Piraum - ke 14 semakin hari semakin dekat. Sayangnya hakikat ini semacam tidak disedari dan dihirau oleh parti-parti pembangkang. Walaupun pembangkang menggerakkan usaha mereka untuk menumbangkan BN lebih awal, tetapi sehingga kini gerakan pembangkang semacam masih belum sempurna lagi.
Kehancuran Pakatan Rakyat (PR) dianggotai tiga buah parti, PKR, DAP dan Pas yang memberi impak besar kepada BN dalam dua pilihan raya telah mengecewakan rakyat. Rakyat menaruh harapan kepada pakatan itu yang ingin melihat kerajaan Malaysia bertukar tangan menjadi hampa.
Kejayaan PR dalam Piraum dulu dianggap permulaan kedua dan momentum untuk pembangkang buat pertama kali dapat membentuk kerajaan Malaysia yang dikuasai UBN lebih 60 tahun. Ramai mengharap permulaan kedua itu akan berakhir dengan kejayaan pada percubaan ketiga pada Piruam 14 nanti.
Piraum ke-13 dan sebelum itu ke 12 sangat mengejutkan BN. Kemerosotan sokongan rakyat kepada BN sehinggakan BN buat pertama kalinya hilang kuasa 2/3 di parlimen diperkirakan menjadi petunjuk jelas yang pembangkang dapat menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya mendatang. Peratus undi poplar telah menunjukkan bahawa pembangkang (PR) telah mengatasi BN lebih 2% undi; 52% - 48%.
Tetapi harapan itu seakan sukar menjadi kenyataan bila mana PR tiba-tiba terburai di tengah jalan. Semua tahu kenapa sebab berlaku demikian, kerana ia diasak dari luar dan dari dalam. Asakan internal sehingga ia rosak ialah kerana sikap komponen itu sendiri khasnya lantaran pertelingkahan di antara Pas dan DAP. Kedua parti itu gagal mencari formula mengekalkan persefahaman bagi mempertahankan mahligai politik.
Faktor menjadikan mereka bergasak kerana asakan external diperlakukan Umno dengan pelbagai cara dan tektik. UBN menerusi pihak-pihak tertentu yang kononnya tidak berparti yang berselindung dengan nama Ngo berjaya menimbulkan keraguan kepada Pas terhadap "keikhlasan" DAP dalam mencapai cita-cita rakyat untuk menguasai Malaysia. Kesannya pakatan itu hancur lebur.
Kehancuran itu benar-benar mengecewakan orang ramai. Setengah mereka yang baharu berjinak dengan parti politik pembangkang, yang sudah muak dengan UBN terutamanya di kalangan pegawai kerajaan, pesara yang mengetahui busuk dan kohongnya dalam kerajaan, mendekati pembangkang. Demikian juga dengan mereka yang selama ini menjadi pemerhati dari jauh mula mendekati politik apabila melihat ada kesatuan kemas dalam pembangkang.
Penglibatan mereka itu yang boleh dinamakan golongan di luar parti memberi gambaran betapa besarnya hasrat mereka mahu melihat perubahan kerajaan dalam negara ini.
Kekecewaan mereka itu berlipat ganda apabila Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk selepas itu masih belum mantap hingga ke hari ini. PH seakan wujud sewujudnya sahaja tapi belum membuktikan kekuatannya sama dengan PR dahulu. Keloyahan pakatan pembangkang ini sedikit sebanyak disebabkan pemenjaraan Anwar Ibrahim.
Anwar yang menjadi engin penyatuan dan nadi pemupukkan semangat reformasi rakyat berbagai bangsa dan lapisan sengaja ditahan bagi memecahkan pembangkang, dan ianya berjaya apabila Pas mengubah pegangan dan keyakinan politiknya - konon untuk bersendirian.
Apabila saat Piraum sudah hampir tiba parti-parti komponen PH patut memperteguhkan barisan mereka. Soal-soal pembahagian kerusi atau rangka manifesto dan agenda bersama perlu ditumpukan. Rangka besar kerjasama dan permaufakatan politik sepatutnya sudah ada dan dipemirkan kepada umum untuk dinilai. Tetapi sayangnya, ia tidak bergerak ke arah itu. PH masih terbelenggu dengan masalah yang menjadikan ia seakan dalam kekecamukan.
Ada beberapa keadaan yang menyebabkan berlaku demikian. Dua entiti atau parti dalam PH tidak atau belum dapat memuktamadkan pendirian dan sikap mereka. Apakah mereka komited atau sebaliknya. Inilah yang menjadi masalahnya. Dua entiti yang dimaksudkan itu ialah PKR dan PPBM.
Secara umumnya PH sudah wujud yang mana mengandungi tiga buah parti; DAP, Amanah dan PKR. sebagai satu entiti dan PBBM parti haru satu entiti. Empat buah parti inilah menjadi tunjang dan teras besar kepada Pakatan Harapan. Persepakatan untuk membentuk PH dengan empat buah parti ini sudah pun ada dan rakyat sedang memerhati sejauh mana kekuatan mereka. Penampilan Dr Mahathir Mohamad dalam koliasi ini memberi suntikan baharu.
Apa menjadi yang membelenggu dan merumitkan PH untuk mencapai kata sepakat kini, apabila dua komponen mereka, PKR dan PPBM masih bermain tutup pintu buka jendela dengan Pas yang sudah pun terang-terang dan dengan tegas mengatakan mereka tidak boleh bersama sekiranya dalam pakatan itu wujud sama DAP dan parti belahan mereka Amanah.
Hakikat ini Pakatan Harapan adalah terdiri daripada DAP dan Amanah. Kewujudan Amanah dalam PH itu adalah lebih awal daripada PBBM. Bukan itu sahaja semangat penubuhan Amanah itu sendiri adalah sebagai mengganti Pas yang sudah melarikan dari pembangkang dan cuba mencari hidup baharu. Situasi hari ini bagi pengamatan saya Pas seakan mahu mempersundalkan dirinya.
Baik PKR maupun PPBM masih mengharapkan Pas agar bersama dalam PH. Berbagai cara dan usaha dilakukan untuk menyakinkan Pas. PPBM telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan perundingan untuk mengajak Pas bersama, tetapi nampaknya tidak membuahkan hasil. Di pihak Pas dengan mengambil kira kenyataan pemimpin mereka yang saling bercanggah mengenainya jelas sekali mereka berdolak dalik.
Tidak dapat dinafikan Pas mempunyai kekuatan tersendiri. Pengaruh besarnya di kalangan pengundi tradisional Melayu boleh membantu kemenangan pembangkang. Tetapi apabila parti itu liat untuk bersama seharusnya ia ditinggalkan. Tidak perlu memujuk kepada yang tidak sudi. PKR dan PPBM perlu menghentikan usaha sia-sia itu sebaliknya menumpukan kepada pengukuhan PH.
Dalam hemat saya sekiranya PKR dan PPBM dapat membuat keputusan segera untuk menghentikan "main tutup pintu buka jendela" dengan Pas, usaha pemantapan PH akan boleh dilakukan. Suasana atau pun permainan play sefe atau mencari jalan selamat PKR dan PPBM itu tidak melibatikan di seluruh negeri atau kawasan. Ia hanya berlaku di negeri-negeri tertentu sahaja. Yang jelasnya di Selangor dan Kelantan.
Di Selangor PKR yang dibawah pimpinan Azmin Ali masih berlunak dengan Pas. Sikap lunak dan tidak tegas Azmin ini menyebabkan Pas Selangor menjadi besar kepala. Sikap demikian juga menyebabkan baik DAP dan Amanah malahan sebilangan orang PKR sendiri meragui atau pun muak dengan politik self fish Azmin.
Demikian juga dengan pendekatan parti itu di Kelantan, walaupun mereka sudah ada pasangan baharu, Amanah tetapi pasangan lama Pas masih belum ditinggalkan. Apakah kerana kita ditawarkan dengan jawatan dan kedudukan menyebabkan kita jadi "berpinar" dan suka membuat keputusan. Sekali lagi politik self fish bukan merupakan sikap yang baik yang menggambarkan kita gentleman dalam politik.
Mungkin telahan dan andaian itu tidak tepat, tetapi apabila dihalusi ia menampakkan itulah puncanya kenapa menyebabkan PKR khasnya masih terus bermain buka pintu tutup jendela dengan Pas yang membawa akibat PH masih belum dapat dimantapkan.
Sekiranya PH mahu dilihat sebuah gabungan pembangkang baharu bakal mengambil alih kerajaai n selepas Piruam 14, PKR dan PBBM perlu menyatakan sikap dengan jelas. Mereka harus berani bertindak dan tidak terus bersikap main tutup pintu bukan jendela dengan parti yang sudah pun boleh diagak ke mana hujung jatuhnya dengan jelas itu.
Dalam hal ini berkaitan masalah PKR dan PBBM mungkin presiden atau pengerusi kedua-dua parti berkenaan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) dan Dr Mahathir Mohamad (PPBM) perlu tegas dan menjadi lebih berani lagi menggunakan kuasa proregatif yang ada kepada mereka bagi menghentikan permainan tutup pintu buka jendela itu. [wm.kl.7:51 am 22/02/17]
Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP & Amanah serta gabungan Bersatu perlu mempunyai matlamat dan dasar yang satu serta mempunyai persetujuan bersama tentang siapakah bakal menjadi Perdana Menteri dan timbalannya jika berjaya membentuk kerajaan pada pilihanraya akan datang. Ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada pengundi tentang siapakah bakal pemimpin mereka di masa hadapan. Jika tidak, akan berlaku perebutan jawatan pemimpin tertinggi dan ini akan mengakibatkan berlakunya keadaan kucar-kacir akibat salah faham dan tamak jawatan pada parti-parti gabungan dan akhirnya akan berlaku perpecahan. Sehubungan ini, Barisan Nasional akan mendapat untung akibat dari perpecahan itu. Tentang PAS, biarlah mereka bersendirian disebabkan dasar hudud dan RUU 355 mereka yang tidak selari dangan penganut lain-lain agama di Malaysia.
ReplyDeletePPBM semacam mahu menjadi king maker dalam PH. Mungkin itu sebabnya PPBM masih belum benar-benar bergabung dengan PH. PKR pula praktikal dalam menangani PAS di Selangor kerana isunya bukan semata berkaitan parti tetapi sentimen rakyat dan penjawat awam dan juga menjaga hubungan baik dengan istana. Jika PPBM berjaya mewujud kerjasama dengan PAS dan menarik sama PKR dalam blok mereka, tidak mustahil jika mereka kemudiannya meninggalkan PH. Yang paling terkesan dengan catur politik ini adalah Parti Amanah Negara dan DAP
ReplyDeleteAssalamualaikum Wbt.
ReplyDeleteMasa sudah semakin singkat. Buatlah keputusan yang bijak. Jangan sampai rakyat muak. Dengar pandangan sebahagian besar rakyat yang sememangnya mengharapkan terbentuknya sebaris saf kepimpinan yang berintegriti. Jangan terlalu mengutamakan kepentingan puak "kita"; sebaliknya fikirkanlah kepentingan "bersama". Berjiwa besarlah wahai pemain politik sekalian.
Wassalam.
YA ALLAH..KAMI BERDOA AGAR DS ANWAR IBRAHIM BEBAS
ReplyDelete