Sunday, March 5, 2017

DAP dan Amanah lebih fokus jatuhkan BN

MENJOLOK MENTARI 

Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.

Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.

Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.

Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.

Dan parti agama (Pas) pula sudah boleh dianggap terbatal? Faham ke maksud terbatal? Tindak tanduk dan strategi yang diaturkan parti itu di bawah kepimpinan al ulama seratus peratus, menunjukkan ia bukan parti yang mukalaf.

Mengapa DAP dan Amanah dikatakan sudah kemas dan jelas dalam keputusan mereka, kerana keduanya dalam perhatian saya tidak memikirkan perkara yang remeh temeh yang boleh menjadikan mereka bertelagah sesama sendiri. Mereka tidak memikir apakah yang ada dalam tidur, mimpi. Sebaliknya mereka memfokuskan kepada tujuan asas yang besar yakitu untuk menumbangkan kerajaan UBN. Mereka mencari idea dan kekuatan untuk bergerak ke arah itu.


Salahuddin Ayub
Dr Wan Azizah
Di celah-celah usaha itu mereka tidak menjempilkan angan-angan lain. DAP dan Amanah tidak bertindak sambil menyelam minum air. Mereka benar-benar meletakkan harapan rakyat yang mahu melihat kerajaan Malaysia bertukar tangan, tanpa mengambil kesempatan memperjuangkan hak peribadi pemimpin parti masing-masing. DAP dan Amanah bukan selffish. 

DAP tidak mempunyai cita-cita untuk meletakkan pemimpin mereka sebagai PM. Mereka sedar dan insaf kedudukan mereka, tahu mengukur baju dibadan sendiri. Perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan parti pemerintah yang memerintah secara kleptokrasi. Hanya musuhnya sahaja melaung-laung dan menjualkan cerita basi yang konon DAP hendak jadi PM. Mereka sendiri tidak pernah mengimpikan itu walaupun secara senyap.

Setakat ini DAP hanya bercita-cita untuk mengekalkan kerajaanya di Pulau Pinang sahaja di samping menambah beberapa kerusi parlimen. Itulah cita-cita peribadi terbesar DAP yang tidak dapat disembunyikan oleh parti berkenaan.

Jajaan modal oleh musuhnya itu tidak mudah mempersonakan DAP kerana beberapa faktor yang jelas dan mereka arif dengan hambatannya. DAP parti dominan Cina yang bukan mudah untuk diterima oleh rakyat Malaysia sekiranya wakil mereka diuar-uarkan untuk jadi PM. Hakikat ini disedari oleh DAP. Bahkah Umno juga sedar akan perkara ini. Ada pun kenapa mereka menjual kononnya Lim Kit Siang hendak jadi PM adalah propoganda semata-mata untuk menimbulkan kebencian orang Melayu sekolah rendah kepada DAP.

Orang Melayu yang menyertai DAP kemudian keluar kerana kelemahan diri sendiri untuk menguasi "chauvenis" Cina membuat lelocon kononnya Lim Kit Siang hendak jadi perdana menteri.

Bagi orang Cina yang bijak berpolitik mereka tidak obses mengenai kedudukan dan pangkat, apa yang lebih penting mereka dapat merealisasikan cita-ci ita kaum dan prinsip mereka. DAP mahu melaksanakan sosialisme di negara ini. Kedudukan muasir ini dengan percaturan politik yang dimainkan, DAP sudah berjaya meletakkan masyarakat Cina dan golongan sosialis ditempat terbaik dalam gelanggang kenegaraan ini. Melayu liberal tidak segan silu menyertai DAP.

DAP umpama taukeh Cina yang sedia menyewa bangunan dan gendung milik Melayu untuk berniaga. Mereka tidak gah memilik gedung tetapi lebih gembira kalau perniagaan mereka laris dan maju. Pemilik gedung itu juga sebenarnya bergantung kepada aktiviti perniagaanya. Begitulah cara DAP berpolitik jauh bezanya dengan Melayu yang suka bergaya walaupu papa.

Demikian halnya dengan Amanah. Parti itu tidak cuba mengatur strategi untuk megenengahkan tokoh mereka sebagai calon perdana menteri. Bagi Amanah apa yang sedang dilakukan kini ialah menjadikan parti itu sebagai parti baharu yang akan mengambil tempat Pas. Kekosongan ditinggalkan oleh Pas sebagai parti Islam yang progresif dan dinamik kini sedang diisi oleh Amanah.

Atas tanggungjawab memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pas kerana kecelaruan prinsip dan dasar politiknya, tanggungjawab itu kini dipikul oleh Amanah sebagai fardu kifayyah. Amanah telah mengambil akautabiliti besar untuk menyelamatkan umat Islam dan Melayu negara ini. Kerana kesibukan dan tanggungjawab itu menyebabkan Amanah tidak terfikir untuk mengangkat mana-mana pemimpinnya sebagai perdana menteri selepas Najib seperti dua parti rakannya.

Amanah juga menyedari akan keadaan dirinya baharu yang masih belum kemas dari segi organisasi, logistik, keahlian dan sebagainya walaupun ia kian mendapat sambutan. Langkah diambil Amanah adalah bijak dan mencerminkan parti itu sebuah parti realistik yang diharap dan diimpikan oleh rakyat. Soal siapa bakal dilantik menjadi PM, dikira kemudian hari. Amanah tidak mahu terulik asyik dengan mimpi tetapi sedia berpeluh dengan hakiki dan menjenguk suasana kontemporari.

Sebaliknya berbeza dengan dua parti PKR dan PPBM. Keduanya sekarang ini sibuk mencaturkan siapakah bakal menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Kerana ghairah untuk mencaturkan tokoh masing-masing menyebabkan mereka lupa kepada tugas yang aulia yakitu untuk memperkemaskan pakatan pembangkang bagi menghadapi Piraum 14.

Mengapa PPBM sampai sekarang tidak dapat memutuskan hubungan dengan Pas dan masih berusaha membujuk Abdul Hadi Awang agar membawa Pas bersamanya untuk berkolabrorasi dalam pembangkang? Ia tidak lain dan tidak bukan kerana PPBM sedang mencaturkan tokohnya untuk jadi perdana menteri. PPBM bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.

PPBM mempercayai pembangkang boleh menang besar dan mengalahkan UBN apabila semua pembangkang bercantum. Dalam hal ini PPBM melihat Pas akan menjadi kuasa penentuan dalam mencapai cita-citanya. Jika tanpa Pas pembangkang tidak akan menang, dan kegagalan itu menyebabkan PPBM berputih mata untuk mengangkat tokohnya (Muhyiddin) menjadi perdana menteri. Sikap ini menunjukkan PPBM tidak mempunyai keyakinan diri.

Tidak syak lagi mengenai agenda ini. Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir yang bersungguh mahu bersama Pas kerana mereka ada cita-cita atau syok apabila dikatakan akan menjadi PM. Dalam perkiraaan Muhyiddin sekiranya pembangkang menang, dialah yang akan dinobat sebagai perdana menteri. Dan jika Muhyiddin jadi PM maka Mukhriz akan mengikuti dari belakang. Teori lama yang dipasang Dr Mahathir Mohamad semasa dalam Umno dahulu akan hidup semula.

Dari segi pengalaman memang Muhyiddin berkelayakan, sebab beliau pernah menjadi timbalan perdana menteri. Dalam pembangkang hari ini, hanya beliau dan Anwar Ibrahim sahaja pernah menjadi timbalan perdana menteri. Atas kepasiti itu maka mereka berdua dikira layak. Walaupun Anwar lebih layak berbanding Muhyiddin tetapi kerana Anwar terhalang dengan undang-undang dan penjara maka beliau (Muhyiddin)lah paling layak.

Adapun tokoh-tokoh lain dalam pembangkang, seperti Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, atau Mohamad Sabu, Husam Musa, Mukriz Mahathir dikira belum layak kerana mereka tidak pernah duduk di kerusi timbalan perdana menteri.

Atas perkiraan dan hisab siasah itulah menyebabkan PPBM masih terkapar-kapar dalam membuat penentuan dan menyusun kerjasama dengan Pas. Masih terus berusaha walaupun Pas telah memberi isyarat jelas yang mereka tidak mungkin bersama pembangkang yang di dalamnya ada sama Amanah dan DAP. Apakah PBBM ada kuasa sakti dapat menyakinkan Pas akan bersama pembangkang dengan ada sekali Amanah dan DAP? PPBM jangan hanya boleh berkahwin dengan Pas tetapi semasa diranjang ia dilarang menyentuh Pas.

Kita ingin ingatkan PBBM jangan terlalu bercanda dan menyusun strategi pelik-pelik dalam politik nanti kamu akan dicemuhi rakyat.

Demikian juga dengan PKR. Parti ini juga kalut dengan agendanya sendiri untuk mengangkat tokoh dari kalangan mereka untuk jadi perdana menteri. Apabila Anwar tersendor dalam penjara, maka ada orang lain bermimpi untuk menjadi perdana menteri, atau timbalan perdana menteri. Menerusi apa dinamakan Grand Coalition katanya Mohamed Azmin Ali akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sudah tentu jabatan itu lebih besar daripada MB Selangor yang dipanggungnya kini.

Selain dari plot itu, Azmin sebagai TPM, PKR juga cuba mengangkat pesidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri. Walaupun Dr Azizah ada sedikit kekurangan tetapi dia dikira layak untuk menjadi PM sementara, sebelum diberikan semula kepada suaminya Anwar Ibrahim. Menerusi teori ini, Dr Azizah atau pun Muhyiddin akan menjadi PM sementarta sahaja, sementara menanti Anwar keluar.

Kegelabutan dalam mencaturkan siapa PM, siapa TPM inilah menyebabkan PKR juga dalam keadaan terabai untuk menumpukan kepada kepaduan pembangkang. Main tali antara PKR dengan Pas di Selangor sebahagian daripada agenda ini dan ia meletakkan pembangkang dalam keadaan bercelaruan. Kita juga hendak mengingatkan PKR jangan terlalu ligat mencatur sehingga dicuaki rakyat. Dan orang PKR jangan berdiam diri kerana takut dengan kekuasaan Azmin sebagai MB dan timbalan presiden.

Seelokkanya PPBM maupun PKR lupakan siapa yang akan diangkat menjadi PM. Soal jawatan itu hendaklah dialpakan dahulu. Apa yang lebih afdal ditumpukan ialah menyatukan parti pembangkang berada dalam satu tekad dan nekad yang sama. Satu konsensus jitu perlu segera dicapai kerana masa sudah teramat semput.

Apa yang sedang dilakukan DAP dan Amanah kini perlu dicontohi oleh PPBM dan PKR. Kedua-dua parti itu sudah tidak mempedulikan Pas, dan mereka juga tidak tergila-gila berangan-angan untuk jadi PM atau TPM selagi kuasa belum ada dalam genggaman.

Tampaknya DAP dan Amanah parti yang realistik dan resional yang lebih menyakinkan rakyat daripada PPBM dan juga PKR. [wm.kl.10:56 am 05/03/17]
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

5 comments:

  1. Bagi orang Cina yang bijak berpolitik mereka tidak obses mengenai kedudukan dan pangkat, apa yang lebih penting mereka dapat merealisasikan cita-ci ita kaum dan prinsip mereka. DAP mahu melaksanakan sosialisme di negara ini. Kedudukan muasir ini dengan percaturan politik yang dimainkan, DAP sudah berjaya meletakkan masyarakat Cina dan golongan sosialis ditempat terbaik dalam gelanggang kenegaraan ini. Melayu liberal tidak segan silu menyertai DAP.

    DAP umpama taukeh Cina yang sedia menyewa bangunan dan gendung milik Melayu untuk berniaga. Mereka tidak gah memilik gedung tetapi lebih gembira kalau perniagaan mereka laris dan maju. Pemilik gedung itu juga sebenarnya bergantung kepada aktiviti perniagaanya. Begitulah cara DAP berpolitik jauh bezanya dengan Melayu yang suka bergaya walaupu papa.-mso

    Maka apakah melayu islam dlm pas yg diketahui dasar dan perjuangannya dari dulu adalah berjuang bg mendirikan sebuah kerajaan yg dlmnya ada nilai2 islam...bila diutarakan prinsip perjuangannya dlm pakatan rakyat dulu kenapa ditolak?adakah cina sosialis dlm dap sahaja yg berhak memperjuangkan dasar sosialis mereka?dan seperti kata saudara mereka telah berjaya...tak tau akan disiar atau tidak sekadar harapan ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dilihat kpd pemimpin2 PAS sekarang tidak ada nilai Islam yang ditunjukkan. Nilai spt pemaaf, tenang, tdk panggil org lain dgn nama yg tak disukai tak namoak pd PAS. Yang hanya dlm pekikiran mrk ialah hudud, hudud, hudud. Cabang Islam yg lebih besar mrk tak tahu spt meningkatkan ekonomi Islam,meninggikan tamaddun dan pendidikan org Islam. Keislaman sesebuah negara bukan terletak pd undang2 tapi akhlak pemimpin dan rakyatnya.

      Delete
  2. PPBM dan terutamanya PKR harusnya tidak lupa bahawa Lebai Hadi juga bercita² besar. Sifat dengki Hadi menyebabkan beliau tak dapat menerima hakikat yang Anwar lebih berkelayakan daripada beliau sehingga PAS sanggup mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai PM walaupun kesepakatan telah dibuat untuk Anwar jadi PM.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. Saya sudah lama memikirkan perkara ini. Mungkin juga perkara ini ada dalam fikiran ramai pengundi. Bagus, tulisan Tuan MSO diharap dapat membuka mata PPBM dan PKR agar berhenti daripada mengharapkan kepimpinan utama PAS akan berubah. Bergeraklah dengan realistik. Jangan nanti berlaku situasi "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Syabas kepada Amanah dan DAP yang lebih realistik dan memahami keutamaan dalam gerak langkahnya. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Saya nak respon kepada komen sdr Mohd Hanafi.. tidak timbul orang Melayu menolak perjuangan Pas, baik semasa dalam Pakatan atau di luar Pakatan. Bahkan Pas pernah diharap menjadi parti besar orang Melayu untuk mengganti Umno parti yang mengecewakan Melayu dengan pemerintahan secara kleptokrasinya. Kenapa orang marah kepada Pas kerana pembawaannya tidak seperti dahulu lagi. Pas kini lebih cenderong kepada politik araggont yang menggunakan agama untuk sebagai alat. Sikap tasamuh para pemimpinnya sudah tidak ada lagi, keadilan dan berbahas menggunakan fakta dan rasional juga tidak wujud lagi. Sebagai buktinya perhatinkan semasa Pas ketika Nik Aziz masih ada dengan Pas sesudah beliau tidak ada. Walahu'alam.

    ReplyDelete