Abdul Fattah mengetuai punggutan sampah. Foto: Syam Ghaz. |
Banyak teman media sosial mengangkat status mengenai sampah di Kelantan. Saking banyaknya busuk dan huduh pula jadi ruang media sosial terutamanya muka buku -- Facebook. Usaha pihak kerajaan negeri menganjurkan kerja amal punggut sampah dikritik hebat dan Exco berkaitan sampah, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Abdul Fattah Mahmood dipalu dan disindir secukupnya.
Tidak dinafikan sampah wujud disegenap jerung di negeri Kelantan. Keadaan ini wujud bukan sahaja kerana kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan sampah sarap ini tetapi ada faktor lain yang nampaknya kurang diberi perhatian, bahkan dialpakan oleh pengkritik sampah, yakni tabiat orang Kelantan yang sudah jadi sebahagian budaya suka membuang sampah di mana-mana sahaja.
Bagi saya selagi tabiat yang sudah membudaya ini wujud maka masalah sampah bukan mudah untuk diuruskan. Negeri Kelantan payah untuk dilihat negeri bersih, cantik dan lega mata memandang. Salah satu faktor kenapa sesebuah tempat atau negeri itu suka dikunjung pelancong ialah keadaanya yang bersih dan aman.
Pihak PBT yang mempunyai tanggungjawab langsung terhadap kebersihan alam sekitar di Kelantan, namun pada masa sama rakyat Kelantan juga patut mengubah sikap, belajar untuk jadi masyarakat sukakan kebersihan. Ertinya tanggungjawab menjaga kebersihan ini adalah tanggungjawab bersama.
Kalau tanggungjawab ini ada pada setiap daripada kita, insya-Allah masalah yang kini sudah dijadikan modal politik untuk burukkan kerajaan negeri dapat diselesaikan.
Para penceramah, tok-tok imam, tok penghulu, guru-guru termasuk guru pondok perlu memberi didikan, menceritakan mengenai sampah sarap ini dalam kuliyyah, khutbah dan juga saat ada majlis perjumpaan dengan rakyat. Rakyat atau orang ramai perlu diberi kesesaran bukan sahaja diri tetapi alam sekitar, kediaman, kampung hatta negeri. Bukankah kebersihan itu salah satu cabang iman?
Hal ini tampaknya sudah didahului oleh Naib Presiden Amanah Husam Musa. Dua bulan sebelum Ramadhan beliau bersama angkatan muda partinya turun ke kawasan setinggan di Seri Cemerlang Jalan Kebun Sultan membersih kawasan berkenaan yang dibiarkan tanpa dipeduli. Mungkin kesedaran dan prihatin yang ditunjukkan Husam itu memberi idea kepada Exco sampah untuk menganjurkan gotong royong punggut sampah. Bagus bila sesuatu yang baik diplagiat.
Husam ketika bersih kawasan setinggan di Kota Bharu. |
Jangan hendaknya soal sampah diserahkan seratus peratus kepada penguat kuasa atau pihak berwajib. Setiap dari kita juga harus ada tanggungjawab dan perhatian sama. Parti-parti politik juga perlu ada inisiatif dan kempen menjaga kebersihan. Tidak sahaja parti politik memerintah tetapi pembangkang juga.
Mungkin pihak berkuasa atau kerajaan sendiri boleh menganjurkan peraduan kempen menjaga membersih dan memberi hadiah kepada kawasan yang bersih. Misalnya kempen berupa peraduan itu boleh dilaksanakan peringkat Dewan Undangan Negeri, atau pun parlimen. Mana-mana Dun atau kawasan parlimen yang terbersih diberikan hadiah.
Untuk tujuan ini memerlukan sedikit kewangan. Ini tidak menjadi masalah. Kita tahu hampir setiap tahun semua PBT di Kelantan, atau Majlis Daerah membawa rombongan ke luar negeri dalam misi melancong sambil belajar. Setiap tahun perkara ini berlaku. Apa kata kalau peruntukan untuk membawa ahli majlis daerah untuk makan angin itu digunakan untuk menganjurkan peraduan kempen menjaga kebersihan setempat ini.
Mungkin Menteri Besar Ahmad Yakob boleh memikirkan perkara ini dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan yang bertanggungjawab mengenai sampah ini boleh difikirkan cadangan ini.
Apapun gotong royong membersih sampah sarap itu sesuatu yang baik. Dan sampah akan tetap ada kalau dalam kepala kita masing-masing penuh dengan pemikiran politik sampah. Wassalam Mso. [wm.kl.4:48 pm 01/07/17] Ubaisuai dari Fb Mso.
Persoalannya adakah PBT telah utilisekan segala keperluan asas seperti tong sampah dan tugasnya mengutip sampah dibawa ke tempat pelupusan sampah secara maksiama dalam menangani sampah sebelum meletakkan kesalahan kepada rakyat?
ReplyDeleteIslam adalah Addin; ia bukan sahaja mengenai ibadah & hudud tetapi meliputi Akhlak dan Cara Hidup umatnya
ReplyDeleteDi India sinonim dgn kekotoran di setiap penjuru negera itu. Bukan saja sampsh sarap malah najis manusia dan haiwan merata diatas dan ditepi2 tembok.Yang terbaru disiarkan berita Menterinya kencing tepi jalan.
ReplyDeleteDi Kelantan seperti artikel ini mmg tak dari sudut kebersihannya.
Pergilah kepantai2nya. Sebenarnya pantai2 d Kelantan cantik2. Tapi malang tak ada pun pantai yg diuruskan jauh sekali di manfaat bagi tujuaan ekonomi.
Staff saya bagi tahu...kalau balik kelantan hujung teringin nk bawak anak2 berkelah di Pantai Irama Bacok tapi dia sanggup nak pergi. Kotor dan sampah bekas2 makan merata2.
Apakah menguruskan kebersihan bukan keutamaan dalam Islam ?
Rakyat Kelantan patut jadikan Melaka sebagai contoh. Melaka sangat bersih dan patut dicontohi oleh Kelantan dan negeri negeri lain
ReplyDeleteSerambi mekah mcm tempat sampah...masyaAllah..
ReplyDeleteMemang saya akui rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan tidak prihatin dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Mereka ambil jalan mudah buang sampah dalam tali air, sungai dan pantai. Tandas awam dan diasjid tidak bersih dan berbau busuk. PBT perlu angkut sampah lebih kerap dari tong tong sampah di tepi jln jgn tunggu ia biarkan bersepah
ReplyDeletePasar khatijah wakaf che yeh UTC - kotor sangat... air kotor bertakung.. sikap peniaga perlu di PAKSA berubah dan menjaga kebersihan
ReplyDeleteKotor. Sinonim dengan Kelantan. Sayang kerana negeri ini ada pelbagai makanan sedap, budaya menarik dan orang yang ramah..PBT bersalah kerana tak ada menyediakan kelengkapan yang cukup dan sistem pengurusan sampah yang efisien. Namun itu bukan alasan untuk orang tempatan membuang sampah sesuka hati di jalanraya dan kawasan tumpuan pelancong...
ReplyDelete