Thursday, March 9, 2017

Syed Azman lebih rasional daripada Hadi Awang?

BERITA PENYU

Adun Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi hari ini telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu untuk mengkaji semula Enakmen Kesalahan Jenyah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah tertangguh pelaksanaan sejak 15 tahun lalu.

Notis usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha DUN Terengganu jam 10:35 pagi tadi.

Syed Azman
Abdul Hadi Awang
Enakmen berkenaan diluslan oleh DUN Terengganu pada 7 Julai 2002 dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada 2 September tahun yang sama. Ianya digezet pada 25 Oktober 2003 dengan mencatat ia berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003. Perkara ini tercatat dalam dokumen TR.P 10/2003.


Ketika enakmen itu diluluskan kerajaan Terengganu dibwah pentadbiran Pas di mana MBnya ialah Abdul Hadi Awang.

Menurut surat serahan Syed Ahmad yang diterima Setiausaha Dewan Zulkifly Isa, usul itu perlu dikaji untuk memastikan agar enakmen itu dilaksanakan memandang ia sudah lama tertangguh. Penilaian semula enakmen itu diharap dapat lakukan menerusi satu perbahasan di Dewan.

Cadangan Syed Azman itu wajar memandangkan enakmen itu sendiri menimbulkan keraguan setengah pihak dan penilaian semula boleh menguraikan kekeliruan itu kemudian ianya dilaksanakan seperti dihajatkan terlaksana.

Usul itu diminta Syed Azman agar ianya dibahas mengikut peraturan persidangan Dewan 31(2) Peraturan-Peraturan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Syed Azman juga memberi alasan mengemuka notis usul itu bagi mengelakkan enakmen berkenaan diluluskan ketika itu bukan untuk dijadikan modal politik semata-mata.

Beliau juga menimbulkan persoalan, tanpa melaksanakan enakmen berkenaan ianya boleh dianggap ia diluluskan semata-mata untuk dijadikan modal politik Pas?

Tindakan Syed Azman itu sangat wajar dan kena pada masanya. Seharusnya notis usul itu dikemukakan oleh Abdul Hadi sendiri bukan Syed Azman yang dilihat kini sedikit "ewek" dengan Pas ekoran berlaku perpecahan dalam parti agama itu.

Malangnya Abdul Hadil lebih ghirah untuk membawa usul persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tindakan Hadi itu bolehlah dianggap beliau lebih mengejar gajah di hutan daripada mempedulikan kambing dalam rebannya sendiri yang kelaparan selama 15 tahun. Aduh...aduh...

Apakah tindakan Hadi itu tidak boleh ditafsirkan ia bernotif sama seperti dibimbangkan Syed Azman itu? Jika Abdul Hadi dan Pas ikhlas untuk memrtabatkan Islam sepatutnya beliau dan Pas mengusahakan agar enakmen berkenaan dilaksanakan. Sekiranya ia dilaksanakan di Terengganu sudah tentu negeri Penyu itu akan dilihat sebagai negeri pertama mempunyai Hukum Hudud dan Qisas?

Apapun syabas kepada Syed Azman yang dilihat lebih pratikal dalam usahanya untuk melihat terlaksananya undang-undang Islam di negera ini dengan memberi respons dan tanggungjawab menggesa enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) itu dilaksanakan.

Adalah diharap usul Syed Azman itu akan dilayan dengan baik oleh Speaker DUN Terengganu agar enakmen itu dikaji dan dibahaskan semula untuk dilaksanakan sebera segera.

Semua Adun perlu menyokong usul berkenaan tanpa prejudis.

Hendaknya usaha murni Adun Batu Burok itu tidak disalah anggap, apa lagi selepas ini Pas Terengganu akan mengambil tindakan terhadapnya kerana mendaluhui mempamerkan kepedulian terhadap kepentingan agama berbanding dengan presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dilihat seakan bermain-main dengan undang-undang Islam. [wm.kl. 4:05 pm 09/03/17]

No comments:

Post a Comment