Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir. |
Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.
Dr Mahathir sudah memberi jawaban dan ulasan berkaitan perkara itu, dimana menurutnya pengungkitan semula skandal itu adalah tindakan politik kerana dia tidak henti-henti menyerang Najib.
Apa perlunya skandal berkenaan ditimbul balik? Dalam isu ini saya tidak nampak, Najib mendapat laba kalau benar seperti kata Dr Mahathir itu. Dr Mahathir sesekali tidak akan berhenti dan surunder daripada menyerang Najib. Beliau sudah nekad dan menandatangani dengan dakwat merah. Sign mati.
Apakah penimbulan semula skandal berkenaan kerana hendak mengimbangi isu atau skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib? Ada penyokong Najib atau cybertrooper menulis membanding skdnal 1MDB tidak sehebat skandal BMF kerana skandal 1MDB tidak membunuh manusia. Perbanding itu dangkal dan tidak memberi nilai tambah kepada skandal ditanggung Najib itu. Bahkan cara itu ia mengesahkan Najib terlibat dengan skandal 1MDB.
Sepatutnya apa yang jadi sejarah tidak diguna untuk menenggelam apa yang sedang berlaku hari ini. Pengungkitan semula skandal BMF dan cuba mengaitkan dengan bekas PM itu, memburukkannya memberi peluru dan modal baharu buat Dr Mahathir. Ia silap besar. Inilah kelemahan di kalangan penasihat Najib kerana peluru yang dibalingkan Dr Mahathir dibalingkan semula menyebabkan Dr Mahathir boleh menggunakan peluru yang sama. Sepatunya mereka mati atau nyahhapuskan peluru-peluru itu.
Isu atau skandal BMF walaupun ia membabitkan kewangan negara, maruah negara dan kehilangan nyawa, ia sudah dikira tamat. Khalas. Mengungkitkannya tidak dapat melindungi apa yang sedang berlaku, sebaliknya tambah memalukan negara. Baik generasi muda tidak tahu sejarah hitam negara, ia menjadi tahu. Iya walaupun kebusukan itu tidak boleh diselindung sebab sejarah mencatatnya, tetapi mencium busuk dua kali dalam satu masa adalah suatu kebodohan dan kebebalan.
Jika pun skandal yang sudah berlalu 33 tahun itu masih relevan untuk kepentingan politik Najib, apa pula nanti orang tidak membangkitkan semula tragedi pembunuhan Altantuya Sharribbuu? Walaupun dari segi tektikal dan proses undang-undang Najib terhindar dari terlibat dengan pembunuhan itu namun beberapa keadaan yang berlaku terhadap si pembunuh wanita itu boleh dipusingkan untuk mengaitkan dengan Najib.
Bagi saya tidak ada untungnya skandal BMF dibangkitkan semula kalau tujuannya untuk menahan Dr Mahathir daripada menyerang Najib. Dr Mahathir tidak pernah berasa takut dengan apa yang dibuatnya. Psikologi tentang Dr Mahathir ini patut dipelajari. Dr Mahathir akan kering tanpa air, tetapi tidak akan lemas dalamn dalam air yang banyak.
Untuk maklumat kepada yang tidak memahami skandal BMF ini suatu masa ia telah disuakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, kononnya bekas Menteri Kewangan itu terlibat. Ia ditimbulkan pada masa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir untuk merebut jawatan presiden Umno. Mungkin ia diheret ke diri Tengku Razaleigh atas arahan Dr Mahathir juga.
Ia berlanjutan dimainkan sehingga dalam Piraum pada tahun 1990. Sebuah akhbar luar negara; Times News Paper di London telah melaporkan dengan menuduh Tengku Razaleigh terlibat. Laporan itu yang digunakan oleh geng Dr Mahathir untuk memburukkan Tengku Razaleigh dan sehinggakan orang ramai mempercayainya. Tektik yang sama nampaknya diulang untuk mengenakan Dr Mahathir. Haha..
Apa jadi kesudahannya, Tengku Razaleigh menyaman akhbar berkenaan, beliau menang dan akhbar berkenaan memohon maaf dan diperintah membayar ganti rugi kepadanya. Apakah hal yang sama akan berlaku kepada Dr Mahathir mengenai skandal BMF ini? Tetapi Dr Mahathir seorang yang tidak suka melepaskan fitnah dan tuduhan ke atas dirinya menerusi mahkamah.
Dalam perhatian saya, skandal maut itu tidak akan merubah pendirian Dr Mahathir. Langkah mengungkitkan skandal itu tidak menjadi kudis gatal kepada Dr Mahathir. Kenapa, sebabanya, Najib juga ada skandalnya tersendiri yang boleh diguna Dr Mahathir pada bila-bila masa sahaja. Saya yakin dalam kepala dan pengetahuan Dr Mahathir banyak isu personal mengenai Najib dan beliau hanya tertarik untuk memperkatakan skandal 1MDB sahaja setakat ini.
Jangan paksa Dr Mahathir membuka peti besi rahsia yang ada kepadanya, bahaya.
Jadi sebelum Dr Mahathir jadi marah dan hilang akal kerana mengaitkan dia dengan cerita lama yang sudah dilipat sejarah itu, elok hentikan untuk menyelamatkan Najib dari terkait dengan skandal atau perkara lebih parah lagi dititikkan. Simpanlah sedikit segala rahsia dan sejarah hitam itu untuk genarasi akan datang dan bahan kajian sejarah.
Dalam pada itu, saya percaya selepas ini tragedi Memali yang meragut 14 nyawa yang berlaku pada tahun 1985, di Kedah itu juga akan dibangkitakan. Akan ada nanti laporan fail-fail lama polis yang sebelum ini berstatus RAHSIA akan dibuka dan dilembelkan. Tidak mustahil dokumen yang disiapkan oleh CIA atau KGB juga akan akan teburai hanya kerana nafsu sekarah politik.
Tidak mustahil tragedi Memali itu akan diungkitkan dalam usaha untuk membangkitkan kemarahan rakyat khasnya dari kalangan ahli parti agama agar "murih" (marah) dengan Dr Mahathir dan sayang kepada Najib. Semua itu bukan dalam gagasan membina intergriti bangsa tetapi memusnahkan maruah bangsa. [wm.kl.4:32 pm 26/01/17]
No comments:
Post a Comment