Saturday, January 21, 2017

Ada usaha untuk jatuhkannya - apakah Zahid sindir Hishamuddin?

KATA SABTU

Semalam Zahid Hamidi mendedahkan ada usaha untuk jatuhkan dia sebagai ahli Parlimen Bagan Datuh dalam Piraum akan datang. Beliau menyifatkan usaha itu sebagai "rosak bermula di kapala".

Zahid tidak menyebut puak manakah yang berusaha menjatuhkannya? Saya tidak fikir ianya oleh pembangkang, DAP, PKR atau Amanah. Tidak perlu untuk Zahid mendedahkan kalau usaha itu dilakukan oleh parti Pakatan Harapan itu. Sememangnya kerja mereka hendak menumbangkan Zahid.

Lagi pun dengan kedudukan dan pengaruhnya di Bagan Datuh dia tidak perlu bimbang kepada usaha pembangkang itu. Jawatan TPM dengan segala macam kemudahan yang dimiliknya dengan mudah beliau melemahkan usaha itu.

Sikap Pas yang kini telah berpisah dengan parti pembangkang memberi keuntungan kepada Zahid. Pengaruh Pas disitu boleh dikira kuat juga, apa lagi kerusi Bagan Daduh pernah menjadi kerusi Pas. Saya mengira orang Pas akan bersama Zahid salam pilihan raya akan datang.

Justeru saya mengira ada pihak lain yang lebih membimbangkan Zahid. Apakah puak itu dari dalam Umno sendiri? Kalau ia begitu apa salah dan kelemahan Zahid sehingga bahagian sendiri ingin menjatuhkannya. Kalau benar begitu maka lemah sangatlah Zahid. Apakah dosanya di Bagan Datuh. Macam mana hendak jadi PM kalau sokongan dalam bahagian sendiri pun tidak padu.
Sedar atau tidak, dan perkara ini disedari oleh Zahid, dalam Umno kini sedang berlaku gelora dan percaturan bagi memenuhui kekosongan dalam hirearki dalam Umno masa kini. Tiga jawatan utama kosong yang perlu diisikan; timbalan presiden dan dua jawatan naib presiden.

Ahli-ahli Umno yang menjadikan parti sebagai sumber pendapatan sudah mula mengatur untuk menaikkan tokoh-tokoh idola mereka ke atas. Apakah percaturan ini disifatkan Zahid sebagai usaha untuk menjatuhkannya?

Dalam percaturan itu ia termasuk mencari ruang untuk jawatan timbalan presiden dan sekurang-kurang dua jawatan naib presiden. Jawatan timbalan presiden yang dipangku oleh Zahid kini, kosong dan jawatan itu bukan hakikat kepunyaannya. Cadangan agar jawatan pemangku TPM itu diendorsekan oleh MT membayangkan keinginan Zahid untuk berkuasa. 

Begitu juga jawatan naib presiden menjadi kosong secara automatik apabila Zahid memangku jawatan timbalan dan terkeluarnya penyandang Shafei Afdal.

Untuk memenuhui kekosongan itulah kini wujud gelora dalam Umno kerana berlaku percaturan.

Apakah Zahid mendedahkan ada usaha hendak menjatuhkannya, bila dikaitkan dengan keadaan dalam Umno ini, mungkin apa dimaksudkan Zahid itu ianya dari Umno sendiri, dilakukan oleh mereka yang busuk. Dan kerana kata atau umpama Zahid ia umpama ikan busuk bermula di kepala, siapakah yang menjadi kepala untuk menjatuhkannya.

Orang yang mahu melihat Zahid tumbang tentu mereka yang tidak mahu melihat Zahid terus selesa menjadi TPM seterusnya menjadi PM dan tentu sekali kumpulan itu mereka yang ada calon lain untuk diletakkan di tempat Zahid.

Apabila bercakap fasal ini dan mencari siapakah tokohnya, ia tentulah orang yang senior dalam parti waktu ini yang berada di hirearki ketiga, iaitu dijawatan naib presdiden. Siapakah pula yang satu-satu berada di takah naib presiden waktu ini yang layak. Jawabannya ialah Hishamuddin Hussein.

Ada kemungkinan kalau didhomankan orang atau puak yang dimaksudkan Zahid itu ialah dari kalangan Hishamuddin Hussein. Seperti saya katakan tadi kalau ianya dari pembangkang tidak perlu dan penting untuk Zahid mendedahkannya. Apakah jentera Hismauddin kini sudah menembusi Bagan Datuh? Ada kemungkinannya? [wm.kl.1:14 pm 21/01/17]

No comments:

Post a Comment