Azmin Ali |
2. Tetapi kerana bebudak itu nampak bersungguh benar dan disambut pula oleh ketua Dewan Muslimat yang sepatutnya menjadi ibu kepada budak-budak itu ikut sama membuat desakan itu, menjadikan tangan saya ringan untuk menulis sedikit, sebagai tazkirah untuk pagi Jumaat ini. Mudah-mudahan tazkirah rengkas tanpa "emvelop" ini memberi sedikit pencerahan.
3. Ama'ba.. Budak-budak Pas yang seolah-olah baharu sembuh dari berkhatan, mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan PKR kerana sejalur siulan Mohamed Azmin Ali dalam twiter. Azmin menyiul (twiet) dengan bahasan cukup sinis di atas kekalahan ketua agung mereka di Pengkalan Chepa dalam merebut jawatan Timbalan YDP.
4. Azmin menyiulkan demikian pula sebagai reaksi ke atas apa yang dibuat oleh ketua pemuda yang kalah dalam kawasan kelahirannya sendiri itu yang mengatakan hasratnya untuk rampas Selangor. Kenyataan itulah menyebabkan Minali membalas dengan menulis; "Ada tok lebai nak tawan Selangor, kawasan sendiri pun kalah tersungkur".
5. Bagi saya kenyataan dan isulan itu wajar, baik oleh Minali dan oleh ketua pemuda yang kalah di laman rumah itu. Tidak sepatutnya ia diambil serius. Sebagai sebuah parti bernafsu besar tentulah Selangor menjadi idaman Pas. Soalnya kenapa budak-budak pemuda memandang serius mengenai kata-kata Minali itu dan terasa sangat sehingga suruh partinya putuskan hubungan dengan PKR?
6. Membuat desakan sebegitu bukan kerana sesuatu perkara besar, tetapi sekadar hendak bela ketua pemuda yang kalah. Ingat mengukuhkan silaturahim itu disukai Allah. Rasanya ketua pemuda yang kalah itu tidak pun perlu dipertahankan demikian sehingga perlu memutuskan silaturahim dengan PKR. Apalah istimewa dan mulianya ketua pemuda berkenaan. Kalau dia mulia dan istimewa pasti dia tidak ditolak di kampungnya sendiri.
7. Sekiranya budak-budak parti agama itu ada alasan dan hambatan lain, atau kerana saking marahnya, mereka tidak perlu mendesak Pas memutuskan hubungan dengan PKR, sebaliknya apa yang mereka perlu lakukan mendesak ketiga-tiga orang Exconya dalam kerajaan Selangor meninggalkan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Itu lebih logik dan gah. Usul begitu baharu nampak pemuda yang sihat, benar-benar berani dan gentlemen.
8. Anih bin ajaibnya, tidak ada pula desakan agar tiga Exco itu meninggalkan jawatan masing-masing. Apakah kerana bimbang takut guni kekeringan palet, maka tidak dibuat desakan demikian? Tindakan mendesak tiga Exco meninggal kerajaan Selangor dan semua ahli Pas yang menduduki dalam kerajaan Selangor, GLC, agensi atau PBT lebih afdal dan profesional.
9. Saya yakin dan percaya desakan budak-budak itu tidak akan sampai ke mana pun. Ia tidak akan dilayani oleh orang tua khasnya mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan Selangor. Ia hanyalah gempar ayam jantan baharu belajar berkokok sahaja. Suara masih serak kokokan masih belum cukup makrit (lagu), mana mungkin kokokkan demikian menarik perhatian ayam betina untuk main sanggama.
10. Pemuda adalah generasi penerus masa depan. Pemuda pengubah zaman dan pencetak sejarah. Zaman kini telah berubah. Mereka bukan sahaja perlu berladak dengan emosi, (keberanian) tetapi seharusnya bersikap profesional dan berbuatlah sesuatu yang dinilai oleh umum. Kemukalah usul yang bersifat universal. Pemuda yang hanya bercakap soal diri, kampung dan berbelit dengan emosi itu bukan pemuda digelar Ansrullah.
11. Dari sudut lain sekiranya desakan budak-budak itu diterima oleh induknya, apa boleh ditafsirkan bahawa Pas memang benar sudah ada nawaitu untuk berkolaborasi dengan Umno seperti mana diura-urakan. Tindakan dilakukan Pemuda itu mungkin arahan daripada master mind dalam Pas yang menyelit masuk ke dalam parti itu dengan tujuan mahu melihat Pas kalah dan memberi kemenangan kepada Umno. Mungkin, mungkin dan mungkin?
12. Tuduhan mengatakan jawatan MB itu atas usaha dan ehsan Pas, tidak betul dan bersifat ego mirip-mirip bodoh. Kalau Pas memang berkuasa kenapa Pas tidak mencalonkan wakilnya untuk menjadi MB. Bukankah kedudukan kerusi dalam Dun Selangor diantara tiga buah parti dominan Melayu, Umno, PKR dan Pas hampir sama banyak. Kenapa Pas memilih Minali? Ini menunjukkan Pas tidak mempunyai kemampuan dan cukup power untuk mengakat orangnya menjadi MB. Lain kali bila bercakap hendaklah nganggam mulut jangan tutup mulut.
13. Suara lantang pemuda Pas itu memberi pesan dan ibrah kepada Minali bahawa Pas bukanlah rakan terbaik dan jujur kepada PKR.
Sekian wabilahi taufik wa hidayah, assalamualikum warahmatullahi wabrakatuh. [wm.kl.9:37 am 24/03/17]
Memang terbukti PAS bukan lah Parti islam yang Jujur dlm persahabatan. Ada ketika lagak mereka dalam persahabatan lebih teruk dari kawan saya yg bukan islam..
ReplyDeleteElok la putuskan saja dgn puak2 ni..dah kenal sangat dah ..tak payah nak main psikoloji..
ReplyDeletePepatah India: Pasal duit, org mati pun boleh bangkit.
ReplyDeletePAS kejar dunia. Pakaian dam penampilan conduit untuk mencapai cita2.
Fatwa dlu dah expired,skrg buat fatwa baru pulak..bole berbaik..tidak amanah,bertanggungjwb dah buat masyarakat berpecah belah dr tahun 1986..sila minta maaf klau fatwa dh expired
ReplyDeleteNampaknya, tragedi kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud tidak dijadikan iktibar oleh sebahagian umat Islam masa kini.
ReplyDeleteislam tak kalah dlm perang uhud, pas je yg kalah sebelum perang..nabi tak pernah mengatakanislam kalah.. klu kalah dah islam tak berkembang sampai hari ini..
ReplyDeleteKamu semua patut tahu. Mso ni penulis upahan ( diumpankan dedak ) . Memang keja dia menghentam PAS . Tidak satu kebaikan pun yg mso dpt lihat pada PAS. Aku sekadar baca dan berdoa moga Mso ni segera taubat dari kejahatan tulisan tangannya .
ReplyDeleteKau ada bukti ke Mso penulia upahan (diumpan dedak)???
DeleteKau dah tak boleh beza ke fitnah dengan fakta???
Kalau kau tak ada bukti, cakap mulut macam jamban, kaulah pemfinah tu!!!
Kamu semua patut tahu fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh!!!
Kau tak boleh baca ke Allah dah tunjukkan Pas sebagai Pigs (Pas+Ikatan=Gagasan Sejahtera).
Dah macam tu kena hina, kau nak kata apa??? Masih tak sedar diri lagi???
Saya nak respon kepada komen Afina, saya sengaja lepaskan untuk memberi gambaran bahawa dalam ramai2 penjengok blog saya masih ada yang tidak rasional dalam membuat ulasan. Kepada yang memahami dan mengenali saya, terima kasih. Saya hendak respons sedikit sahaja, apabila pengomen tidak dapat berhujah dengan sihat, maka itulah kata kunci yang sering dilemparkan. Pengomen seperti ini bukan satu dua, tetapi ada sekawan. Saya nak sebut betapa nihilnya orang ini apabila dia mengatakan tidak ada sikit pun yang baik Pas dalam mata saya. Ini menampakkan pengomen ini naif sekali. Apabila emosi telah meruap dalam diri kita maka berlakulah kegelapan dan kebutaan akal begini.
ReplyDeleteJanganlah anda terus mendedahkan kebodohan diri sendiri kerana dunia akan metertawakan anda. Saya menulis dan membuat ulasan, pandangan dalam blog secara percuma, membuka ruang untuk dimanfaatkan. Ambillah bahagian dengan baik dan penglibatan anda akan memberi manfaat kepada yang lain.
Kalau mahu tolak pandangan saya dan mempengaruhi agar orang lain jangan mengikuti penulisan saya, buatlah dengan penuh menyakinkan. Saya tidak fikir blog saya akan kering dari penjengok apabila anda memberi komen seperti itu. Wassalam.
Pada sy pru14 akan menjadi pengukur kepada semua parti politik pembangkang baik pakatan harapan mahupun gagasan sejahtera...mereka akan tetap dgn keputusan masing2 untuk berpegang kepada prinsip masing2 sehingga keputusan pru14 keluar...masa itu masing2 akan berkira untung rugi berpakat dlm pru14...harap pembangkang boleh bertahan dlm pru14 ini...
ReplyDeleteSaya sokong teguran MSO....afina!!! kita di lahirkan bukan untuk menghukum sesiapa, jangan mengambil alih tugas.jangan kerana kepuasan dunia akhirat entah macamana.
ReplyDeleteSepatutnya dah lama si azmin nie putuskan hubungan dengan pas selangor...
ReplyDeleteKekecohan ini adelah kerana din ayam tidak disambung kontrak dalam glc selangor... ya arahan daripada mastermain iaitu si zuhdi jentik....