kepada mereka yang bercakap membela Najib dan memaki hamun Mahathir. Satu masa dulu mereka juga yang membela dan mendokong Mahathir. Hari ini bila Mahathir sudah menjadi yatim piatu dan muflis kuasa, mereka tinggalkan Mahathir bagaikan bangkai busuk. Itulah sikap dan budaya Umno.

Mengenai deklarasi itu Mahathir ada serampang dua mata. Dia tahu Najib tidak mudah untuk disingkirkan untuk waktu ini. Dengan sikap tepu orang Umno Najib akan kekal. Tetapi apa yang menjadi harapan Mahathir ialah Najib disingkirkan dalam pilihan raya umum akan datang. Itu yang Mahathir harapkan.

Dan kata saya dia juga tahu, angan-angannya untuk meninggal legasi tidak akan tercapai lagi. Tetapi dia akan berpuas hati kalau Najib dapat diturunkan dalam pilihan raya akan datang. Bagi Mahathir dia akan berpuas hati kalau tidak dapat mematahkan kepala Najib tetapi cukup memuas telinganya. Begitulah Mahathir yang kita kenal dia seorang yang pendendam dan tidak mudah mengalah sesuai dengan genetik yang ada dalam tubuhnya.

Si bertanya terdiam dan mereka seakan agree dengan apa yang saya katakan. Dia cuba bertanya lagi apa akan jadi selepas ini. Saya hanya mengulang apa yang saya fikirkan, projek deklarasi itu akan ditentukan pada 27 Mac ini apabila dapat disaksikan sejauh mana sambutan. Namun walaupun ia tidak memberi kesan besar kepada Najib, sedikit sebanyak deklarasi itu menghantui Najib. [wm.kl.7:00 pm 07/03/16]

No comments:

Post a Comment