Wednesday, January 18, 2017

Dr Mahathir bukan memomokkan isu

CATATAN DI RANTAU

Dr M: Dakwaanya ada benarnya?
[kemaskini] Di kejauhan ini teringin juga saya hendak menyentuh sedikit mengenai polemik (perbalahan kata-kata) antara Dr Mahathir Mohamad dengan seorang sultan di negeri bahagian selatan Semenanjung.

Sultan berkenaan diaporkan terkilan dengan cara Dr Mahathir mempertikaikan pembangunan di negeri itu yang boleh menguntungkan orang asing dan akhirnya menyebabkan kemungkinan negeri itu tergadai.

Isu dibangkitkan bekas PM itu ialah mengenai kemasukan warga Cina ke negeri itu menerusi projek dinamakan Forest City yang merupakan bandar hijau ala tropika yang bebas cukai. Apabila terlaksananya projek itu nanti menyebabkan 700,000 warga Cina akan bermukim di situ.

Dr Mahathir menaruh kebimbangan apabila mereka bermukim di situ dengan membeli aset, kediaman dan hartanah lain dalam bandar itu akhirnya mereka akan menjadi penduduk kekal, dan boleh mendaftar sebagai pemilih - menentukan geopolitik Malaysia.

Dr Mahathir ada alasan dan hujah untuk berpendapat demikian. Tentu ia berdasarkan sejarah dan apa yang sudah berlaku. Asal mulanya kedatangan kaum asing ke negara ini; Cina, India adalah untuk menjadi boroh sahaja.

Mereka dibawa masuk oleh penjajah untuk bekerja di ladang atau melakukan perlombongan, di mana orang Melayu belum ada kebolehan dan kepandaian dalam bidang-bidang berkenaan. Kebodohan orang Melayu itu dieksploitasi oleh penjajah.

Asas kedatangan mereka sebagai sementara sahaja, dalam masa sama mereka datang untuk mencari rezeki, dan yang cerdik dan berambisi yang terselit di situ mungkin datang dengan niat untuk meluaskan empayar Tiongkok.

Atau ada yang dibawa khas oleh penjajah untuk menjadi buruhnya. Apa kesudahan kepada mereka ini. Selepas selesa berada di Tanah Melayu, beranak pinak termasuk berkahwin dengan orang Melayu, mereka melupai negara asal mereka. Menerusi satu peraturan atau dasar apa dinamakan "jus soli" mereka secara automatik menjadi warganegara. Menerusi dasar ini mana-mana Cina yang lahir selepas merdeka (1957) automatik menjadi rakyat Malaysia.

Peraturan atau dasar dibuat tanpa persetujuan referendum orang Melayu yang dampaknya sangat menguntungkan mereka.

Lebih parah lagi apabila penjajah meninggal negara ini mereka diberi keistimewaan oleh penjajah (British) memaksa raja-raja Melayu, penguasa Tanah Melayu dan juga parti politik nasionalis didikan Barat ketika itu menerima mereka sebagai warganegara. Penerimaaan itu sebagai syarat untuk merdeka. Sejarahwan dan ahli politik jati nasional berhaluan kiri menganggap ia adalah satu tektik penjajah untuk terus menguasai negara ini secara diplomasi.

Kita tidak mahu pertikaikan sejarah dan fenomena itu. Tetapi itulah asas yang disebut Dr Mahathir dan menyebabkan beliau melayarkan kebimbangan apa yang berlaku di Johor itu. Baginya juga cara kemasukan warga Cina itu tidak menguntungkan negara dari segi pelaburan dan masa depan.

Sebabnya seperti mana alasan diberikan, projek itu dibina oleh syarikat Cina, mereka berurusan dengan bank mereka, bukan bank tempatan. Pelbagai kepakaran pembangunan juga diimporat dari negara Panda itu. Langkah atau polisi ini menyebabkan tidak berlaku pengaliran wang yang kondusif untuk kebaikan negara. Selain itu ada hal-hal lain lagi merugikan negara dan manfaat besar dari projek itu tidak diperolehi.

Itu antara hujah dan alasan Dr Mahathir. Malangnya ia menimbulkan kemarahan dan ada yang beranggapan Dr Mahathir mahu bermain politik perkauman dengan isu berkenaan. Malang dan sedih campur "baghral" atau "anak kuda lembab" lagi, ada yang kata isu 700,000 Cina itu sebagai momokkan Dr Mahathir sahaja. Ertinya Dr Mahathir mereka-reka cerita untuk menakut-nakutkan orang ramai khasnya ethnik Melayu kerana ingin mencapai cita-cita politiknya.

Sebab dikatakan begitu kerana orang berkenaan, (sebut namalah), (Shahril Samad) kata Dr Mahathir cakap berlainan rasa dan cara, berubah-rubah. Menurutnya dulu Dr Mahathir cakap warga Cina itu akan menjadi pengundi dan akan undi BN, selepas itu ubah cakap apabila gagal membuktikan kelogikannya. Itu alasan dan sebab kenapa ahli Parlimen Johor Baharu itu kata Dr Mahathir memomokkan perkara itu.

Musykil saya kenapa seorang ahli politik yang dianggap berprinsip, berpandangan jauh dan berani serta sebijak seperti Shahril menjadi payah untuk memahami cara Dr Mahathir berpolitik. Kenapa dangkal untuk menyelami mesej Dr Mahathir?

Saya percaya Shahril sangat faham mengenai apa yang dikatakan itu - bukanlah mudah untuk wargara negara asing menjadi pengundi di negara ini apa lagi dalam jumlah yang ramai.

Pun begitu Dr Mahathir cukup arif macam mana hendak menjadikan pelarian atau pendatang tanpa izin dari Indonesia di Sabah sebagai pengundi bagi mengimbangi kuasa bumiputera Islam dengan Kristian di Sabah dulu.

Bukankah kalau tidak dengan menjadikan PATI sebagai pengundi Sabah, negeri di Bawah Bayu itu terus dikuasai Kristian menerusi PBS? Kerana berfikir ada kemungkinan pemimpin BN Johor berfikiran begitu untuk mengekalkan kuasanya maka Dr Mahathir mendedahkan rahsia sendiri dengan perbuatan itu. Saya yakin matemetik Dr Mahathir dapat dihurai Shahril.

Untuk pengetahuan Shahril yang buat-buat tidak fahama dengan cara Dr Mahathir itu, beliau (Dr M) sengaja menuduh demikian agar orang ramai memberi perhatian kepada kedatangan warga Cina itu. Tanpa beliau mengeksplotasi isu demikian, menyebut angka itu orang tidak akan sedar dan berasa bimbang. Apabila Dr Mahathir mengatakan dan membuat spekulasi demikian maka orang akan mengambil perhatian mengenai kemasukan Cina dan kekhuatirannya itu.

Selepas itu mula ada kegeruman dalam jiwa orang Melayu apa lagi pihak yang berasakan warga Cina akan menjadi pesaing mereka di Johor. Mereka akan mula berfikir dan mencari kebenarannya.

Di samping itu Dr Mahathir bukan beretorik dengan isu dan angka serta kebimbangan yang diluahkan itu. Ia ada kebenaran dan bersumber. Sumbernya ialah dari laporan Blooomberg pada 22 November 2016. Sepatutnya kalau hendak kata Dr Mahathir memomokan atau sengaja membangkitkan isu perkauman, elok laporan Bloomberg itu dinafikan dahulu.

Apakah Shahril atau kerajaan Johor ada menafikan laporan itu serta mengemukakan fakta dan figure sebenarnya sebelum ini? Kalau tidak ada dakwaan dan rasa takut Dr Mahathir itu masih valid.

Kalau tidak benar dan tiada penafian, atau tidak berani ternyata kerana sebab-sebab tertentu, tindakan Dr Mahathir itu adalah tindakan baik yang dibuat demi negara dan bangsanya. Dr Mahathir sesungguhnya bukan broker (brua) dan orang yang mahu mengambil kesempatan tanpa perhitungan budaya, politik, hukum hakam agama dan jauh sekali dengan niat hendak menggadai negara.

Tulisan ini akan dikemas dan diedit semula di Malaysia. [mdn. Indonesia.10:42 am 18/01/17] 

No comments:

Post a Comment